Header Ads


Nasi Goreng Sardin Cili Kering

Ada lebihan sardin sambal buat sandwich disebabkan roti tak cukup. Makanya, lebihan sardin tu saya buat nasi goreng sardin je. Tapi bukan nasi goreng sardin cili api yang biasa-biasa. Kali ni luar biasa sikit dari kebiasaan.

Masak nasi goreng sardin cili kering. Nasi goreng cili kering tambah sardin je cerita dia. Cili kering saya potong buangkan biji kemudian rebus sekejap bagi mudah nak menumbuk nanti.

Nasi Goreng Sardin Cili Kering

Macam biasa lah saya gunakan kaedah menumbuk untuk tambah kesedapan nasi goreng sebenar. Tumbuk cili kering, ikan bilis sikit, bawang merah rose, bawang putih dan garam. Walaupun dah ada sardin tapi saja nak letak ikan bilis lagi.

Lagi satu, orang dulu dulu suka tumbuk bersama garam. Tumbuk kasar kasar je tak perlu lumat. Tumis sampai garing sikit baru sedap rasa dia. Begitulah... Lain orang lain cara masakannya.

Rajin pulak masak nasi goreng guna cili kering sekarang ni. Jimat cili api. Cili api pun bukan main payah nak dapat. Kena tunggu balik kampung baru dapat membeli cili api sebenar. Bukan cili api tipu tipu tak pedas tu.


32 comments:

  1. lama x buat nasi goreng cili kering tumbuk...dulu rajin buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot ada masa dan terlebih rajin bolehlah buat nanti kak :)

      Delete
  2. cantikk gambar Fiza
    sardin wahh menarikk dan nmpk sedapp nasi gorengnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Nor.
      Nasi goreng sardin memang sedap. Tambah lagi dengan cili kering, bertambah sedap :)

      Delete
  3. nampak mengiurkan, dah di tambah dengan kacang panjang dan cili kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat menu bila bila nanti, kalau rajin nak buat :)

      Delete
  4. Nampak sedap nasi goreng Fiza...Saya pun dah beransur kurangkan penggunaan cili api bila umur dah banyak ni...(tak nak juga tulis umur tua)🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ada apa dengan umur kan. Yang penting jiwa muda.
      Memang sedap nasi goreng cili kering ni. Kalau ada masa dan kerajinan bolehlah buat nanti :)

      Delete
  5. sejak ibu_suri tiada, nasi goreng aje lah makan selalu saya. saya tak reti masak lauk bagai.
    selain nasi goreng.....megi laarrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..masak nasi goreng mudah. Masak maggi pun cepat.
      Syukur :)

      Delete
  6. Nasi goreng pedas2 baru ada umph ni hahh

    ReplyDelete
  7. Haah perasan cili api kurang pedas yang ditanam.
    Elokkan guna lebihan sambal sardin makan dengan nasi goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak cari cili api kampung yang betul betul pedas.
      Tak membazir boleh buat nasi goreng sardin :)

      Delete
  8. Sedapnya!

    Nasi goreng guna cili kering, lagi cantik warna nasi gorengnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedap nasi goreng cili kering. A ah warnanya cantik merah merah gitu.

      Delete
  9. Tak pernah buat lagi nasi goreng sardin cili kering ni. Selalu makan yang orang buatkan je. Hehe.. Tapi memang sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap guna cili kering naniey. Kalau rajin bolehlah cuba.

      Delete
  10. Ayah nampak best nasi gorengnya kak 😍. Saya tak pernah masak nasi goreng pakai sardin, karena tak terlalu suka sardin. Tapi kalau masak nasi goreng nih, tak boleh lupa cabe rawit orange yang pedaaas tuh 😄👍. Barulah semangat nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suka sardin boleh cuba masak nasi goreng guna cili kering. Pasti sedap juga selain cili api pedas :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.