Header Ads


Drama Bila Hati Memilih Dia

Bila Hati Memilih Dia, sebuah drama adaptasi novel karya Wan Nur Najihah dibintangi pelakon Aedy Ashraf bergandingan dengana Eyka Farhana. Drama Bila Hati Memilih Dia episod 1 mula bersiaran pada 28 Mac 2022 jam 10:00 malam slot Samarinda TV3. 

drama bila hati memilih dia tv3 full episode

Drama : Bila Hati Memilih Dia
Mula siaran : 28 Mac 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Novelis : Wan Nur Najihah
Penulis skrip : Farah Alya As'ari
Pengarah : Bahri Uma
Produksi : Global Station Sdn Bhd

PELAKON BILA HATI MEMILIH DIA

Aedy Ashraf sebagai Nazril
Eyka Farhana sebagai Adra Zulaikha
Maryam Annisa sebagai El
Gambit Saifullah sebagai Iqram
Shima Anuar sebagai Sofea
Qistina Khaled sebagai Adwa
Shahz Jaszle
Izuan Razali
Zila Bakarin

SINOPSIS BILA HATI MEMILIH DIA

"Kau nak cerai,kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Puas hati kau? - NAZRIEL

Dan sejak itu dia menutup pintu hatinya serapat mungkin. Percintaan selama 8 tahun akhirnya sia-sia dan perit untuk terima hakikat perkahwinan dengan isteri yang dicintai gagal. Enam tahun bersama anak tunggalnya, hidupnya kembali diuji dengan kehadiran seseorang.

"Nasiblah kahwin dengan saya dapat pakej sekali dengan Nufail." - NAZRIEL

Bagi Adra tidak mungkin dia mahu menerima lelaki itu. Ternyata kerja sementara untuk menjadi pengasuh Nufail menjadi titik permulaan perkenalan mereka. Makin lama mengenali terbit rasa kagum pada bapa muda itu dan tanpa sedar hubungan mereka menjadi rapat. 

Tapi sayang apabila satu tragedi tidak dijangka menimpa. Hidupnya nanar mengenangkan keadaan diri. Dan Nazriel mula rasa bersalah. Atas dasar tanggungjawab dia diangkat menjadi isteri semata-mata mahu menjaga maruahnya yang cuba dicalar oleh lelaki lain.

"Memang bagi awak kecil tapi saya tak boleh. Bila awak pegang tangan saya, saya rasa takut. Saya ingat apa yang jadi malam tu. Saya tak boleh." - ADRA

Sabarnya Nazriel melayan setiap kerenahnya. Sekali pun lelaki itu tidak pernah mengungkit. Dia dijaga dengan begitu baik sehingga hati yang kosong mula berlagu cinta.

"Saya tak sempurna untuk awak." - ADRA
"Saya tetap nakkan awak."- NAZRIEL

Kejamkah dia andai menolak seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mahu menjaganya? Dan bila hati sedia memilih, perasaannya dilukai.

"Adra hanya ibu tiri Nufail je. Bukan ibu kandung yang lahirkan dia. Naluri keibuan tak ada dalam diri Adra. Selagi tak bergelar ibu Adra tak akan rasa."

Keikhlasannya diragui. Kasih sayang yang dicurahkan tidak dipandang. Nazriel yang dipuja akhirnya menunjukkan diri sebenar. Dan hatinya tidak tegar mencintai lelaki yang hidup atas dendam lama.

12 comments:

  1. slot smaarinda ek? mesti sedih cerita diaa.. konfem mak mentua layan ni. haha

    ReplyDelete
  2. Risiko bercinta ada kala disakiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercinta mesti ada yang sakit hati. Tak semuanya indah :)

      Delete
  3. mcm best je... cari novel je baca ..aci tak?

    ReplyDelete
  4. comelnya aedy ashraf buat style macam tu. Masa tengok dia dengan eyka dalam budak tebing tu, sweet sangat tapi tak bercinta. now boleh tengok dekat drama ni yeayy

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.