Header Ads


Perosak Daun Monstera

Dulu masa beli kemain sayang lagi, hari hari rasa nak belek dia. Tak sabar nak tengok daun dia tumbuh banyak. Beli pokok monstera deliciosa bulan Mei 2020. Sampai sekarang masih hidup dan bertambah tambah daunnya. Ada yang dah coklat dan mati pun dah berhelai helai dah. Kira hidup subur dan sihat lah tu kan.

Dah lama perasan daun monstera deliciosa ni ada perosak hinggap pada daun dan batangnya. Bukan sikit sikit melekat. Banyak sebanyak banyaknya! Tak tahu lah jenis perosak apa. White bugs? Mites? Thrips? Tak pastilah.

Perosak Daun Monstera

Dia melekat bersusun rapat. Ada yang berlapis lapis juga. Kalau sehelai dua boleh lagilah nak lap guna kain basah. Cuma ada sehelai je daun baru yang masih okay. Terus bawak masuk rumah untuk proses mengelap daun ni.

Perosak Daun Monstera

Nampaknya lepas ni kena standby racun perosak pulak. Ke ada petua apa apa ke untuk hilangkan atau mencegah dari datang balik. Siapa tahu? Nak tahu juga cara merawat monstera. Kot tahu, tinggalkan komen ye. Terima kasih.

20 comments:

  1. Pernah baca petuanya guna cuka campur air sikit, cubalah lap guna air campiran cuka tu.

    ReplyDelete
  2. pernah nampak dekat tiktok orang tu share dia guna sabun dengan apa entah... dia buat campuran tu sendiri... nnti cuba cari kt tt dik, ada abang tu rajin kongsi tip jaga monstera dengan keladi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dia rendam dengan air sabun untuk hilangkan cacing dalam tanah tu ke? Baiklah nanti saya cari kat TikTok. Terima kasih kak Dana :)

      Delete
  3. Berpanau pula daun itu. Dari jauh tidak nampak sangat.
    Harap Fiza jumpa jalan penyelesaian nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari jauh nampak jugak kak sebab banyak kan melekat kat daun.
      Harap begitulah...

      Delete
  4. Kawan kita guna air dalam diffuser yang tak habis. Dia kata berkesan. Apa apa eo pun boleh. Masalahnya tak pernah tak habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh boleh ye? Saya pernah cuba letak air bancuhan EO dalam batu batu bekas air pokok. Mati pulak. huhu..pokok tu tak sesuai agaknya. Nanti nak cuba kat daun kot berkesan ke kan. Terima kasih kakyan share :)

      Delete
  5. Alaaaa... sayangnya, Daun yang cantik jadi begitu pula. Ada kawan saya pernah hadapi masalah begini. Dia potong / buang semua daun dan kemudian tumbuh daun baharu yang lebih sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu Kak Amie. Daun dah elok besar ada perosak pulak. Sayang rasa nak potong. huhu...
      Terima kasih share :)

      Delete
  6. Ni serangga perosak teritip/benah putih
    Dia menghisap cecair daun.
    Kalau serangan yang serius macam ni pokok boleh mati
    Cuba pergi kedai pertanian tanya racun perosak cecair jenis 505
    Spray ikut sukatan bancuhan yang disyorkan semiggu sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau jugak tu. Puncanya kenapa ye wak? Sebab kawasan lembap atau lain lain? Baiklah nanti saya pergi nursery tanya racun perosak tu. Terima kasih wak.

      Delete
  7. sayangnya.. bila perosak macam ni habis pokok kesayangan. Naniey kurang arif sangat sebab tak de pokok hidup macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, ada je perosak tanaman. Sayang pokok monstera ni

      Delete
  8. Mahal monstera ni , sayangnya kalau terkena perosak tanaman ni . Harap monstera sis fiza kekal subur

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Itulah tu, rasa nak sental je semua bagi hilang tapi takut daun luka pulak. Kena bersihkan perlahan lahan gosok manja macam tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.