Header Ads

SunSoya Instant Rose Milk Tea Sedap Betul Rasanya

Pandang sepaket rose milk tea sunsoya pemberian blogger nona ni rasa tak sabar nak mencuba. Walaupun tak sabar nak cuba tapi ambil beberapa hari jugak baru rasa teringin nak membancuh. 

Minum petang semalam tu saya bancuh dalam cawan sederhana saiznya. Bila koyakkan paketnya, harum semerbak bau rose. Wangi betul!

Masukkan serbuk rose milk tea instant dalam cawan, kemudian tuangkan air panas bertambah tambah naik aroma rose menusuk masuk ke dalam hidung. Perghhhh, dia punya aroma betul betul memukau hidung. Agak agak sendawa bau rose tak? 

SunSoya Instant Rose Milk Tea

Dah siap dibancuh, cubalah rasa secamca bulat tu. Uishh rasa pun sedap! Rasa milk tea yang just nice rasa manis dia. Cukup rasa teh susu yang sedap. Tak payah tambah apa apa lagi untuk sedapkan rasa milk tea rose. 

Macam teh pekat dibancuh dengan secukup susu ditambah dengan rasa dan haruman rose. Ini yang rasa nak beli jugak SunSoya instant rose milk tea ni. Lama gila tak minum teh susu. Asyik kopi kopi dan kopi.

Sekali rasa terus jatuh cinta. Payah lah macam ni. Saja je tau nona ni racun kita suruh beli. 

22 comments:

  1. menariknya. teringin nak try jugak. imma tea lover!

    ReplyDelete
  2. Wah...kena cuba ni...Saya suka haruman ros...

    ReplyDelete
  3. Mmmmm... aroma rose tu buat Kak Amie terasa-rasa baunya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aroma dia memang sewangi wangi rose kak Amie. Best bila bancuh air tu.

      Delete
  4. Suka bau haruman rose namun kurang minat teh susu.. hehehe

    ReplyDelete
  5. yang membaca ni pun teracun nak beli. saya suka teh dan makanan/ minuman ada bau ros

    ReplyDelete
  6. Alaaaa...nampak tekstur dia sedap....mana nak beli ni....aduhai...nona...ooo nona..share plisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kak. Saya terus cari kat shopee. Boleh beli kat shopee :)

      Delete
  7. mesti wangi teh ni. ada rasa rose juga ke fiza

    ReplyDelete
  8. Oklah ada sedikit rasa ros. Akak sudah dapat bayang rasa bagaimana. Itulah kalau dapat rasa sepeket boleh tentukan hendak beli atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki dapat merasa kesedapan rose milk tea ni. Gabugan teh dan rose memang sedap :)

      Delete
  9. Suami saya penggemar berat milk tea Malaysia. Tiap kali ke Malaysia dia pasti beli aneka milk tea untuk stok di rumah. Ini Krn pandemi je, stok dah habis, tak bisa beli 🤣🤣. Terpaksa harus puas dengan milk tea sini yg saya rasa tak seenak punya Malaysia lah.

    Dah kebayang milk tea dengan aroma rose. Pasti sedaaaap dan wangi 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teh di Malaysia diminati ramai. Orang Korea pun suka dengan rasa teh Malaysia. Boleh juga beli online kan. Tapi macam lambat sikit lah. Ya, yang ni memang sedap dan aroma rose dia pun wangi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.