Header Ads


Daging Dendeng Emak Ready To Eat

Suka makan daging dendeng? Tapi malas nak masak? Ada je daging dendeng ready to eat jual dipasaran. Nak rasa lebih sedap macam mak kita masak, boleh cuba daging dendeng emak ni.

Saya bukanlah pemakan daging tegar. Tak berapa minat kalau ada baunya yang kurang menyenangkan. Tapi daging dendeng jaranglah tak sedap. Pernah makan daging dendeng perak. Sedap betul! Dagingnya lembut dan semestinya sedap.

Sejak dari tu terus suka daging dendeng. Kebetulan ada client keluarkan produk daging dendeng ni tempah slot photoshoot, dapatlah kita merasa sekali.
 
Daging Dendeng Emak Ready To Eat

Daging dendeng di pek dalam bekas aluminum, kemudian pek aluminium dimasukkan dalam pek pouch stand ziplock. Double protection dan boleh simpan semula dalam ziplock. Mudah lah kalau dibawa travel.

Buka pek dendeng daging ni pun tekak dah meronta ronta tak sabar nak rasa. Aroma dia membangkit selera betul. Dagingnya lembut dan tak ada daging berlemak pun. Syok makan sorang sorang. Habis satu pek saya makan sorang je. 

Tak payah tunggu raya, boleh makan anytime bila ada jual daging dendeng ready to eat ni. Buat stok atau beli siap siap untuk bawak travel okay jugak. Mana lah tahu kot ada beraya diperantauan malas nak masak. Nak cari bahan bahan satu hal jugak kan.

Boleh lah cuba daging dendeng atau rangkaian produk emak kita ready to eat yang lain :
Rendang pedas ayam
Sambal hijau ikan bilis dan petai

Untuk pembelian : instagram @emak.kita 

18 comments:

  1. kecur ailio nampak daging dendeng pagi ni, best tu kalau ada nasi panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging dendeng dan nasi panas memang ngam sangat. Ada potensi nak bertambah nasi. hihi

      Delete
  2. Antara fav food akak ni...duka sangat..selalu last year order masa PKP...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak. Ni kalau dapat makan dengan nasi panas ni sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Makan dengan nasi panas panas memang terbaik!

      Delete
  4. Nampak sedap Fizah. Kalau setakat nak makan sorang dua kan. Tak berbaloi penat membuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Sal daging dendeng ni. Saya makan sorang pun boleh habis. hihi..A ah kalau sekadar nak rasa, beli yang ready to eat je senang.

      Delete
  5. Lauk macam ni adalah penyelamat terutama bulan puasa waktu sahur. Masak je nasi dan makan je dengan lauk macam ni..

    ReplyDelete
  6. Untung ada klien yang jual. Boleh cuba. Apabila sedap tidak ragu-ragu hendak promosikan.
    Akak pun suka daging dendeng lembut. Jarang orang buat untuk kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali dapat rasa. Rezeki jugak dapat rasa dendeng sedap. Daging dendeng biasa jumpa masa raya je kak. Kenduri macam tak pernah jumpa lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.