Header Ads


Me'Rantau' Cari Kopi, Kedai Kopi Tutup!

Bila encik suami off day, kita pun ajaklah pergi meneroka dunia kejap. Dah lama berhajat nak ke kedai kopi hipster lokal di Rantau, Negeri Sembilan yang dikenali dengan nama 'aqoffee'. Nama cafe hipster kena dengan rupa dan lokasi kedai.

Kedai kopi hipster dalam kampung, mana nak cari kan. Betul-betul hipster. Ingatkan lokasi dia kampung dekat dekat je. Sekali pergi jauh ke dalam nun. Gigihlah kami me'rantau' jauh dari rumah ke sini.

Sampai-sampai je kedai tutup. Adeh! Tepuk dahi! Apesal lah tak tengok dulu kat facebook buka ke tidak. Tak ada rezeki nak merasa kopi hipster ni. Tapi tak sia-sia jugalah datang sini. Dapat jugalah berjalan jalan mandang-mandang suasana di Rantau. Tak pernah sampai lagi kat sini.

Dalam perjalanan ke kedai kopi aqoffee, perasan ada jambatan gantung berdekatan. Okay dah cakap kat encik suami siap-siap. Balik nanti nak ambil gambar kat sini eh. Okay! Sebelum pulang dengan kehampaan, singgah lah kejap ambil gambar kat jambatan gantung ni.

Jambatan Gantung Kampung Siliau Hilir Rantau Negeri Sembilan

Sebenarnya macam tak berani sebab tengok keadaan papan tu. Macam tak selamat je nak pijak. Sampai  tahap situ je lah mampu berjalan pun. Nak berjalan ke tengah jauh lagi memang taklah. Dapatlah berkeping keping gambar untuk kenangan.

Kampung Siliau Hilir Rantau Negeri Sembilan

Cuaca elok cerah. Panas sikit pun takde hal lah. Hopefully dapat jejak semula dan merasa kopi hipster aqoffee. Jauh perjalanan luas pengalaman. Anggap je jalan jalan ambil angin luar. Playing tourist konon.


30 comments:

  1. Kita baru ja minum a cup of coffee..tapi kopi cak gantang ja la...hihihi
    BAnyak betul variasi kopi sekarang kan.Dari yang marhain hingga kayangan.Semua sedap-sedap..Semua ada rasa tersendiri seiring dengan aneka nama yang unik itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tu, macam macam variasi kopi dari level marhain sampai kayangan. Sedap tak sedap je lah kan. Bagus jugaklah ada banyak pilihan.

      Delete
  2. Replies
    1. Tulah pasalnya. Tak ada rezekilah nak merasa kopi. huhu...

      Delete
  3. Nak suruh datang semulalah tu FIza...
    BTW, cantik gambar atas jambatan tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ada kerajinan nak datang semula. Hihi...

      Terima kasih :)

      Delete
  4. Akak tengah minum kopi ni sambil jalan-jalan ke mari. Tak apalah tak ada rezeki. Tak dapat merantau cari kopi, dapat merantau tengok view cantik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syoklah mengopi sambal jalan jalan ke sana kemari. recharge energy. hihi..tulah, rezeki dilain kali. Dapat merantau tengok view cantik pun dah happy.

      Delete
  5. alamak frustnya. nasib baik ada jambatan gantung pegubat hati. kalau cat warna-warni jambatan tu mesti cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangaattttt...Nasib baik ada tarikan lain kat kampung tu.
      A ah kan. Cantik kalau warna warni.

      Delete
  6. Gayat, kan naik jambatan gantung. Lagilah kalau ada bunyi keriuk keriuk, prak prak prakkkk.. hahahaha. Kalau dapat beli aqoffee tu lain kali, boleh singgah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gayat puun satu hal jugak. Aquaphobia pun sama. risau kalau terjatuh. huhu..alamak, jangan bunyi gitu, terus seram nak jalan ketengah.

      Nampaknya lain kali memang kena singgah lagilah :)

      Delete
  7. Cantik jambatan gantung tu, lantai warna merah. Tukang amik gambar pun pandai cari sudut.
    Tak dapat kopi, dapat jalan-jalan tengok tempat orang pun seronok jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jumpa jambatan gantung kan. Warna cat merah kayu macam rumah papan orang lama lama. Hihi..kena edit baru nampak angle okay tu :)
      Ada yang menarik jugak kat situ walaupun tak dapat kopi.

      Delete
  8. Replies
    1. Memang cantik kalau bergambar kat atas jambatan tu. Itu yang tak lepaskan peluang bergambar kejap.

      Delete
  9. cuaca tgh panas dpt kopi ais sedap tp tutup plak ye

    ReplyDelete
  10. Nak tau x..Rantau tu kampung akak..tapi tu la...x jumpa pun tempat best macam ni..eh...kena pi explore la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke kak? Sini banyak betul kampungnya. Nanti bolehlah explore kak. Kalau nak ke kedai kopi aqoffee tu mesti akan lalu nampak jambatan ni.

      Delete
  11. Replies
    1. Terima kasih Rabia.
      Taakpelah, tak ada rezeki minum kopi kat situ.

      Delete
  12. Itulah kecewa jalan jauh-jauh siap kosong kan perut tapi tutup.
    Hehe nasib baik ada jambatan gantung sebagai alternatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga something yang boleh padam kekecewaan tak dapat merasa minum kopi :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.