Header Ads


Ex Aku Pontianak

Ex Aku Pontianak, sebuah drama Gempak Original Series lakonan Ikmal Amry, Elizabeth Tan, Raysha Rizrose dan ramai lagi. Drama Ex Aku Pontianak episod 1 mula bersiaran pada 19 Januari 2022 setiap hari Rabu, jam 9:30 malam secara eksklusif di Astro Ria (CH104).

Juga boleh distrim menerusi portal Gempak atau via applikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Ex Aku Pontianak,
Dulu Darling Sekarang Bertaring

Drama Ex Aku Pontianak Astro Ria

Drama : Ex Aku Pontianak
Jumlah episod : 10
Mula siaran : 19 Januari 2022
Waktu siaran : Rabu, jam 9.30 malam
Siaran TV : Astro Ria
Idea Asal : Anwar Hadi
Penulis skrip : Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar
Pengarah : Shamyl Othman
Produksi : Red Comm

PELAKON EX AKU PONTIANAK

Ikmal Amry sebagai Malik
Raysha Rizrose sebagai Suraya
Elizabeth Tan sebagai Bella
Alicia Amin sebagai Jay
Maya Hanum sebagai Fifi
Fikhree Bakar sebagai Zafran
Nabil Zakaria sebagai Amran
Arwan sebagai Joe
Fatimah Abu Bakar
Datuk Malek Noor

Penampilan Istimewa (cameo)

Amber Chia
Alex Yoong


SINOPSIS EX AKU PONTIANAK

Malik (Ikmal Amry) seorang pemuda playboy sedang bercinta dengan Bella (Elizabeth Tan), seorang gadis jelita dan manja sejak empat bulan lalu. Namun, kawan-kawan Bella iaitu Jay (Alicia Amin) dan Fifi (Maya Hanum) sengaja menakutkan Malik tentang misteri kehilangan kesemua bekas kekasih Bella secara tiba-tiba sekiranya hubungan mereka gagal dan berpisah. 

Malik tidak takut dan menganggap perkara tersebut hanya sekadar gurauan semata-mata. Selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta dengan Bella, Malik mula berasa bosan dengan Bella. Malik mula tertarik dengan Suraya (Raysha Rizrose), seorang penulis di pejabatnya.

Hubungan mesra Malik dan Suraya terkantoi apabila Bella mendapat tahu mereka keluar makan bersama-sama lalu. Hubungan Malik dan Suraya  itu juga punca yang menyebabkan Malik dan Bella berpisah.

Malam selepas mereka berpisah, Malik mula diganggu dengan perkara pelik seperti mendapat surat amaran jari putus yang dihantar oleh Zombie Bella. Malik baru teringat dengan cerita yang pernah disampaikan oleh Jay dan Fifi kepadanya sebelum ini. 

Malik mula menyiasat tentang perkara tersebut dan cuba mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya. Dia Mencari dan cuba menyelamatkan dengan cara meminta bantuan daripada seorang bomoh. Rupa-rupanya, bomoh tersebut ialah Suraya yang merupakan seorang pemburu Pontianak.

Suraya mempunyai misi tersendiri untuk menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baharu. 

Apa yang akan berlaku seterusnya? Berjayakah Suraya mencapai misinya?

12 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.