Header Ads

Nasi Kukus Tonggek Sedap Rupanya Ye!

Ini cerita minggu lepas anak buah 3 orang adik beradik datang bermalam kat rumah. Baru ada masa nak mengarang cerita disebabkan bermacam macam hal mendatang. Mereka sampai rumah ucunya ni betul betul waktu maghrib. 

Ucu pulak kepenatan balik dari kampung tak larat nak masak sedap sedap. Kalau berdua boleh lagi nak makan telur goreng dengan kicap. Ada tetamu kenalah masak special sikit, kan. Dah penat, jadi kita makan kat luar je lah.

Mulanya nak order food delivery by foodpanda je. Tapi dah masing masing tak tahu nak makan apa. Kita makan kat luar je lah.

Lepas solat maghrib, barulah kami keluar makan. Ke Mydin Seremban 2 lah kami. Kononnya nak makan nasi ayam penyet kat foodcourt je sebab sebelum ni pernah makan dengan salah seorang dari mereka. Sedap! Paksu (husband saya) dorang pun suggest makan kat situ gak.

Alih-alih sampai kat situ, masing-masing macam lebih berkenan dengan nasi kukus tonggek berdekatan situ jugak. Sebulat suara semua orderlah makanan dekat nasi kukus tonggek. Popular kot kan nasi kukus tonggek ni. Baru ni lah nak cuba merasa.

4 pinggan lauk ayam dan 1 pinggan ikan keli. Nasi dan kuah diletakkan dalam bekas tin aluminium tu. Bila angkat kuahnya akan meleleh atas nasi macam tu. Lupa pulak saya nak ambil gambar selepas nasi dan kuah dikeluarkan dari bekas.

Nasi Kukus Tonggek
ni namanya ambil gambar asal boleh


Nasi putih dengan kuah gulai yang pekat macam nasi kandar tapi rasa kuah lagi sedap walaupun hanya satu jenis kuah sahaja. Didatangkan bersama sambal dan juga potongan timun.

Ayam dipotong potong kecil dan banyak juga. Sedap memang sedap! Kuah kari ke gulai ke tak pastilah pulak. Kot ada yang tahu boleh komen. Bertambah tambah sedap dihidangkan dengan nasi panas. Dari tak suka jenis kuah gulai kari ni boleh tersuka pulak. Sedap rupanya ye!

Nasi kukus tonggek menu lain selain ayam dan ikan keli ada sotong juga. Nanti boleh cuba lauk sotong lah pulak. Kena repeat makan kat sini nampaknya nanti. Harga nasi kukus tonggek lauk ayam RM10.90. Kira okaylah kot. Mana ada makanan murah zaman sekarang ni.

Perasan jugak ada nasi kukus tonggek dalam foodpanda. Tapi tak of courselah nasi kukus tonggek foodpanda lagi mahal sikit guna food delivery kan. Biasalah tu. Tertanya tanya lah jugak, kenapa nama dia nasi kukus tonggek ek?

Kukus tu fahamlah sebab masak nasi guna kaedah kukus. Tapi tonggek tu tang mana pulak? Mungkin sebab kita kena tonggekkan bekas tin tu untuk keluarkan nasi dan kuah. Begitu ye?


22 comments:

  1. Replies
    1. Sangat menyelerakan! Nanti cuba tau kalau jumpa nasi kukus tonggek ni.

      Delete
  2. Selalu nampak nasi ni dekat Mydin Meru Ipoh ni. Tapi tak pernah teringin nak cuba. Kalau akak kata sedap, lain kali cuba jugalah 😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni jangan lupa cuba tau Syu. Mana tahu kena dengan selera pulak.

      Delete
  3. tak nampak pulak kena tonggekkan bekas tu, tapi mungkin kita yang tertonggek masa tengok lauk tu meleleh masuk pinggan, hahaha. Tapi, idea dia memang menarik, akak tak jumpa lagi kat mana2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah macamana kaedahnya. Kena ada tutorial kot. Idea menarik buat orang rasa nak cuba. Kot terjumpa nanti kena cuba kak :)

      Delete
  4. Menarik presentation

    Pernah tengok youtuber makan Nasi Kukus Tonggek ni katanya masa tarik tin tu, macam tonggek sikit. Hehehe

    Pernah baca kat tempat lain, tukang masaknya menonggek. Haha

    Apa pun nama yang catchy dan rare macam ni senang diingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu ye. Macam macam andaian ada. Patut kena ada tutorial. Hehehe..
      yep, nama dia buat nasi kukus tonggek ni jadi popular.

      Delete
  5. Replies
    1. Nanti kalau jumpa nasi kukus tonggek boleh lah cuba ye.

      Delete
  6. Nasi kukus tonggek? Kenapa nama dia macam tu ..confius jap ..apapun kalau sedap mmg berbaloi dengan harga..kira dh murah dh tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah kenapa nama dia begitu. Sedap dan kena dengan harga kira okay lah kan.

      Delete
  7. Sini pun ada nasi kukus tonggek di Mydin. Hehe itulah pelik nama. Logo pun tidak nampak ayamnya tertonggek pun.
    Sama ke eh? Macam sini nampak ada gerai ayam penyet akan dibuka di food court.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah tu agaknya kak. Sebab mungkin dia join venture dengan Mydin. Nanti boleh cuba.

      Delete
  8. tk try lg..ada kt area opis outletnya dlm aeon mall shah alam

    ReplyDelete
  9. sedapnya nampak. klau la ada dkt sabah, bleh dh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Syu.Tunggu balik Semenanjung bolehlah cuba nanti.

      Delete
  10. kalau sedap boleh try..
    patutnya nasi kukus tenggeklah kan sbb bertenggek je ayam tu kat atas tin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah cuba Ammi kot kena dengan selera Ammi.
      Kannn..mungkin bukan itu agaknya. Tak tahu tonggek tu untuk ayam ke untuk perbuatan ke.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.