Header Ads


Nak Makan Mi Kari Tapi Dapat Soto Nasi Impit

Macam teringin lah nak makan mi kari. Luah isteri pada suami. Lalu si suami pergilah keluar membeli. Beberapa minit lepas tu dapat panggilan. Mi kari habislah, nak beli makanan lain tak? Ermmm...soto ada tak?

Setelah bertanya tuan kedai, ada jawabnya. Okay soto pun soto lah. Asalkan masih di bawah senarai makanan favourite. Orang Johor dan soto berpisah tiada. Gituhhhh...

Tak ada rezeki mi kari, dapat makan soto nasi impit pun okaylah. Masih boleh tolerate dengan si tekak.

Soto Nasi Impit

soto nasi impit yang simple tapi sedap! Dah berkali kali beli. Suka rasa supnya yang kena dengan selera. Tak kuat rempah ratusnya. Kekurangan dia cuma tak ada taugeh, sayur favourite dan jugak begedil. Sambal kicap ada tapi lupa pulak nak letak masa ambil gambar.

Tak cukup rencah tak mengapalah, asalkan sedap mengikut selera. Bukan setakat suka supnya, ayamnya sedap jugak. Ayam goreng rangup dan di potong potong. Dalam gambar nampak sipi je tenggelam dengan accesories atasnya.

Sekarang dah jumpa kedai makanan favourite. Tak risau lah mana nak cari lontong, mi kari dan soto yang sedap. Pergi je menapau kat Resto Aisyah De' Kitchen. Semua makanan sedap kena dengan selera dan berbaloi dengan harga.

36 comments:

  1. Dah tertulis, rezeki makan soto tu, Fiza. Kadang ada kedai jual soto tak letak taugeh sebab katanya nanti cepat basi. Tak tahulah kot dia malas nak siang kot atau taugeh dah layu, baik tak payah letak, kan. Tapi kalau dapat taugeh yang fresh tu, sedapnya, rangup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki makan soto. Nak elakkan risiko cepat basi lah tu kot. Kalau rajin mungkin dia boleh letak asingkan. Itulah tu, dapat taugeh rangup bertambah selera makan.

      Delete
  2. Tengok pun dah tau sedapnya.. lagi tambah sambal kicap dan juga taugeh bebanyak, wuuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada taugeh, sambal kicap, pastu makan panas panas memang layannnn

      Delete
  3. suka jgak soto tp jarang2 pekena, kalau mee kari teringin baru buat😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya nak buat mi kari kena tunggu kerajinan sampai. huhu

      Delete
  4. Kalau saya lebih suka soto dari mee kari sebab saya bukan peminat mee..Tapi kalau lalu R&R Ulu Bernam nak juga makan mee kari Zull...Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh macam tu. Tapi dapat mi kari sedap, lupa soto kejap kan. Hihi..

      Delete
  5. dua2 pun dappp..nak2 makan panas2....layannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, dua dua sedap. Lagi sedap makan panas panas. Memang layannn

      Delete
  6. Alahai.... Jauhnya lari...

    Takpe, asal kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh beza kan..takpe, asalkan sedap dan masih favourite food :)

      Delete
  7. Fuhhh terliur. Nikmat, rangup tak taugehnya..kalau jenis rangup tak dicelur, lembut kerana kuahnya itu yang padukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..seperti yang ditulis dalam entry, taugehnya tak ada kak.
      Kalau ada taugeh rangup lagi sedap.

      Delete
  8. kalau saya lagi suka tak ada taugeh. kalau tambah bergedil lagi ngam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..fahammm Sal kalau anti taugeh :)
      Ada begedil sedap lagi kan.

      Delete
  9. dua2 sedap..tapi saya suka ada taugeh..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, samalah! Saya pun suka jenis ada taugeh. Baru sedap kombinasi dia.

      Delete
  10. Suka soto time hujan or sejuk sejuk cuaca... Tapi kalau lontong dan nasi impit.. sentiasa sukaaaa... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hirup sup panas panas musim hujan memang best lagi lah kan panaskan badan. Okay, sama favourite kita :)

      Delete
  11. saya tak pernah try pula soto. selamat menjamu selera :)

    ReplyDelete
  12. Kalau saja dekaaat , dah saya coba juga kak 😄. Penasaran dengan rasanya, apa sama dengan soto khas Indonesia kah atau beda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki datang Malaysia boleh jalan jalan ke Negeri Sembilan nanti. Rasanya lebih kurang cuma bumbunya pasti ada beza sikit.

      Delete
  13. Lama nya tak makan saoto...
    Kadang susah nak cari soto yg sedap...
    Ada tu sup nya mcm kosong sangat..
    Soto ni yg buat penyedap tu sambal kicap nya tu hehehe ngan begedil :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak dapat soto yang sedap kena dengan selera. Dapat kedai yang menepati selera, keraplah beli kat situ. Yep, sambal kicap kena pedas baru sedap. Begedil kalau ada lagi best.

      Delete
  14. Baca entri Fiza ni terus jadi teringin nak makan soto. Lama benar tak makan. Aduhai, terbayang-bayang soto panas-panas, lebih taugeh, lebih kacang tanah, cili kicap ... ada extra bergedel lagi asyik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena mencari tu kak Farrah. Memang sedap panas panas dengan segala rencahnya yang cukup :)

      Delete
  15. Kalau cukup lengkap lagi sedap la ye..
    Soto ada bergedil memang nikmat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lengkap rencahnya lagilah sedap semangkuk soto. Begedil tu sedapkan lagi makan soto kan.

      Delete
  16. Replies
    1. Hihi..nanti try yang Aisyah De Kitchen ni pulak kak. Tapi dalam foodpanda takde menu ni. Kena pergi kedai dia.

      Delete
  17. Akak memang tidak kisah tiada taugeh. Hehe. Betul asal sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Saya pun tak kisah, cuma kalau ada lagi sedap lah :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.