Header Ads


Roti Gardenia Karamel Masin

Kirim encik suami roti putih gardenia. Balik balik dia beli sekali roti gardenia karamel masin rangkaian roti gardenia quick bites gold yang terbaharu tu. Katanya mesti nanti saya nak ambil gambar buat entry, kann...

Eh, suami seorang blogger sangat ni!

Terima kasihlah encik suami sangat memahami. Ada jugak modalnya nak buat entry ni. Orang lain dah mencuba, kita baru nak merasa ni haaa.

Roti gardenia karamel masin ni dalam rangkaian quick bites gol. Ada dua jenis perisa baharu quick bits gold iaitu karamel masin dan black forest dengan kismis.
 
Pek dia sama macam roti gardenia quick bites yang terdahulu. Tak ada beza dari segi saiz.
  
quick bites karamel masin review

Yang membezakannya, roti dia jenis roti coklat bukan roti putih biasa. Intinya karamel masin memang sedap. Terasa lah rasa karamel masin masin tu. Bukanlah masin menggila macam dalam masakan. Masin masin manja gitu.

Inti dia boleh tahan banyak jugak. Sebelum ni saya tengok blogger review, intinya seciput je.

quick bites karamel masin review

Mungkin lepas orang complaint, gardenia ambil peduli dan tambah sikit lagi intinya kot. Roti yang sedap dimakan dan tak muak makan. 

Kena dengan selera saya. Cuma nak makan selalu tu tidaklah, Tapi kalau ada dekat rak, mungkin ambil roti karamel masin ni dulu berbanding roti lain.

32 comments:

  1. dah try jga sekali
    tp lg suka inti jagung or coklat masa zaman harga 1 roti ni lima puloh sen he je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inti jagung dan coklat sedap juga. Ye lah kan kak. Dulu murah je. Sekarang harga pun naik banyak dah.

      Delete
  2. Replies
    1. Takpe Ammi, kalau jumpa kat rak tu bolehlah membeli :)

      Delete
  3. Wahhh.. dah rebiew ni, teringin pulak.. tapi sebab saya fikir macam kurang minat karamel, tu tak try try... Haha.. Tengok nanti cemana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kurang minat mungkin tak sukalah kot. Boleh je cuba rasa. Manalah tahu kot kot tersuka tiba tiba :)

      Delete
  4. Akak pun dah cuba yang ni, tapi tak mo la tengok dia kat rak, nanti tercapai, hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..kalau nampak buat buat tak nampak je lah ye :)

      Delete
  5. dah try.. memang sedap.. :) dan mungkin rezeki saya masa tu, dapat yang filling banyak. secukup rasa caramel masin tu.. makan pula dgn bersulam kopi O panas.. syurgaaaaa..! :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak filling tu yang best sikit. Memang padu tu berulama kopi o panas.

      Delete
  6. yg caramel tu slalu tgk cumanya sbb baca review rmi ckp tak brp sedap yg caramel tu so tkde la nk try

    ReplyDelete
  7. nampak sedap. tak beli lagi walaupun dah viral hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..biasalah benda viral selalu cepat habis. Dah kurang viral baru dapat membeli. Nanti cubalah :)

      Delete
  8. Haiiiissshhh cobalah kalau di jual Kat Jakarta, dah pasti saya beli 😄❤️❤️❤️. Dulu saat study di sana, Gardenia selalu roti pilihan saya buat sarapan. Dan karena banyak dijual juga 😁👍. Jadi gampang nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti gardenia peck quick bites ni memang pilihaan student. Wajib ada stok. Kalau lapar senang makan roti je kan.

      Delete
  9. terasa dan terliur pulak nak mencuba.

    harap jangan masin seperti telur masin

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap tu...eh boleh la cari..leh standby letak kat opis nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan sedap jugak roti karamel masin ni kak. Standby buat stok okay jugak tu.

      Delete
  11. ramai jugak kata sedap. lama tak makan roti krim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab suka karamel kot Sal. Kena cuba nanti kot kena dengan selera Sal jugak.

      Delete
  12. Aini belum cuba lagi.. ada rezeki eh la cuba beli

    ReplyDelete
  13. Aik sudah banyak intinya? Hehe menakjubkan. Kena beli balik untuk tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, dulu akak review macam sikit je filling dia kan. Kena beli lagi kak :)

      Delete
  14. Replies
    1. Kalau jumpa kat rak tu bolehlah membeli dan rasa naniey :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.