Header Ads


Magnetic Mask Chain Extender Mesra Hijab

Pernah sekali hantar mak pergi klinik lupa pakai mask. Boleh? Lepas tu rasa pelik kenapa orang dok pandang. Lahhhhh...rupanya saya tak pakai mask! Cepat cepat tarik tudung dah selit tudung kat tepi ala purdah macam tu. Aduhaiii...

Tak disengajakan. Dahlah kat klinik pulak tu kan. Cerita dia, masa tu hujan. Saya terlupa lansung nak pakai mask sebelum keluar dengan payung. Nak cepat cepat keluar dulu standby payung untuk mak. 

Masa drop kad appointment mak, nurse pun tak tegur pulak tu tak pakai mask. Haruuu..dah lama baru perasan orang dok pandang pelik. Kah! Seram pulak ingat balik kejadian tu. Dah lah tempat ramai orang, berisiko pulak tu. Adeh!

Harap tak lupa lagilah kan. Ghisauuu...

Face mask dan manusia belum boleh berpisah lagi. Dah macam macam jenis face mask dipasaran. Sekarang tengah trending pakai magnetic mask chain extender. Saya baru nak terjebak pakai.

Magnetic mask chain extender shopee ada banyak pilihan. Ada murah ada mahal. Nak murah murah kena beli dari seller China. Saya jenis malas nak tunggu lama, beli je dari local seller. Sekali pekerja J&T mogok, terperam lama jugaklah 3 hari macam tu tak ada orang hantar.

Dari nak cepat, jadi lambat jugak.

Saya suka magnetic mask chain extender yang simple je macam ni. Tak sarat dengan acesories. Tak suka jenis showy sangat.

Magnetic Mask Chain Extender

Beli magnetic mask chain akan dapat free 1 pair glasses hook dan 1 pair magnet. Magnet ni boleh sangkut kat mana mana mask chain beads tu. Adjust ikut keselesaan saiz kepala. 

Mesra hijab lah kiranya. Jenis pakai spek pun boleh sangkut cermin mata sebab dapat free pair glasses hook tu. Senang nak pakai face mask jenis earloop.  Yang headloop dah siap standby dalam hand bag. In case lah terlupa ke putus ke. 

Suka pakai magnetic mask chain extender macam ni. Sangat mesra hijab dan mudah on off face mask. Magnet dia pun kuat. Cantik pun cantik jadikan fesyen.

Magnetic Mask Chain Extender Mesra Hijab

Harga RM15 tak termasuk postage, beli di shopee. Banyak je pilihannya. Tapi mana yang berkenan dan banyak sold out. Yang saya beli ni pun dah hujung hujung stok. Lepas membeli tengok semula dah out of stock.

12 comments:

  1. Belum pernah guna lagi.
    Macam-macam aksesori baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, macam macam jenis mask extender ada dipasaran.

      Delete
  2. Wahh menarik. Ingatkan mahal, murah je rupanya. Cantik pulak tu

    Cici sebab kena turun lift, jadi terpaksa ingat juga pasal mask. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut jenis mask chain. Ada juga yang bawah RM10.
      Kadang terlupa tu yang payah. Lagilah nak turun naik lif kan. Tiba tiba orang masuk lif, tak pakai mask nayaaa..Pakai ni sarung siap siap.

      Delete
  3. Tak tau pun ada benda alah gini, menarik jugak ni. Mudah.

    ReplyDelete
  4. ok.. nanti nak cari. mask extender ni dah macam aksesori tambahan tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari jangan tak cari KakYan. Banyak kat shopee, rambang mata nak memilihnya.

      Delete
  5. msti panic kejap kan sbb terlupa pkai mask.
    syu pernah skali last yr msuk kedai, rsa mcm pelik. rupanya xpkai mask. nasib baik ada tudung utk cover mcm mask..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auto panik terusss..Itulah tu, nasib baik ada tudung boleh buat cover macam mask kan.

      Delete
  6. magnetic mask chain sesuai kalau orang ada sanggul. Kalau tiada, agak leceh. Ada lagi satu tu yang dia mcm kelip dekat bunga tak silap. tu best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tapi boleh adjust bagi ketat sikit pakai.
      Yang tu ada jugak perasan kena sangkut kat bunga tu kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.