Header Ads


Permohonan, Semakan Dan Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah dibentangkan dalam Bajet 2022. BKM 2022 Fasa I akan diagihkan kepada para penerima pada bulan Mac 2022 nanti.

Permohonan, Semakan Dan Tarikh Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Permohonan baru BKM 2022

Pemohon yang tidak mempunyai data di dalam LHDN, bolehlah membuat permohonan bermula 1 Januari 2022 di laman web https://bkm.hasil.gov.my . Tempoh permohonan dibuka selama sebulan bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022. 

Semakan BKM 2022

Semakan BKM 2022 juga boleh disemak pada laman web yang sama untuk mengetahui status permohonan BKM 2022.

Kemaskini BKM 2022

Untuk penerima BPR sebelum ini, perlu membuat kemaskini BKM 2022


Tarikh Pembayaran BKM 2022

Pembayaran BKM 2022 akan dibuat sebanyak 4 kali dalam setahun. Pembayaran pertama (Fasa I) akan diagihkan kepada lebih 9.6 juta penerima pada bulan Mac 2022.

Jumlah Bayaran BKM 2022

B40 – Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500

Tiada anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3 anak : RM2,000

B40 – Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM4,850

Tiada anak : RM400
1-2 anak : RM600
3 anak : RM800

M40 – Isi Rumah Berpendapatan RM4,851 – RM5,000 (kelas M1 sahaja)

Tiada anak : RM400
1-2 anak : RM600
3 anak : RM800

Ibu/Bapa Tunggal (IBT)

RM500

Warga Emas Isi Rumah

RM300

Bujang – Berpendapatan Kurang RM2,500

Bayaran secara one off RM350

10 comments:

  1. Alhamdulillah. Tak pasti saya dapat tidak. Tunggu jelah sebab data semua dah ada di LHDN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting isi, dapat tak dapat cerita lain. Harap ada rezeki.

      Delete
  2. Alhamdulillah, dapat next month. Ingatkan lambat lagi dapatnya. Tapi tak pastilah dapat ke tidakk >.< Tapi kalau ada rezeki, alhamdulillah. Kalau takde, nak buat macam mana kan kak fiza hahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.