Header Ads


Rendang Pedas Ayam Emak Ready To Eat

Kalau dulu nak makan rendang kena tunggu hari raya. Terasa nikmatnya dapat makan rendang bila tiba hari raya. Sekarang tak payah tunggu hari raya. Nak makan hari hari pun boleh. Sekarang dah ada dijual pek rendang ayam ready to eat.

Buka pek bungkusan, panaskan je dan boleh terus makan. Istimewanya rendang ayam ni pedas dan rasa dia macam emak emak kita masak rendang. Sebab tu dilabelkan emak. Guna resipi emak patutlah sedap!

Rendang Pedas Ayam Emak Ready To Eat

Well, rezeki saya dapat merasa rendang pedas ayam emak ready to eat ni. Pemilik produk hantar produk untuk saya photoshoot. Jadi, dapatlah saya merasa sekali. Biasanya kalau shoot produk saya akan tanya pada customer samada nak pulang semula atau macamana.

Produk makanan dah buka dan pulang semula macam tak kena pulak kan. Jadinya, pemilik kata tak perlu pulangkan dan boleh makan. Baru ada kesempatan nak review rendang pedas ayam emak ni.

Rendang pedas ayam emak sedap 

Buka pek rendang pedas ayam ni bau dia je dah buat orang lapar tak sabar nak makan. Aroma rendang yang mengugat tekak. Bila panaskan, lagilah semerbak bau dia merebak.

Bila rasa, uishh sedap okay! Pedas pun tak pedas sangat, ikut level saya lah. Rasa rendang asli yang cukup sedap rasa dia. Isi dipotong potong kecil untuk lebih mudah makan. Isi lembut. Tak nampak lansung jenis isi bertulang. 

Kalau saya, lebih suka jenis rendang ada tulang dan kulit sikit. Bahagian isi ni kurang laku kalau masak sendiri. Biasalah kalau di pek kan mesti nak lebih ringkas dan memudahkan untuk makan. 

Rendang pedas ayam emak ready to eat sesuai sangat buat stok kat rumah. Agak-agak teringin makan rendang ayam tinggal panaskan je. Atau nak travel jauh nak siapkan stok makanan, boleh je ready rendang pedas ayam ni. Nak camping ke kan. Sesuai sangat.

Bukan ada rendang ayam je, ada juga menu lain. Nanti cerita next entry. Nak cuba rasa rendang ayam pedas emak ni, boleh buat pembelian di instagram @emak.kita

12 comments:

  1. tiba2 rasa nk rendang jga he hee
    sedapp. ni. mkn dgn. nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak makan rendang, sesekali makan memang sedap kan kak.
      Kalau rajin bolehlah buat. Tak rajin beli yang pek ready to eat je senang. Makan dengan nasi, pulut, lemang, ketupat semua sedap :)

      Delete
  2. Kat rumah akak minggu ni dilarang sama sekali masak ayam atau daging...dah muak..kena masak ikan or lauk - lauk lain je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah jemu begitulah kak. Memang takleh masuk lansung. Sesekali tukar menu lain pulak kan.

      Delete
  3. baru lepas makan pun lapar balik baca entry ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..rendang kegemaran ramai, tengok gambar terasa rasa macam nak makan rendang kan.

      Delete
  4. boleh dicuba ni...untuk orang yang malas masak macam saya..hehehehehe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Yep, sangat sesuai bawak travel ni Syu. Senang ready to eat.

      Delete
  6. nampak sedap dan kuahnya pekat betul... Teringin juga nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah dia memang pekat dan terasa rendang yang cukup rempahnya. Boleh cuba nanti naniey.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.