Header Ads


Cuba Petua Rebus Jantung Pisang Untuk Buat Ulam

Nama je penggemar jantung pisang. Tapi baru pertama kali merebus jantung pisang untuk dibuat ulam cicah sambal gesek. Jantung pisang bekal mak bagi masa balik kampung sebelum banjir. Lama betul terbiar tu. Nasiblah elok lagi bila dibuka sehelai sehelai kelopak jantungnya.

Jantung pisang ni saiznya memang besar, yang boleh dibuat makan tinggal saiz cenonet kecil je. Disebabkan pertama kali nak merebus, saya pun gunakan lah petua cara rebus jantung pisang tidak hitam dan tidak kelat.


Cara rebus jantung pisang tidak hitam

Rebuskan jantung pisang dengan garam dan asam keping. Ada juga petua lain letakkan minyak masak sikit. Selain tidak lebam, itu juga cara menghilangkan getah pada jantung pisang. Pastikan jantung pisang tenggelam dalam air.

Cara saya, saya didihkan dulu air bersama garam dan asam keping. Lepas tu baru saya masukkan jantung pisang yang dah dibasuh. Semasa merebus tu memang tak nampak berbirat pun. Saya ikut petua lain juga, jangan belah sebelum merebus. Belah selepas merebus.

Tapi lepas rebus dan semasa ambil gambar ni pun jantung dah lebam berbirat dah. Cepat betul, kan. Mungkin sebab jantung pisang dah lama, sebab tu jadi macam tu kot. Mungkinlah...

cara rebus jantung pisang tidak hitam

Tercapai jugak hajat nak makan jantung pisang. Mak bekalkan lagilah sedap makan. Makan pun sorang je sebab encik suami tak makan jantung pisang. Selain rebus dibuat ulam, ada juga yang buat kerabu jantung pisang. Yang tu tak pernah cuba lagi.

Biasa kat kampung, mak buatkan. Ini buat sendiri, terkial kial nak merebus jantung pisang pun. Haiyaaaa...

30 comments:

  1. Begitu ya. Resepi mak mentua masak lemak cili padi kak. Campur dengan udang. Aishhh. terangkat gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak cili api campur udang pun sedap ye. Baiklah, nanti boleh cuba. Thanks share Aien. Memang terangkat ulam jantung dengan sambal.

      Delete
  2. Akak tak pernah rebus sendiri jantung pisang ni, tapi kalau makan di nasi campur di kedai dan ada jantung pisang rebus, cepat2 ambil sebelum habis, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa kat kedai memang kena cepat ambil. Susah nak jumpa tuuuu

      Delete
  3. Om suka makan ulam jantung pisang, cicah dgn sambal belacan. Padu rasanya!

    ReplyDelete
  4. Sedaonya jantung pisang, kerabu perut jantung pisang pun menyelerakan, nampak segar elok Fiza rebus, kira pass tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat bila lama tak makan. Dah lama teringin pulak tu kan. Pada saya pun kira pass lah tu walaupun rupa dia agak lebam sikit.

      Delete
  5. samalah macam saya. suka dan selalu makan tapi tak pernah rebus sendiri. next time kena cuba. terhabis ke makan sorang tu? tak habis pass sini sikit. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blur pulak tetiba kena masak sendiri kan. Haruslah habis Sal. Sorang makan pun habis. Ratah cicah sambal belacan. Nak simpan untuk dinner nanti tak sedap dah. Hihi...

      Delete
    2. kan. jantung pisang tak boleh simpan lama. saya kalau dapat makan tak perlu lauk lain dah

      Delete
    3. Tak sedap kalau dah sejuk lama sangat. Tak pandang dah ulam lain kannn 😅

      Delete
  6. Wak selalu juga ngulam jantung pisang rebus ni.
    Ada beberapa jenis jantung pisang yang tak lebam bila direbus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki wak dapat makan jantung pisang selalu. Jantung pisang apa tu wak?

      Delete
  7. Saya pun bab merebus jantung pisang memang fail...Tak reti nak rwbus jadi putih bersih...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..asalkan sedap dimakan. Apalah ada pada rupa kalau dah sedap :)

      Delete
  8. Selalu juga Kak Amie rebus jantung pisang. Kadang lebam, kadang okey cantik putih. Agaknya ikut jenis jantung pisang kot.

    ReplyDelete
  9. Akak pun kurang makan jantung pisang. Selalu juga emak rebus buat ulam atau masak lemak.
    Kegemaran Fiza rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulam tu biasa jugak makan kak. Kalau masak lemak belum pernah rasa lagi. nanti nanti boleh cuba masak lemak pulak. Ye kak, fav saya jantung pisang ni :)

      Delete
  10. Kesukaan ccl juga ni . Jantung pisang rebus dicicah dengan air asam picit . Sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat ulam cicah sambala ke asam picit ke memang padu kan lyana. Berselera makan nasi.

      Delete
  11. Naniey cicah budu. Hehe. Sedapnya. Lama betul tak makan jantung pisang. Biasa tunggu balik kammpung baru makan. Nak rebus sendiri takut tak jadi. Tengok nangka orang share pun sampai lebam lebam. Terus tak berani nak buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, biasa balik kampung baru dapat. Bila mak bekalkan bawak balik blur tak tahu nak buat camne. Hihi..kena orang yang biasa buat baru best makan, kan :)

      Delete
    2. 1-2 kali yg pertama, tak menjadik jugak aida merebus jantung pisang ni.
      later on, ok dah. nanti nak try guna petua fiza ni.
      moga lebih cantik la :)

      Delete
    3. Harap better lah. Tapi macam kak Amie dan wak cakap bergantung pada jenis jantung pisang jugak.

      Delete
  12. aida rebus gitu aje, fiza.
    ok. cicah dgn air asam. aduhai, sedapnya.
    suka sgt la. pernah jugak cicah budu, fiza.
    oh my God. makan nasi bertambah-tambah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau okay takpe kak. Tak payah tambah asam keping dan garam lagi.
      Saya biasa cicah sambal gesek atau sambal belacan. Air asam dan budu tak pernah cuba.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.