Drama Sayang Tak Dikenang
Drama Sayang Tak Dikenang, sebuah drama siri melayu dibintangi pelakon utamanya Ruhainies,Fadlan Hazim dan Ezzanie Jasny. Sayang Tak Dikenang merupakan drama adaptasi novel karya Wazrul Shah. Drama Sayang Tak Dikenang episod 1 akan bersiaran pada 4 Mac 2022 di slot Akasia TV3.
Drama : Sayang Tak Dikenang
Jumlah episod : 28
Mula siaran : 4 Mac 2022
Waktu Siaran : Isnin-Ahad, jam 7:00 malam
Siran TV : Akasia TV3
Penulis Skrip : Shida Zali, Amin Shakib, Mia Marziah
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
PELAKON SAYANG TAK DIKENANG
Fadlan Hazim sebagai Raqib TafzaniRuhainies sebagai Ayu Izzhani
Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
Andy Teh sebagai Erick
Riz Amin sebagai Omar
Meor Mohd sebagai Aakif
Mimie Amirah sebagai Nazneen
Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
Kak Girl sebagai Roslaini
SINOPSIS SAYANG TAK DIKENANG
Pertemuan yang tidak disengajakan semasa pesta buku di PWTC telah menemukan Ayu Izzhani (Ruhainies) dan Raqib Tafzani (Fadlan Hazim). Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia.Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, Hattin (Ezzanie Jasny) juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.
Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis.
Pada masa yang sama, Erick (Andy Teh) yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah itu pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin.
Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?
Cantik perkembangan ceritanya, watak Tafzani menghidupkan plot.
ReplyDeleteHarap dramanya best jugaklah nanti.
DeleteOkey, yang ini kena tengok heheheh
ReplyDeleteSelamat menonton kak Farrah :)
DeleteKalau sempat boleh la tonton
ReplyDeleteNanti dah bersiaran bolehlah tengok kalau ada masa kan.
Delete