Header Ads


Udang Tumis Berlada

Terpaling malas nak masak bila nak kena defrost dulu kalau nak masak ayam ke ikan ke. Nak defrost guna microwave macam  tak best pulak. Nak guna defrost express board still juga ambil masa kejap untuk nyahbeku.

Sudahnya keluarkan udang je lah. Lepas tu campurkan dengan kacang panjang. Nak menghabiskan stok kacang panjang yang sebeban tu. Punyalah banyak dorang letak dalam seikat. Nak leraikan tak boleh pulak. Jenuh nak menghabiskan stok kacang panjang.

Mudah bila buat lauk 2 in 1 ni. Tak payah lah nak masak lauk lain lagi. Cukuplah untuk makan berdua. Selalu nasi habis dulu. Lebihan lauk kita ratah je habiskan. Jenis masak sekali masak, sekali habiskan sebab malam kadang makan kadang makan simple simple je.

Resipi Udang Tumis Berlada

Resipi udang ni mak rajin masak masa kecik dulu. Itu yang terbawa bawa menu masakan mak sampai ke besar. Udang tumis berlada simple je nak masaknya.

Tumis bawang putih, bawang merah dan cili api. Nak sedap, guna kaedah tumbuk bahan bahan tumis tu. Dah tumis, masukkan udang agak agak hampir masak akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa.

Tak rajin dan nak cepat, patah patahkan je kacang panjang. Tak susah haihhh...Throw throw je masak ikut selera sendiri.


16 comments:

  1. Kannn ..
    Malas nak defross ni lebih kurang macam malas nak lipat kain la...🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lipat kain rajin lagi. Ghisau tengah tunggu defrost lagi bertambah malas nak masak. hihi...

      Delete
  2. simple nya cara msk dia, tp nampak sedapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat simple Syu. Time nak cepat bolehlah masak menu 2 in 1 terus.

      Delete
  3. ha..sama.suka masak gini. campur protein dengan sayur terus. senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan Sal. Sedap pun sedap. Cepat masak pun ye jugak.

      Delete
  4. Oh Fiza buat tumis lada. Kalau di rumah ini buat masak lemak udang dan kacang panjang.
    Hehe patah-patah pun nampak cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, masak lemak pun sedap juga gabungan udang dan kacang panjang ni.
      Hihi...patah patahkan nak cepat masak.

      Delete
  5. Kacang panjang tuh saya suka, tapi orang rumah tak banyak suka. masalahnya kalo beli Kat market tak bisa beli dikit 🤣🤣🤣. Jadi kadang pusiiing nak habiskan kacang panjang nih

    Sukaaa liat foto tumis udangnya. Kalo udang, mau dibuat apapun, pasti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ramai yang suka susah jugak tu. Kena habiskan sorang sorang. hihi..Betullah tu, sama macam kat sini. Kena beli seikat banyak jugak tu. Memang pening naka olahkan menu campur kacang panjang.

      Terima kasih :)

      Delete
  6. Senang masak lauk macam ni, tak payah dah nak fikir lauk lain lagi yang nak kena masak hahaha. Simple tapi mengenyangkang! Nampak dari gambar pun sedapp! Nak nak lagi si udang tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, simple masakan 2 in 1 pun. Jimat juga bahan menumis. Udang masak apa pun sodap :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.