Header Ads


Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co

Betul betul lambat update planner Twenty Twenty Two (2022). Baru sekarang ada peluang nak update entry entry di tahun baru. Orang lain dah lama update, kita je baru terhegeh hegeh nak update. 

Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co
emboss UV printing


Seperti tahun tahun sebelumnya, memang siapkan planner untuk tahun baru. Macam raya lah, nak kena siapkan persiapan sambut raya. Begitulah jugak tahun baru. Wajib ada planner. Otak bukan boleh ingat semua, memang kena menulis untuk rujukan atau simpanan kenangan.

Planner tahun baru saya tak lain tak bukan mestilah Planner Twenty Twenty Two (2022) dari The wife & Co. Masuk ni tahun ke empat saya setia bersama planner The Wife & Co. Memang berkenan betullah dengan planner The wife & Co. Setiap tahun mesti The Wife & Co keluarkan design yang berbeza. 

Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co


Saya buat pre-order first batch bulan Oktober haritu. Untuk tempahan pre-order first batch, dapat lah exclusive free gift :
  • 2pcs roses clip ( black & white)
  • 10pcs stickers (random muslimah & motivational)
Tahun ni ada 3 pilihan design dan warna.

  • NIRMALA : Bertemakan hitam putih bersih dan suci. Klasik tapi nampak moden.
  • PUSPITA : Direka khas untuk peminat warna pastel lilac.
  • KIRANA : Design yang elegan gabungan hitam dan violet dengan kesan watercolour dan shimmering light.
Saya pilih design Nirmala bertemakan hitam putih because BLACK is the new trend katanya. Back to the basic and make a CLASSY comeback.

Cover design planner Nirmala dengan tema 4 Dara. 

Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co

4 Dara Nirmala

  • The introvert book lover
  • The humble lady with a big heart
  • The soft-hearted animal lover
  • the extrovert happy go lucky coffee hunter

Descriptions

  • Standard A5 Size
  • Clear PVC cover- Transparent PVC cover with hot pressed edge & spine finishing for a better look and style
  • Each planner will be packed in high quality black PVC ziplock bubble mailer
  • Exclusive custom transparent cover with some touch of leather
  • Cover design with emboss UV printing 

Full Contents

  • 2022 Calendar & holidays + 2023 Calendar
  • 1 page monthly spread
  • Goals setting template
  • Financial monthly budget
  • Monthly financial planner
  • Tracker Habit/Ibadah tracker
  • Monthly divider : 12 Exclusive watercolor drawings with different flower theme for each month + Weekly planner + Monthly overview
  • Ramadhan resolutions
  • Misc- Blank pages with dot grid styles

6 Frosted PVC planner tabs with silver foil printed
  • Goals
  • Financial
  • Tracker
  • monthly
  • Notes
  • Misc
Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co
muka surat pertama


Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co
muka surat kedua

Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co
calendar 2022 & 2023

Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co
First section : goals

Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co
second section : financial

Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co
3rd section : tracker

Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co
4th section : monthly 

2 section lagi yang saya tak ambil gambar, section notes dan misc. Begitulah planner The Wife & Co yang menepati KPI planner yang saya suka. Sebab tu tak cari planner lain dah. Susah nak move on!

Planner Twenty Twenty Two (2022) The wife & Co

Terima kasih The Wife & Co sentiasa perform setiap tahun hasilkan planner yang cantik lagi menawan kalbu. Kalau awak suka planner macam ni, boleh tengok di instagram The Wife and Co untuk pembelian.  

Setiap tahun design yang berbeza dan ada kelebihannya.


24 comments:

  1. Kalau sudah selesa tidak tukar buku perancang. Bagus juga tukar-tukar rekaan dan ada pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, begitulah kak. Kalau dah suka tak cari lain dah :)

      Delete
  2. cantik nya planner ni. berkenan pulak tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Sempat lagi nak beli tu kalau masih ada stok :)

      Delete
  3. Wah...semua cantik cantik...Bak kata dak2 sekarang...Cantik ke cantik..??🤭

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru sis fiza . Nampak menarik design planner 2022 . Sangat minimalist .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru Lyana.
      Sangat sangat menarik planner ni. Minimal dan exclusive.

      Delete
  5. Cantiknya. No wonder kena pre order. Saya pulak lain, suka planner yang banyak ruang kosong untuk isi sendiri. Lain orang lain caranya kan. Semoga 2022 membawa kebaikan untuk kita semua. Chaiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa memang pre order awal Sal. Kalau lambat tak dapat. Huhu...
      Setuju Sal, lain orang lain stylenya. Ikut kesukaan dan minat masing masing.
      Aaminn...

      Delete
  6. Replies
    1. Memang cun! Sangat secure :) Segala isi terpelihara gitu.

      Delete
  7. Sangat cantik.. Ingatkan Fiza buat sendiri sebab Fiza kan kreatif benda design macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan! Taklah, beli je dah siap. Planner sekarang banyak pilihan. Cuma paling berkenan dengan yang ni :)

      Delete
  8. cntiknya planner ni kak fizah. syu xbeli2 lg pon. dah 2022 pon haha

    ReplyDelete
  9. Nirmala..nama along ammi.
    Planner lawa selalu je mcm menggamit untuk dibeli tapi ammi tak berapa reti nak guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Sedap nama Nirmala. Klasik.
      Mungkin tak biasa dengan planner macam ni. Next year boleh beli satu, cuba kot berjaya reti guna :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.