Header Ads


Red Velvet Cheesecake Marble Murah Dan Sedap

Sambil mencari kacang edamame di Lotus, belek belek jugalah bahagian bakery. Mana boleh tak singgah bahagian bakery tu. Wajib singgah! Mata tertancap pada red velvet cheesecake marble. Tak fikir panjang, terus ambil je.

Sebagai peminat red velvet, peminat cheesecake haruslah membeli. Red velvet cheesecake marble dalam bentuk loaf dengan harga RM6.99 tak silap. Kalau silap maaflah ye. Lebih kurang begitulah harga dia. Resit pulak entah mana campak. Tak dapat nak confirmkan harga yang betul.

Red velvet cheesecake marble

Sekali bila potong. Aduh, cheesecake marble dia bahagian atas je. Tipah tertipu! Nasib baik sedap. Tak jadi nak marah. Ke memang atas je sebenarnya cheesecake marble tu. Takpelah, asalkan sedap.

Red velvet cheesecake marble

Kek red velvet yang sangat moist. Takdelah tercekik makan berkeping keping pun tanpa minum air. Kalau cheese dia banyak sikit sampai dalam kek mesti lagi sedap. Tapi macam ni pun dah sedap. Berbaloilah dengan harganya pun. 

Peminat red velvet cheesecake marble bolehlah cuba membeli di Lotus.

24 comments:

  1. Lama tak pergi Lotus. Suka pergi bakery dia beli roti kentang dengan donut, tak berani lagi beli RV, baca sorotan Fiza, nampaknya lain kali boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang jugak pergi Lotus. Ini pun sebab nak membeli kacang ni punya pasal baru sampai Lotus. hihi...tapi sedap sebab moist :)

      Delete
  2. Laaa..bahagian atas je...patut la harga dia murah

    ReplyDelete
  3. Oh ok2. Kalau ke Lotus boleh cari. Tapi tertipu betul dengan marblenya. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah kalau nak rasa Sal. Itulah tu, ingatkan sampai bawah marblenya macam biasa kan. Rupanya tak. Mungkin nak kurangkan kos kot. Rasa sipi sipi cheese pun jadinya. Nasiblah keknya sedap.

      Delete
  4. Yumms nampak sedap. Selalu juga beli kek/ donut di Tesco dulu. Eh Lotus. Nanti nak cari yang ni pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua nampak macam sedap sedap je kan. Boleh cuba RV cheesecake marble nanti.

      Delete
  5. salam singgah
    lotus (tesco) memang baked stuff dia sedap2
    dulu rajin beli croissant dengan french baguette
    tetiba plak nak ajak suami pegi lotus ni.
    hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, jadi rambang mata tak tahu nak pilih mana satu. Semua tempting tengok.
      Crossaint sedap jugak. French baguette tak pernah beli lagi.

      Delete
  6. Hahaha...anggap ja lah memang kejadiannya begitu...hihihi.

    Sama la kalau beli moist chocolate cake...Nampak dari tepi coklat cairnya kemain tebal...rupanya wayang semata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tulah, redha je lah dengan rupa dia begitu.
      Marketing no.1 begitulah...

      Delete
  7. Hehe marmar di bahagian atas, tengah tidak jadi kut corak.
    Penting sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya topping marble je tak keseluruhan kek. Mujurlah keknya sedap.

      Delete
  8. Ingatkan kat dalam tu ada juga cheese kan. Boleh cuba juga ni bila ke Lotus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Topping je naniey. Dalamnya kek biasa je. Boleh je cuba beli dan rasa. Kot kena dengan selera naniey jugak ke kan.

      Delete
  9. lama tk mkn redvelvet ...suka yg jenis ada cream cheese...kalau mcm ni mkn juga cuma lebih suka yg ada cream cheese

    ReplyDelete
  10. Baruuu balik lotus, kenapa tak perasan punnnnn? >.<
    Nanti try cari lahhh, haritu saya beli kek red velvet dekat bakers cottage pun lepas terpengaruh dengan post kak fiza hehehe. Memang sedap! So yang ni pun mesti sedap jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dalam peti ais frozen food tu atiqah. Nanti pergi lagi boleh cari. Hihi..yang bakers cottage tu memang sedap. Yang ni pun sedap. Lagi lagi part ada cheese atas tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.