Header Ads

Dapat Juga Sunlight Dishwasher Sakura & Orange. Ketahui Jenis & Fungsi Sunlight

Sejak viral sabun pencuci pinggan sunlight yang berjenis jenis ni, agak payah nak dapat sunlight sakura tu. Merata carianya. Family Store, Zemart, Giant Kuala Pilah sampailah ke Mirwarna Segamat dok membelek.

Baru haritu balik kampung dapat membeli sambil membeli barang dapur mak. Kemain jauh lagi baru mendapat Sunlight Sakura ni. Beli online confirmlah ada. Cuma malas nak menunggu. Dengan sekarang ni kalau beli barang online, seminggu baru nak sampai. Huh!

Payah Betul Nak Dapat Sunlight Dishwasher Sakura Fresh

Jenis-Jenis Sunlight dan Fungsinya

Sunlight Dishwasher Sakura & Orange

Mengandungi 100% pati minyak semulajadi yang wangi dan mampu menghilangkan kesan minyak dan kotoran 5 kali ganda cepat. Baunya sangat wangi boleh menghilangkan busuk yang melekat.
Wangi betul, dah macam bau shower gel bau dia.

Sunlight Dishwasher Sakura & Orange

Sunlight Matcha Green Tea & Lime (Anti-Odour)

Memiliki bau green tea yang menyenangkan dan sangat sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Mampu menyingkirkan kesan bau yang kuat dan kurang menyenangkan.

Sunlight Matcha Green Tea & Lime

Sunlight Lemon

untuk menanggalkan kesan minyak degil dan sesuai untuk mereka yang kulit sensitif. Sesuai digunakan untuk bersihkan kesan minyak pada bekas plastik dengan lebih berkesan. Baunya wangian lemon yang wangi.

Sunlight Lemon

Sunlight Grapefruit & Rose Hip (Gentle)

Mengandungi pati minyak semulajadi untuk kegunaan mereka yang berkulit sensitif.

Sunlight Grapefruit & Rose Hip

Sunlight Lemon & Mint (Anti-Bacterial)

Formulasi baru yang menyegarkan mampu membunuh bakteria dan menghilangkan kesan bau yang melekat.

Sunlight Lemon & Mint (Anti-Bacterial)

Sunlight Mineral Salt & Aloe Vera ( Nature)

Sesuai digunakan untuk membersihkan kotoran bekas makanan bayi ataupun kanak-kanak. Tanpa parabens dan tanpa phophates. Boleh digunakan juga untuk mencuci sayuran, buahan, botol susu dan mainan kanak-kanak.

Sunlight Mineral Salt & Aloe Vera ( Nature)

Sunlight Lemon

Sabun pencuci pinggan yang kuat mampu menanggalkan kotoran dan kesan degil 5x ganda termasuklah kotoran degil pada bekas plastik. 

Sunlight Lemon

Lime ni dah biasa nampak kan. Yang label new tu memang terlajak laris. Walaupun penggunaan berbeza, fungsi yang satu tetap sama iaitu mencuci pinggan mangkuk. Pilih mana yang sesuai dengan kegunaan harian.

Saja je membeli nak bau sunlight sakura. Padahal hari hari pakai Axion je yang lebih power hilangkan kesan kunyit. Itu paling penting tu. Putih blender bukan kerana tak masak tapi ada caranya hilangkan kesan kuning kunyit yang degil.

Cuma Axion tu tak sesuailah untuk mereka yang kulit sensitif.



34 comments:

  1. Akak memang suka matcha tea itu. Sedap bau tapi itulah abah suka yang biasa iaitu lime.
    Hehe ada pati minyak (eo) rasa macam bagus pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau sedap tu yang best basuh pinggan. Kalau abah akak dah suka lime memang tak pilih yang lain dah tu. hehe..yep, best ada EO

      Delete
  2. kt umh biasa guna lemon or lime...yg lain2 tu tk prasan plak kt pasaran

    ReplyDelete
  3. Betul, akak memang kalah pakai axion. Tapi nanti nak cari yg kecilla, chopper jug tu dah kuning asyik masak lemak cili api jer, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Axion tu kuat sangat, kalau kulit sensitif memang tak sesuai lansung. Cuma bab hilangkan kesan kunyit tu memang berkesanlah :) Standby yang kecil tu pun okaylah.

      Delete
  4. sy mmg pakai sunglight
    siap simpan stock
    pink tu ada je
    tp tak guna lg hehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha...dulu pakai sunlight.. tapi kalah membeli. Cepat betul habis. Lepas tu pakai axion je sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cepat habis kalau jenis liquid ni kak. Saya pun pakai Axion je lambat habisnya.

      Delete
  6. Nampak juga kat Lazada. Cari kat kedai tak jumpa jumpa. Malas nak beli online setakat sebotol je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun malas nak beli online. Tunggu jumpa baru beli.

      Delete
  7. Saya memang old school🤭Anak-anak memilih sunlight bermacam warna tu..Saya tetap nak sunlight hijau bau lime tu 🤣

    ReplyDelete
  8. Laaa tak tau pun ada perbezaan setiap satu hahah slalu beli yg lime aje laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..sama tapi tak serupa. Pasni boleh cuba yang lain pulak.

      Delete
  9. Aroma pencuci pinggan mangkuk Sunlight ni kadang-kadang buat kita ingin berlama-lama di sinki. Nak try jugalah kalau ada Sunlight Sakura tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi lagi berbuih banyak tu kan. Harap harap Kak Amie jumpa jugak Sunlight Sakura ni :)

      Delete
  10. wahh..pencuci pinggan dah ada mcm2 flavour...sedap2 pulak tu...gulp!

    ReplyDelete
  11. banyak jenis rupanya sunlight pencuci ni ek

    ReplyDelete
  12. mcm mcm jenis. bau wangi ni kalau ada pinggan nak basuh banyak memang best. sebab nak bau dan juga main buih sabun tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auto rajin kalau sabun tu senang tanggalkan minyak bau wangi dan banyak buih.

      Delete
  13. mujur stok kat sini takde masalah. sis dh lama gak bertukar ke sunlight ni. best sbb lembut di tangan. buih banyak. bau pun wangi.

    ReplyDelete
  14. sunlight ni memang sedap sejak dari xde flavour lain lg.. dulu hijau je..

    ReplyDelete
  15. Pengguna setia sunlight . Ccl selalu beli lime xpun kadang tu bertukar ke lemon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lime dan lemon still senang lagi nak cari kan lyana. Yang sakura ni payah betul nak jumpa.

      Delete
  16. Saya guna Sunlight Lemon and Mint tu buat cuci tangan juga.. nak2 lagi lepas siang ikan atau ayam.. mesti nak cuci tangan dgn sunlight ni. Hilang terus bau hanyir kat tangan.. :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat betul boleh terus hilang bau hanyir. Kena standby gak ni beli satu.

      Delete
  17. tak pernah guna brand ni lg, next time boleh la cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba guna Syu. Wangi dan berkesan tanggalkan kesan minyak tu

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.