Telefilem Semua Tentang Kita

Telefilem/ Telemovie Tentang Kita, sebuah telefilem lakonan Dato' Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Syafie Naswip, Anna Jobling, Kamarul Eqifshah, Vanidah Imran, Edika Yusof dan ramai lagi. Semua Tentang Kita bersiaran pada hari Jumaat, 28 Januari 2022 jam 10:00 malam di TV3.

telemovie semua tentang kita full movie tv3

TELEFILEM SEMUA TENTANG KITA

Waktu siaran : Jumaat, 28 Januari 2022 jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Pengarah: Riza Baharudin
Penerbit : A. Aida Production

PELAKON SEMUA TENTANG KITA

  • Dato' Jalaluddin Hassan
  • Aida Khalida
  • Syafie Naswip
  • Anna Jobling
  • Kamarul Eqifshah
  • Vanidah Imran
  • Edika Yusof
  • Kodi Rasheed
  • Annie Arifin
  • Doria Rachel Jolly

SINOPSIS SEMUA TENTANG KITA

Mengisahkan tentang gelagat masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan dugaan semasa pandemik Covid-19. 

Amir mencari jalan mudah untuk meloloskan diri balik ke kampung. Selepas pulang dari kampung, Amir panik kerana didapati positif Covid-19. Teman serumah dan ibu bapa Amir di kampung turut berjangkit.

Hairi dan Zeera pula dalam proses penceraian kerana sudah tidak serasi. Mereka terpaksa berkurung di rumah bersama anak lelaki mereka, Ery kerana PKPD. Mereka sering bergaduh dan Ery cuba untuk menyatukan mereka semula.

Rosa dan Jasmine merupakan pramugari sebelum zaman pandemik. Akibat dibuang kerja, mereka terdesak dan mencuba nasib untuk meniaga makanan.

4 comments:

  1. efek pandemik dlm kehidupan...sesuatu yg kita tidak jangka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya berlaku tanpa kita duga. Macam macam kesannya.

      Delete
  2. Sempat tengok sampai part Vanida Imran dengan Edika bergaduh nak bercerai tu..Takdan nak khatam...TV tengok tuan🤭Zzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..terbalik sudah TV tengok tuan. Penat sangat tu sampai tertidur

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.