Header Ads


Cendawan Tiram Goreng Tepung Rangup

Dua tiga hari lepas, nak masak ayam goreng tepung berstari sekali goreng cendawan tiram yang tinggal sikit. Eh, sedap lah pulak. Tak puas makan dah tinggal hujung hujung stok. Dapatlah merasa sikit. Lepas tu semalam pergi klinik tutup tu, teruslah membeli barang dapur sikit.

Pergilah ke Pasaraya Zemart, banyak pilihan barang dapur. Beli pek cendawan tiram besar. Selain buat sayur campur, dapat juga buat cendawan goreng tepung kalau teringin. Buat menu petang cicah dengan sos pun sedap.
 
Cendawan Tiram Goreng Tepung Rangup

Cendawan goreng tepung ni biasa jumpa kat pasar malam je. Gerai gerai tepi jalan pun ada jual cuma tak tahulah kat mana. Mungkin yang jual ayam goreng tu ada lah kot. Cuma lagi puas makan buat sendiri lah boleh makan banyak.

Resipi cendawan goreng tepung rangup

Cara goreng cendawan tiram guna tepung bestari

Saya gunakan tepung bestari spicy tu.
Carikkan cendawan 2-3 bahagian. Kalau kecil tu belah dua pun okay dah. Ikut saiz cendawan. Lepas tu basuh bersih dan toskan airnya. Cendawan ni berair, kenalah tos dulu.

Masukkan tepung bestari dalam bekas yang ada tutup, lepas tu masukkan cendawan yang dah ditos tadi bersama tepung bestari. Goncang bagi sama rata tepung melekat pada cendawan.

Panaskan minyak dan goreng cendawan letak satu persatu jangan biarkan melekat. Pastikan minyak betul betul panas baru rangup dan minyak tak meresap. Dah kekuningan masak dan minyak pun tak berbuih dah, angkat dan toskan dalam penapis tanpa perlu kertas tisu.

Agak agak dah kurang minyak, pindahkan ke dalam pinggan. Bolehlah menjamu selera hidangkan dengan sos pencicah. Cendawan goreng tepung rangup tau guna tepung bestari. 

Cendawan Tiram Goreng Tepung Rangup

Saya tak guna kaedah bancuh tepung dengan air tu. Lebih suka guna tepung kering terus goncang dalam bekas. Cendawan goreng pun tahan lama rangup dia. Mudah pun mudah.

26 comments:

  1. sedap ni. Buat sendiri puas hati makan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puas hati makan bila buat sendiri. Fresh panas panas from kuali :)

      Delete
  2. Sedap cendawan goreg tepung tu Fizah. Fuad paling suka tu.
    Senang jew nak goreng kalau ada tepung bestari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fav Fuad jugak ni ye selain tongkeng ayam. Hihi..
      Iye betul tu Kak Amie, senang ada tepung bestari ni. Goreng apa pun jadi sedap.

      Delete
  3. Kurp krap kurp krap.... memang mengasyikkan!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kot teringin bolehlah cuba beli bahannya dan buat sendiri. Sedap!

      Delete
  5. Saya juga penggemar cendawan.Lagi2 yang krup krap macam ni...sedapnya..macam makan daging crispy...😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendawan ni ala ala macam makan ayam goreng gitu kan. Sedap makan rangup rangup ni.

      Delete
  6. Sedapnya cendawan goreng, teringin pula..

    ReplyDelete
  7. Sedap ni, Fiza! Lagi-lagi Fiza guna tepung Bestari. Kalau dapat kat akak, tak cukup sepinggan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak, buat sepinggan meratah je lah kerjanya. Itupun kenyang jugak.

      Delete
  8. Hehe senang cara Fiza buat.
    Akak ada goreng banyak cendawan tiram (mak ada tanam). Guna resipi bancuh ada guna tepung beras dan jagung, kurang jadi kali pertama. Kali ke-2 cari resipi di internet hehe baru jadi sedikit. Ketiga baru sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi senang cara macam ni kak. Guna ready made tepung dan goncang dalam bekas bagi sekata je. Best tu dapat makan cendawan fresh tanam sendiri.

      Delete
  9. Replies
    1. Senang sangat Syu. Janji ada cendawan tiram dan tepung bestari tu.

      Delete
  10. kerap juga buat ni, fiza.
    bila anak2 da besar ni, kena pelbagaikan masakan.
    ni ratah depan tv, cicah sos pun sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senangkan cepat siap dan sedap. Boleh jugak jadikan kudapan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.