Dah seminggu tahun baru 2022, baru nak muncul seketul entry. Pertama kali saya nak ucapkan Selamat menyambut tahun baru 2022! Happy New Year! Maka, bermulalah lembaran buku baru tahun 2022.
Bab 1 bulan Januari 2022 daripada 12 bab, 365 halaman.
Terima kasih kepada yang bertanyakan khabar saya bila lama tak muncul dengan cerita baru dalam blog. Permulaan tahun baru yang sangat mencabar.
Ingatkan tahun 2021 dah cukup mencabar. Rupanya awal Januari tahun 2022 dugaan lain pulak datang.
31 Disember 2021 (Jumaat)
Saya balik kampung di Segamat tanpa menjangka sesuatu akan berlaku. Sebelum tu saya ada call mak di kampung bertanyakan tentang cuaca. Mak kata dah hujan sehari dua tak berhenti. Saya fikir hujan biasa je lah.Cadang gerak lepas isya'. Senang dah siap solat dulu nanti sampai boleh terlelap terus. Sudahnya pukul 10 lebih jugak gerak. Saja santai-santai tak rushing nak balik. Sempat singgah rumah mak mentua kat Kuala Pilah sekejap.
Sampai ke Gemas dah tengah malam dalam kehujanan renyai renyai. Ahhh sudahhh...jalan kat Gemas dah naik air. Memang tak boleh redah lah melainkan 4x4 atau lori. Kami pusing ikut laluan kampung. Sekali banyak betul jalan dah dinaiki air banjir. Tak pasti banjir kilat atau memang tanah rendah yang memang dah biasa banjir.
Syukurlah air tak tinggi. Redah jugak lah dalam 2-3 laluan air macam tu. Dalam kepala ni dah fikir kalau tak dapat redah kenalah mencari hotel ke atau patah balik atau tunggu air surut. Ada laluan air yang berarus deras pun dah risau dibuatnya. Dahlah tengah malam. Bahaya betul!
Syukur selamat sampai di kampung.
1 Januari 2022 (Sabtu)
Masih lagi hujan tapi berhenti sekejap sekejap. Keluar ke bandar beli barang dapur mak. Tak nampak lansung akan tanda-tanda air nak banjir. Air pun jauh lagi nampak nak naik ke kawasan rendah. Tapi air sungai memang bagai nak melimpah keluar.
Nak lalu jambatan pun rasa seram. Risau! Semasa perjalanan balik pun intai intai gak kawasan yang biasa banjir. Memang tak nampak pun bayang akan banjir. Kalau hujan berterusan lama mungkin ye akan banjir.
Allahuakbar. Disebabkan benteng pecah, air terus melimpah. Kawasan rumah rendah sekelip mata ditenggelami air. Mereka tak sempat nak selamatkan harta benda, keluar selamatkan diri sehelai sepinggang je.
Nak lalu jambatan pun rasa seram. Risau! Semasa perjalanan balik pun intai intai gak kawasan yang biasa banjir. Memang tak nampak pun bayang akan banjir. Kalau hujan berterusan lama mungkin ye akan banjir.
2 Januari 2022 (Ahad)
Sebelum subuh saya terjaga. Bunyi kenderaan lalu lalang depan rumah. Tak dapat nak lelap mata. Lepas solat subuh pergi dapur mak cakap benteng kat sungai pecah. Dah banjir! Rupanya orang sibuk lalu lalang tu tadi mangsa banjir.Allahuakbar. Disebabkan benteng pecah, air terus melimpah. Kawasan rumah rendah sekelip mata ditenggelami air. Mereka tak sempat nak selamatkan harta benda, keluar selamatkan diri sehelai sepinggang je.
Ikutkan hari sabtu tu, hujan renyai tengok air sungai banyak rasa macam tergerak hati nak balik awal. Tapi sebab ada urusan mak nak kena ambil darah hari ahad pagi. Kena balik lepas urusan mak settle. Alang-alang dah balik tu settlekan urusan mak dulu mana yang penting.
Balik dari poliklinik, tengok beberapa laluan hampir hampir naik air atas jalan dah. Dalam hati memang risau dah. Balik kemas kemas terus gerak balik. Tapi tak ikut gemas sebab laluan gemas memang tak boleh lalu banyak kawasan banjir dan terputus laluan.
Terpaksalah ikut laluan jauh, ikut Tangkak masuk highway exit tampin ikut rembau dan sampailah ke Seremban. Syukurlah laluan Tangkak clear tanpa air banjir.
Petang tu saya call mak tanya keadaan kampung, mak kata satu kampung diarahkan pindah keluar dari kampung pergi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekolah jauh sikit dari kampung. Banyak jalan dah terputus. Syukur saya sempat keluar sebelum air naik.
Petang tu saya call mak tanya keadaan kampung, mak kata satu kampung diarahkan pindah keluar dari kampung pergi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekolah jauh sikit dari kampung. Banyak jalan dah terputus. Syukur saya sempat keluar sebelum air naik.
Risau akan jadi tsunami sebab ada empangan lain akan dibuka. Tak pernah pernah mak abah kena pindah ke PPS sebab rumah kami atas bukit sikit. Rezeki rumah tinggi sikit tak kena air banjir. Rumah pun dekat dengan balai raya, sekolah dan masjid. Syukur jugak family kakak duduk dekat dengan rumah mak. Boleh uruskan mak abah. Risau abah yang sakit tak berdaya nak jalan tu.
Abah dan mak sempat duduk PPS sekejap lepas tu kakak yang duduk tempat lain ambil bawak balik rumah. Mujur masa tu jalan ke rumah dia masih boleh lalu tak ada air lagi. Esok paginya jalan tu tak boleh lalu dah.
Abah dan mak sempat duduk PPS sekejap lepas tu kakak yang duduk tempat lain ambil bawak balik rumah. Mujur masa tu jalan ke rumah dia masih boleh lalu tak ada air lagi. Esok paginya jalan tu tak boleh lalu dah.
3 Januari 2022 (Isnin)
Anak buah datang rumah dan bermalam.4 Januari 2022 (Selasa)
Lepas anak buah balik, saya ke klinik sebab mata sakit sejak hari sabtu haritu. Mulanya merah lepas tu gatal gatal. Tapi jumpa doktor, doktor tak check pun mata. Cakap sakit mata, terus dia tulis ubat dan ambil ubat je. Begitu je tak check lansung. Penat dok explain itu ini. Tengoknya tidak.5 Januari 2022 (Rabu)
Check in hotel berdekatan dengan rumah semalam. Lebih kurang 10-15minit dari rumah. Sebab dah book awal hari tu, jadi kita pun stay lah kat hotel 2 hari 1 malam. Kalau tak stay rugi lah pulak.6 Januari 2022 (Khamis)
Lepas checkout balik rumah. Baru nak ada masa merasa betul-betul rehat.
7 Januari 2022 (Jumaat)
Harini baru ada peluang update blog. Harap terjawab persoalan kemana saya menghilang selama seminggu. Mata pun masih belum okay. Macam tak ada perubahan pun ye jugak tu. Sejak sakit mata kurang hadap screen handphone sebab cahaya tu menyakitkan mata. Dan kena tidur untuk rehatkan mata jugak.Sejak banjir haritu hari hari tunggu update live dari orang kampung yang masih berjaga-jaga di kampung. Abang ipar saya standby kat rumah berjaga-jaga juga. Ini bukan pertama kali banjir. Dari sejarah banjir dulu dulu setahun sekali tu dah pasti bila musim tengkujuh tiba.
Tapi lepas ada benteng, dah tak banjir teruk. Selepas 10 tahun, benteng pecah terus air naik mendadak. 95% ditenggalami air. Bayangkanlah! Banjir terpaling teruk tahun ni. Kami yang tak kena banjir pun jadi cemas terus.
Lain macam banjir tahun ni. Merata negeri banjir terburuk. Kuala Pilah pun banjir jugak. Seluruh Malaysia hujan je air pun tak tahu nak kemana dah. Syukur semua orang kampung berjaya diselamatkan. Harta benda memang tak dapat nak diselamatkan.
Ramai yang datang hulurkan bantuan. Alhamdulillah.. Harapnya projek bina semula benteng 5 juta tu jadilah ye.
Apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah sebaik baik perancang dan maha mengetahui segala apa yang terbaik untuk kita. Dugaan tanda Allah sayang kita. Kita diuji dalam pelbagai cara yang berbeza.
Fuhhh..panjang berjela karangan pertama tahun baru ni. Balas dendam dah lama tak menaip, kan.
Belek belek kalendar kuda januari 2022 macam tak ada cuti banyak je. Cuti tahun baru dah berlalu. Tinggal cuti untuk negeri Sembilan dan Cuti Thaipusam untuk negeri tertentu.
Cuti Umum Januari 2022
1 Jan (Sabtu) - Tahun BaruSemua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Jumaat) - Hari Keputeraan YDPB N. Sembilan
N. Sembilan
18 Jan (Selasa) - Hari Thaipusam
Johor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor
I love sunflower for its brightest colour of all
For the spirit of new beginning feels
Always find the light and stand tall
Forever outstanding in the fields
Allah, agak berat ujian di akhir tahun. Semoga 2022 ni lebih baik!
ReplyDeleteBegitulah ujiannya.
DeleteAaaminnn...
Selamat tahun baru kak. Patutlah lama menyepi.
ReplyDeleteGet well soon tau.
Nanti akak bagi details dekat Syu yer sebab akak dah tersenarai dalam top 5 komentator Syu.
Btw, cantik planner 2022 akak tu. He3😁💕
Selamat tahun baru Syu. Itulah tu, banyak halnya.
DeleteAaminn..terima kasih doakan.
Okay baik Syu. Sorry lambat bagi details.
Ya, planner the wife & co tak pernah tak cantik :)
Itulah dugaan. Akak pun risau tempat akak pun ada kawasan banjir.
ReplyDeleteHujan sangat luar biasa.
Selamat berehat Fiza.
Melaka pun banyak tempat banjir. Tak pernah banjir teruk begitu kan kak. Banjir kali ni bukan biasa biasa.
DeleteTerima kasih kak :)
permulaan yang mencabar Fizah. Nasib baik ada kakak kalau tidak memang Fizah kena angkut parents balik sekali. Saya pun risau keluarga di Segamat dan Muar tapi Alhamdulillah diorang kata tak terjejas. Selamat Tahun Baru. Comelnya planner
ReplyDeleteBerat ujian kali ni. Berat lagi bahu mangsa banjir yang memikul. Syukur ada kakak yang dekat dapat uruskan. Alhamdulillah ada tempat yang tak terjejas. Ada tempat perlindungan lebih selamat.
DeleteSelamat tahun baru Sal :)
Memang comel plannernya. Tu yang beli tu.
awal tahun dah padat jadual. anyway cantik buku planner tu. selamat tahun baru :)
ReplyDeleteYe kak Awa. Awal tahun dah macam-macam halnya.
DeleteSelamat tahun baru 2022 :)
Kalau macam tu ceritanya, maknanya Fiza ni sekampung dgn kawan sy di Segamat, yg satu kampung kena keluar tu kan. Rumah kawan sy, mak dia, mak mertua dia, semua tenggelam, sedih tengok.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh mata Fiza, teruknya doktor tu, tak prihatin, cemana boleh jadi doktor tu???
yelah tu kot kak. Siapakah dia? Mana tahu kenal. Memang satu kampung kena keluar disebabkan ban pecah tu lah. Dasyat banjir kalini. Rumah yang tenggelam nampak bumbung tu paling kesian. Tak dapat nak bayangkan kesedihan tu.
DeleteAaaminn...terima kasih kak doakan. Saya pun tak tahulah kak. Penat explain, sekali tengok pun tak. Terus tulis ubat je. At least tengok keadaan merah merah tu okaylah jugak.
Nasib fiza dppt balik semula ke sermban dgn selamat.. Semoga keadaan pulih seperti sediakala di Segamat. Semoga rumah kg pun x teruk kena tempias banjir tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah sempat balik sebelum terputus jalan keluar.
DeleteAaaminnn...air masih belum surut banyak. Sikit sikit surutnya. Risau jugak tu kalau hujan lagi.
allahu, permulaan yg mencabar tahun ni buat fiza. semoga selepas ni lebih baik ye.
ReplyDeleteUjian yang mencabar datang tiba tiba.
DeleteAaminn...
Allahu akbar. Sesak dada memikirkan air naik mendadak tak dijangka ni kan… Mujurlah Allah mudahkan urusan Fiza balik walaupun masuk keluar pusing-pusing jalan semua. Dengan cuaca unpredictable sekarang, paling bimbang bila tengah jalan kita stranded sebab air naik.
ReplyDeleteSemoga mak abah Fiza, kakak dan seluruh keluarga Fiza di kampung sentiasa dilindungi.
Sekejap je air naik. Dari tak nampak terus naik sampai tak tahu nak lari kemana. Terpaksa juga ikut jalan jauh asalkan selamat sampai. Ye, risau kalau stranded tu. Lagilah tengah malam kan.
DeleteAaminn..terima kasih kak Farrah doakan untuk kami semua.
selamat tahun baru fizah. cantik planner. semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk tahun 2022.
ReplyDeleteSelamat tahun baru. Kannn..cantik planner tu. Setiap tahun beli dari the wife& co je.
DeleteAaaminnn...
Semoga setiap dan apa pun ujian yang sedang dihadapi Allah angkat dan gantikan dengan hal yang lebih baik. Aamiin.
ReplyDelete
DeleteMudah-mudahan Allah gantikan dengan yang lebih baik.
Aaaminnn...
Allahu....
ReplyDeleteMerata banjir yang tak terduga.Tempat yang tak pernah2 banjir boleh banjir.takutnyaaaa...
Semoga keluarga Fiza dimudahkan urusan.Semoga Allah lindungi kita semua..dijauhkan bala bencana digantikan takdir yang lebih baik..
Banyak peristiwa patut senyap
ye mama cella, seluruh Malaysia sana sini banjir.
DeleteAaaminnn...terima kasih doakan.
sebab tu senyap seketika 😢
Dugaan awal tahun
ReplyDeleteYe Lyana. Dugaan awal tahun yang kita tak jangka.
DeleteDugaan betul. Hari hari buka blog Fiza tapi tak de update.. Last entri Fiza ckap nak balik kampung..
ReplyDeleteSyukur semua ok.
Yang pasal doktor tu memang geram kan kalau kita bercerita bagai nak rak tapi dia tak check pun. Terus bagi ubat je. Boleh pula gitu? Kalau swasta mmg sakit hati sgt sebab bukan sikit duit keluar. Kalau kerajaan pun sama walaupun RM1.
Tak dapat nak update blog dengan banyak urusan, sakit mata dan mood merundum jugak tu. Alhamdulillah semuanya okay.
DeleteTahu takpe! geram je rasa tapi sebab malas nak bertekak, kita redha je la ambik ubat dulu tengok macamana.
byk yg berlaku dkt kak fizah di awal tahun ya. semoga kuat dan semoga mata cpt sembuh ya..
ReplyDeleteRedha dengan segala ujian. Terima kasih Syu doakan :)
Deletemmg banyak tempat yang tak dijangka2 pun terkena tempias banjir ni kan..
ReplyDeletepsss...ammi pun dah lama tak BW sejak masuk ward minggu lps
Betul tu Ammi. Banjir terburuk tahun ni.
DeleteMaaf Ammi, lama tak singgah rumah Ammi tak tahu perkembangan terkini. Ada masa saya singgah nanti ye. Semoga baik baik je Ammi.