Header Ads


Kasut Kembali Bernyawa, Dijahit Kemas.

Kasut merajuk yang tak sempat nak jogging di tepian pantai haritu akhirnya dihantar ke klinik jugak. Mendapatlah dia kena jahit dua dua belah sekeliling badan. Rasakan! Siapa suruh merajuk lagi. 

Cobbler tu jahit sekeliling kasut sebab dah terpisah dari tapak. Selagi boleh repair kasut kita repair lah kan. Bukan rosak teruk pun. Walaupun jarang pakai sekrang tapi nanti nak guna senang bila dah repair. 

Kotlah terbuka hati nak jogging tiba tiba ke, nak hiking ke kan. Tak berbaloi beli kasut baru kalau semangat kesukanan tuannya kejap surut kejap naik. Kah!

repair kasut seremban

Benang warna coklat tengah tu jahitan dia. Cantik kemas jahitan jelujurnya kan? Sebelum ni encik suami pernah hantar kasut juga kat kedai repair kasut di bandar Seremban ni. Tengok hasilnya bagus dan kemas, hantar kat sini jugalah.


Jahitan Kasut Kemas

Untuk sepasang kasut digam dan dijahit ni, RM30. Walaupun harganya macam mahal sikit tapi puas hatilah hantar kat kedai repair kasut tu. 

kasut sukan running Adidas supercloud

Sayang kasut ni sebab paling selesa sangat pakai. Tak pernah makan kaki tuan. Beli kasut sukan running Adidas supercloud ni tahun 2016. 6 tahun  dah umurnya! 

Berjasa selama hiking dan jogging. Ini kasut dah bernyawa ni apa tunggu lagi kannn...

Ini lokasi kedainya. Yang dalam bulatan merah tu. Waze je mana mana kedai berdekatan tu confirm jumpa kedai repair kasut ni. 

Kedai repair kasut seremban
sumber : google maps

Selamat bercuti semua orang harini. Pagi tadi encik suami keluar beli sarapan, lengang jalan katanya. Semua pakat duduk rumah kot hari cuti.

32 comments:

  1. Lepas ni dah digunakan semula... takkan merajuk dia

    ReplyDelete
  2. Dia merajuk sebab dah lama tak digunakanlah tu Fiza 😄
    Macam kes kasut akak, tersimpan lama dek PKP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, merajuk sebab lama taka pakai. Tahu tahu pakai haritu terbarai pulak dia.
      Bertambah sebab tak pakai sebab PKP lagikan.

      Delete
  3. merajuk tu PKP lama sangat. saya pun kalau sayang kasut tu memang repair selagi boleh. lainlah kalau harga repair lagi mahal dari beli baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, lama tak guna. Mana boleh repair tu kita repair. Kalau harga repair lagi mahal memang membeli baru lah jawabnya.

      Delete
  4. Wahhh... nice.. apa lagik, kasik onzzz jogginggg.. heheh

    ReplyDelete
  5. Dah repair ni senang, nak jogging ke hiking dah ada.. Elok jahitannya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, senang nanti nak guna dah direpair ni. Memang kemas jahitannya.

      Delete
  6. Kemas la jahitannya...
    Tak risau dah nak berlari pecut 100m pun 🤭
    Saya pun selalu juga guna servis jahit kasut ni terutama kalau saya beli kasut masa Year End Sale sbb selalunya kasut yang dibeli cepat lekang...🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau baca pecut tu. Nak berlarian santai santai pun semput. hehe..
      YES tu kadang dia letgo stok lama tu. Tu yang cepat lekang agaknya kot. Nasib baik boleh dijahit dan digunakan lagi kan

      Delete
  7. Bagus sebenarnya jahit kasut ni kan Fizah, kasut lebih tahan lama.

    ReplyDelete
  8. ni la untungnya beli kasut mahal2, puas memakai...

    ReplyDelete
  9. Akak pun lagi suka kalau benda itu boleh dibaiki, baiki dahulu. Rasa sentimental dan sayang barang itu tinggi.
    Ok kasut nampak elok semula. Harap semangat Fiza untuk berlari kembali juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu kak. Ada sentimental valuenya, selagi boleh dibaiki.
      Harap begitulah ada semangat bersukan balik.

      Delete
  10. Mujurlah dapat repair . Cantik hasil jahitan tu . Nampak tersusun kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur jenis rosak yang boleh dijahit. Kalaua tak boleh jahit, gam je memang tak tahan lama.

      Delete
  11. lama jugak kasut ni ye. memang sayang la nak buang sebab sedap pakai bila bersukan. nasib baik dah dapat nyawa balik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lama dah. Masuk sekolah tadika dah :)
      Itulah dapat nyawa balik bolehlah guna pasni.

      Delete
  12. Replies
    1. Kumpul semangat kesukanan dulu :) hehe...

      Delete
    2. lama sungguh aida tak jogging, fiza.
      ntah la bila nak ada semangat kesukanan :) ha ha ha ha ha...

      Delete
    3. hahaha..jomlah kita cari semangat kesukanan kak.

      Delete
  13. Ini biasa pak suami yg selalu cari tukang repair kasut kalo kasut kesayangan dia dah rusak 😄. Beda Ama istrinya , yang kalau sudah rusak, artinya berakhir juga masa bakti untuk dipakai. Time to buy new one 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kalau rosak teruk kena jugak beli baru. Kalau masih boleh diperbaiki yang bajet okaylah :)

      Delete
  14. Suka tengok tukang kasut yang jahit kemas macam ni. Memang kemas dan murah pula tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...kadang ada jenis cincai je. Guna sekali dua dah barai semula. Yang ni sangat berpuas hati lah.

      Delete
  15. jahitan yg kemas.
    elok la tu, fiza, tak payah nak beli kasut baru ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati kak dengan jahitan dia. Elok cantik kemas :) Betul, jimat sikit. Lainlah kalau betul betul lenjan hari hari guna. Hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.