Header Ads

Rainbow Cake Birthday Untuk Anak Buah

Dah niat dah, balik kampung nak belikan kek birthday untuk anak buah. Family kakak duduk berdekatan dengan rumah mak abah je. Boleh pulak masa birthday anak buah 13 Disember tu saya lupa. 14 haribulan tu baru teringat dan wish dia happy birthday.

Ala, ucu lupa lah Hannah! Terima kasih cu dia jawab.

Balik haritu sempatlah belikan dia kek. Saya pilih rainbow cake birthday yang comel sesuailah untuk birthday girl kan. Rainbow cake birthday girl yang menarik sampai saya tertarik membeli. Dah macam gaya beli kek untuk diri sendiri pulak.

Mini rainbow cake birthday cukuplah untuk mereka sekeluarga makan. Suka dengan rainbow cake birthday ideas macam ni. Naked cake decoration yang simple tapi menarik.

Memandangkan adik dia birthday bulan Januari, ucu pun sekalikan je lah birthday kek dua orang ni. Birthday boy 13 Januari tapi ucu asyik teringat 3 Januari je tak tahu lah kenapa. Patutlah teringat sebab kakak dorang punya birthday 3 March. 

Confused birthday 3 beradik ni masing masing ada nombor 3.

rainbow cake birthday ideas

Tapi tak menyempat jumpa anak buah si Danish tu sebab masa datang bagi kek dia tak ada. Ikut ayahnya. Esoknya nak balik tak sempat jumpa sebab kelam kabut mengemas balik rumah air banjir dah makin naik.

Takpelah, yang penting dah belikan kek untuk birthday dorang. Dapat jugak merasa sepotong. Sedap dan tak muak makan. Kek pun simple tak sarat dengan krim bagai. Just nice lah untuk budak budak dan orang dewasa makan.

Saya beli di Larizz DKC Segamat Outlet. Harga RM55.

24 comments:

  1. ok la harga tu. cantik kot.. sesuai sgt utk besday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kira standard lah harga tu untuk mini kek. Sesuai sangat untuk budak budak suka warna warni ceria gitu.

      Delete
  2. cantiknya kek tu. lama dah tak makan kek mcm ni, selalu makan kek span biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat. Itu yang tertarik nak membelinya. Semoga ada rezeki merasa kek macam ni nanti. Aaminn..

      Delete
  3. Cantik..colourfull...
    Tapi rasanya susunan warna pelangi...
    Lepas merah...jingga dulu baru kuning🤭
    Kalau tak salah...
    Merah
    Jingga
    Kuning
    Hijau
    Biru
    Indigo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang dia tak ikut warna pelangi pun. Asalkan warna warni nampak macam pelangi gitu agaknya. huhu...

      Delete
    2. Janji warna warnni tu menarik pandangan mata kan...
      Takkan nak kena keluar tengok pelangi kat langit dulu untuk susun warna kan..🤣🤣🤣hihihi

      Delete
    3. Hehe..ala ala rainbow lah kiranya. Tak betul tepat warna rainbow sebenar :)

      Delete
  4. Murah dh tu Fiza .nampak sedap plak kek rainbow tu..susah nak dpt kek sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira okaylah harganya dengan saiz tu. Rasa pun sedap berbaloi jugak.

      Delete
  5. Akak memang tidak suka kek ada aising atau fondant. Kalau makan akak tidak makan yang akak sebut.
    Nasib baik sedap dan tidak muak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli naked cake macam tu kak. Kurang sikit aising dia. Dan tak muak baru best makan.

      Delete
  6. Happy birthday buat anak buah kak fiza! Pagi pagi macam ni terliur pulak tengok kek nya padahal dah makan semalam hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih auntie Atiqah (wakil anak buah). Hihi..
      Nampak gaya macam kena beli kek gak tu :)

      Delete
  7. colourful macam ni memang menarik perhatian budak budak sangat ni..

    ReplyDelete
  8. Meriahnyaaa.. Sedapnyaaa kek ituuuu!
    Tak pernah rasa kek rainbow... Banyak je dah jual kat kedai tu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek biasa je nona cuma colourfull je lah. Sedap kek ni walaupun simple je dengan layer whipped cream.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.