Resepi Buttermilk Chicken Cheese

Nak masak ayam tapi tak tahu nak masak apa. Buntu fikir resepi ayam yang menarik untuk dicuba masak berbuka nanti. Sesekali teringin juga tukar menu masakan ayam. 

Asyik-asyik ayam kicap 3 budak gemok, rendang ayam, ayam masak cili api dan masakan ayam yang biasa masak tu. Tengok dalam peti ais ada stok ayam pop corn frozen tu.ting! Dapat idea dah.

Makanya, kita akan masak ayam buttermilk susu segar tambah cheese dan bertukar nama jadi buttermilk chicken cheese. 

Cheese pun ada stok, kira ngam lah ni. Macam menarik bunyinya tu kan dan macam sedap juga sesedap namanya. Sebelum ni pernah juga masak udang goreng butter telur masin, udang galah masak butter dengan ketam butter telur masin. Semuanya sedap! Tak pernah tak sedap, tengok je dah kecur air liur dah.

Hidangan buttermilk chicken simple ni sejenis hidangan yang popular sekarang ni dan digemari ramai. Butter chicken sesuai makan dengan apa? Sesuai sangat kalau di makan dengan nasi panas. 

Seriously sangat menyelerakan untuk kau orang yang suka masakan jenis butter. Kalau saya, memang tak tolak lah. Nak memasaknya pun mudah je. Tak pandai masak pun boleh jadi hebat memasak di dapur acah-acah chef handalan.



Bahan-Bahan Buttermilk Chicken Cheese

Ayam pop corn frozen
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 tangkai cili
1 sb butter
1 sb minyak masak
1/2 cawan fresh milk
1/4 sk garam
1/4 sk black pepper
1 slice cheese

Cara Masak Buttermilk Chicken Cheese

Goreng ayam sehingga masak, angkat dan ketepikan. Kemudian, panaskan butter dan juga minyak masak. Boleh juga gunakan kuali yang sama dan kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tu dan tinggal tambah butter je. 

Tumiskan bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau dan garing. Setelah garing, masukkan susu dan biarkan mendidih seketika. Taburkan black pepper dan garam. 

Masukkan ayam pop corn yang dah siap goreng dan kacau rata bagi mesra serasi bersama. Akhir sekali baru masukkan slice cheese atau apa juga jenis cheese ikut suka. Tak nak tambah cheese pun boleh, nanti dia akan jadi buttermilk chicken je la.

5 Menu Ayam Buttermilk

1. Spaghetti Chicken Butter

Tapi tambah cheese akan jadi super sedap sebab saya suka cheese. Lagi-lagi kalau tambah cheese tarik tu ha. Aduhaiii, boleh buat telan air liur pagi-pagi ni. Tahu tak dengan menu buttermilk chicken cheese ni, kau orang boleh pelbagaikan. 

Contohnya, kau orang boleh makan dengan spaghetti. Resepi spaghetti butter chicken tu buat sos macam ni dan cuma tambah spaghetti je.

2. Ayam Masak Butter Telur Masin

Selain tambah cheese, untuk peminat telur masin (salted eggs) boleh tambah telur masin untuk sedapkan lagi rasa sos butter tu. Tak ada telur masin, boleh guna je salted eggs powder yang ada. 

Kalau guna telur segar, kena rebus dulu ye. Selepas rebus tu, kisar dengan air susu rasa dia akan jadi sedap berbanding kita hancur lenyekkan tu. Tapi jenis suka kasar, kasar boleh lenyekkan je.

3. Ayam Buttermilk Lemon

Untuk hilangkan muak, boleh juga perahkan lemon untuk rasa yang lebih sedap kalau kau orang suka nak letak perahan lemon. 

Untuk perahan lemon ni saya belum cuba lagi macamana rasa dia. So far okay je kot kalau tambah lemon, akan ada rasa masam-masam sikit. Tapi sedap, mungkinlah kan. Tak cuba lagi tak tahu lah.

4. Ayam Buttermilk Berempah

Berempah? Macamana entah rasa buttermilk berempah tu kan. Menarik juga kalau ayam masak butter tambah rempah. Mungkin boleh tambah serbuk kari dan serbuk cili. Kena carilah resepi ayam buttermilk berempah kalau kau orang nak cuba rasa. Saya jamin, mesti sedap juga ni.

5. Butter Chicken Nestum

Untuk menu butter chicken nestum ni saya pernah nampak je tapi belum pernah cuba campurkan dengan nestum sebab stok nestum tak ada kat rumah. Selain nestum, boleh juga gantikan cereal untuk lebih crunchy.

Masakan buttermilk chicken ni kalau nak mudah kau orang guna ayam yang dah salut tepung frozen tu je. Kalau rajin boleh buat sendiri ayam salut tepung guna bahagian dada ayam sebab tak ada tulang. Boleh gunakan tepung bestari, sedap katanya. Boleh jadikan dia ayam buttermilk bestari gitu.

Pilihan saya, semua di atas. Susah nak tolak kalau semua menu sedap-sedap dan menyelerakan ni. Sesekali bertukar selera kepada western sikit why not kan. 

Cara masak pun lebih mudah daripada masakan tradisional. Kiranya kalau nak menu simple dan sedap, bolehlah masak buttermilk chicken ni. Makan ratah gitu tanpa nasi pun sedap juga.

11 comments:

  1. samalah kat rumah ni, anak-anak suka sangat dengan ayam, kita pulak yang bosan dan tepu nak masak apa dengan ayam ni.tThanks idea ni.

    ReplyDelete
  2. menu buttermilk ni fav ank tp guna udang sbb ayam die tk brp suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. udang lagilah sedap. jemu juga kalau asyik ayam je :)

      Delete
  3. sedap-sedap semua cadangan menu tu...kat rumah ni ada oat, boleh tak ganti nestum tu ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga tu. macam pernah baca ada letak nestum juga. cubalah bereksperimentasi dengan nestum. kalau kena dengan tekak kira sedap lah

      Delete
  4. rupa dia lebih kurang sama dgn popcorn fiza td.
    aida suka ni. lemak-lemak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je kak. beza dia cuma tambah salted egg powder je

      Delete
  5. Perghhh, siap cheese.. perghhhh.. perghhhh... sy sukaaa.. tapi jgn makan salu.. boleh muak tekak.. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.