Header Ads


Roti Gardenia Quick Bites Gold Black Forest

Roti Gardenia quick bites gold ada dua perisa baru iaitu karamel masin dan black forest. Karamel masin dah cuba, bila nampak black forest di rak terus beli. Benda viral dan baru ni jenis cepat habis. Sebelum menyesal tak beli, baiklah ambil cepat.

Beli 2 pek terus sorang satu. Kalau sedap tak cukup pulak kongsi berdua. Kannn...

gardenia quick bites black forest

Masih mengekalkan roti perisa coklat sama seperti karamel masin tapi ada beberapa kismis pada adunan roti. Intinya berwarna ungu lembut berperisa black forest. Gabungan roti coklat dan inti black forest yang sedap.

Inti black forest yang tak terlalu manis okaylah. Bolehlah repeat membeli kalau ada buat stok lapar lapar kat rumah.

quick bites gold black forest review

Sesekali bolehlah membeli buat stok. Harga roti gardenia quick bites bukan harga sen sen macam dulu dulu. Lagilah dah berperisa macam macam sekarang. Harga pun dah RM1 lebih kan.

20 comments:

  1. Dah cuba jugak tapi lepas ni cuma tengok ajelah di rak. Tengah kurangkan makan yang manis2, orang muda macam Fiza, tak apa, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali dah cuba okay lah kan.
      Kena jugak kurangkan manis :)

      Delete
  2. Bolehlah rasa dia. Tapi Syu lagi suka rasa jagung & coklat 😋.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira bolehlah masuk dengan rasa dia kan. Kalau jagung dengan coklat, saya suka jagung lagi :)

      Delete
  3. Tak pernah jumpa lagi jenis yang ni ..harap2 jumpa nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa kena grab cepat kak. Terlajak laris dan susah nak jumpa.

      Delete
  4. Sedapnya....product Gardenia bagi saya tak pernah mengecewakan walaupun harganya dah tiada sen sen🤭
    Cuma kecewa bila DM Gardenia tanya Sommerset Cottage Multigrain tu depa jawab dihentikan seketika hari tu..kecewa sungguh.Semoga Gardenia cecepat keluarkan semula product tu..Saya sukak😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mostly semua sedap sedap lah. Ohh patutlah susah nak cari. Kalau nak restock kemain susah lagi nak jumpa roti sommerset tu. Kecewa dengar berita ni. Harapnya reproduce semula dengan cepat. Saya pun suka. Buat sandwich terpaling sedap.

      Delete
  5. Yang ni memang sedap kan. Tapi susah nau nak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, gabungan roti dan inti yang sedap. Itulah pasalnya. Susah nak jumpa.

      Delete
  6. Anak sulung saya suka yang coklat. Hampir tiap hari bawak bekal gi nursery.

    ReplyDelete
  7. Belum cuba lagi. Sekadar lalu dan pegang je lepas tu letak balik. Beli tak makan pula. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. faham faham..Belum sampai selera nak cuba rasa lagi tu :)

      Delete
  8. yg black forest tk pernh jmpa lg..slalu jumpa yg salted caramel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang suka black forest lagi kot. Itu yang cepat habis agaknya tu.

      Delete
  9. Haah sedap. Cuma kena fikir hendak beli lagi ke tidak. Nasib baik tidak mudah didapati jadi godaan kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah betul nak cari. Dah dapat rasa sekali okaylah :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.