Header Ads


Kuih Manisan Arab

Alkisahnya semalam masa buka bekas tupperware bekal encik suami, ada isi pulak. Tapi bukan isi nasi goreng cili kering yang tak habis dimakan. Tapi isi lain yang bukan saya bekalkan. Kuih manisan Arab yang ada beberapa ketul.

Memang untuk saya, encik suami simpankan. Tak ada bekas katanya. Dia alas tisu dan bungkus masuk tupperware. Mujurlah saya tak terus buang.

Kuih manisan Arab, colleague encik suami bagi. Baru balik kampung dari Iraq katanya. Itu yang bawa buah tangan manisan Arab ni. Sebelum ni pernah juga beberapa kali dapat tapi dari orang lain.

Makan je tahu tapi jenis manisan Arab ni tak berapa nak tahu namanya. Tak silap saya manisan Arab Baklava kot?

Kuih Manisan Arab

Ada yang kena dengan selera, ada yang rasa agak asing untuk lidah saya. Apa apa pun orang memberi, dapatlah kita merasa.  Alhamdulillah...

30 comments:

  1. Haah ada nampak baklava. Lain itu tidak pasti.
    Seronok rasa perisa yang asing. Orang memberi dapatlah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti namanya kak. Itulah, dapat jugak merasa.

      Delete
    2. wina, fiza - aida kurang dgn baklava.
      setakat makan gitu2 aje.
      member ofis buat jualan. sesekali oder jugak.
      buat makan minum petang :)

      Delete
    3. Ada yang kena dengan selera tu okay lagilah kan :)

      Delete
  2. org memberi kita merasa
    penah trima dari biras yg blk dari Mekah. mula2 pelik jga rasanya. ciknur xleh mkn x kena he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat merasa. Memang ada rasa pelik. Mana yang rasa pelik sangat tu memang tak mampu nak habiskan. huhu

      Delete
  3. Betul, kalau tak merasa..tak tau pulak camne rasa manisan dari tempat orang kan. Alhamdulillah ada yang memberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat jugak merasa makanan dari negara luar.

      Delete
  4. wow..dap tu tapi manis la kan..baklova ...yg ada pistacio tu dapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah manis kak. Masih boleh diterima tekak lagi lah :)

      Delete
  5. Wah.. rezeki tu.. mujur ditengok elok-elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, mujur tak terbuang. Masih ada rezeki lagi lah merasa.

      Delete
  6. manisan arab selalunya manis sungguh kan, kadang ada yang kena dengan selera kita kadang berempah sangat tak kene pulak rasanya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasan jugak tu. Manis betul. Ada yang tak manis dan boleh diterima lagi lah rasa dia.

      Delete
  7. Kalau Sis, Sis suka Fizah, suka mencuba rasa makana negara orang.. cuma manis dia tu haa tak boleh tahan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay je nak cuba makanan luar. Kann...manis dia tu tak tahan..Mana yang sedap tu laju habis makan :)

      Delete
  8. dulu sebelum pandemic, adik yang balik dari oversea selalu beli manisan ni, some sangat sedap some tersangat manis kat deria rasa. saya suka yang ada kekacang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ada kekacang tu sedaplah jugak. Mana yang sedap tu dapat makan selalu best jugak kan.

      Delete
  9. pernah merasa. ofismet bawa balik bercuti.
    kurang menangkap selera aida.
    tapi boleh di makan la :)
    org memberi, kita merasa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bolehlah kalau merasa. Nak repeat makan mungkin tidaklah. Dapat jugaklah merasaa makanan orang lain :)

      Delete
  10. Wah.....saya suka manisan arab..
    Kalau ke Alamanda memang tak lepas la...Tak dapat beli banyak,sikit pun jadi...tapi harga dan manisnya memang sama naik... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh mama cella suka ye. Tahu takpe, harga dia memang manis jugalah sebab makanan luar kan.

      Delete
  11. mungkin tak berapa ngam dengan selera Melayu tapi makan jelah kan, dah orang bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, ada yang ngam ada yang tidak. Biasalah tu. Orang memberi kita merasa.

      Delete
  12. Baklava yg pernah saya coba, jujur tak cocok langsung dengan lidah. Terlalu manis sangat . Saya tak bisa enjoy kalo makanan yg manis2 sangat nih 😄. Tapi kadang penasaran juga nak coba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat yang jenis manis sangat agak potong selera nak makan. Jenis yang kurang manis okay lagi lah kan :)

      Delete
  13. Alhamdulillah rezeki kan. Boleh merasa..
    Tengok manisan dorang dah sakit gigi sebab terasa macam manis sangat walaupun belum masuk kat tekak.
    Tengok orang makan baklava relax je. Nampak macam sedap tapi tak berani nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki dapat merasa manisan dari sana. A ah, biasalah baklava lah yang popular sebab ramai orang suka. Mungkin kena dengan selera dorang kot :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.