Header Ads


Sambal Hijau Ikan Bilis Dan Petai Emak Ready To Eat

Selain rendang pedas ayam emak ready to eat, emak.kita ada juga jual sambal hijau ikan bilis dan petai ready to eat. Susah nak cari petai dan buat sambal, beli je yang ready to eat ni. Mudah pun mudah.

Buka pek dan terus panaskan. Kalau beli pek ni pun tahan 2 tahun lamanya disimpan dari tarikh pembuatan. Boleh je buat stok dan simpan tanpa perlu letak dalam peti ais. Tapi bila dah buka tu faham-faham lah tak boleh simpan lama.

Sambal hijau ikan bilis dan petai emak kita ni banyak isi petai dan ikan bilisnya. Cuma dalam gambar saya letak sikit je petainya. Ikan bilis jenis besar dan agak kasar. Kalau panaskan tu kena panaskan lama sikit bagi garing baru sedap makan. Itu kalau ikut selera saya lah.

sambal hijau ikan bilis dan petai ready to eat

Pedas sangat tu tidaklah. Sesuai untuk yang penggemar pedas biasa biasa. Sedap memang sedap, terasa betul petai dan ikan bilis dia. Dia macam sambal ikan bilis yang ditumbuk kasar macam tu.

Nak buat stok bolehlah beli di instagram @emak.kita

13 comments:

  1. Uish senangnya ada ready to eat product macam ni. Kena simpan banyak banyak buat stok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Senang bila ada stok. Nak makan terus panaskan je lah :)

      Delete
  2. Eh,nampak sambal ni..teringat petai beli tadi...Esok nak menyambal pedas macam ni gak lah...Cuti baru syoknlayan petai tanpa rasa bersalah🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal petai kat rumah jelah berani nak makan. Kat luar rasa bersalah pulak nak makan kan..

      Delete
  3. Replies
    1. Sesuai sangat buat stok travel atau camping ni sal.

      Delete
    2. Sesuai sangat bawak travel. Bukan senang nak dapat sambal ikan bilis dan petai bila travel.

      Delete
  4. Nak cuba la...nampak sedap je tu ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan cuba kak. lepas tu panaskan biar garing sikit baru umphhh

      Delete
  5. Bagusnya ada sambal hijau petai dan ikan bilis. Untuk yang tidak rajin masak atau hendak cepat makan.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.