Responsive Ad Slot

Slider

Merasa Juga Mi Kari Sedap

resepi mee kari sedap mi kari mi kari simple mie kari ayam restoran aisyah de' kitchen cara buat mi kari mudah mee kari nyonya resepi mee kari viral

Nak tebus lagi kekecewaan tak dapat mengopi di Rantau, lepas balik dari singgah ke Street Art kita pergi menyinggah ke Restoran Aisyah De' Kitchen pulak membeli mi kari sedap.

Haritu tak dapat makan mi kari sebab dah habis, syukur ada rezeki mi kari masih ada lagi. Dapatlah membeli sebungkus. Encik suami tak nak. Dah jemu katanya! Mana taknya jemu dah selalu sangat beli. Kah!

Si isteri je belum sampai tahap jemu lagi. Hebat betul tukang masak ni guna resepi mi kari sedap boleh buat orang rasa makan selalu. Kuahnya pekat likat berkari dengan rasa rempahnya cukup. 

Tak pernah lagi dapat yang kuah masin ke apa. Rasa dia maintain sedap setiap kali beli. Terpaling suka dia letak ayam goreng rangup dan dipotong kecil. Tak macam mi kari yang isi kuahnya dicampur ayam siap-siap. 

Telur diletakkan separuh, ada potongan cili besar pedas pedas manja je. Daun bawang dan bawang goreng tak dilupakan. Yang tak ada macam biasalah, si taugeh. Kerang dan juga limau kesturi pun tak ada. Betul betul kategori mi kari simple. 

Mi kuning pun boleh tahan banyak juga. Yang penting mi kuning dia tak ada rasa kapur.

Mi Kari Sedap

Mi kari simple je tapi sedap dia lain macam. Tak cukup lah semangkuk! Itu yang beli dan beli lagi. Tersampuk mi kari agaknya. Harga RM7. Kalau tuang kuahnya siap-siap, tenggelam semua nampak kuah je. Sedap jugak hirup kuahnya panas panas. 


16
( Hide )
  1. Eh murah tu...RM7...alahai...rasa nak makan mee kari plak..tapi nak Mak Pah buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seiring dengan isinya dan rasa sedap. Kalau camtu, kena order dengan Mak Pah lah :)

      Delete
  2. Puas hati beli kalau dapat yang menepati selera kita

    ReplyDelete
  3. sedapnya. hari tu baru makan mi udang dekat kedai viral. memang sedap. nanti nak sharelah dekat blog. boleh ramai-ramai pergi sana. berbaloi

    ReplyDelete
  4. lama tk mkn mee kari suka mee kari ada kerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi kari ada kerang lagilah sedap rasa makan mi kari tu kan kak.

      Delete
  5. kedai tak kedekut condiments ni berbaloi kalau beli..

    Baru haritu suami ammi sebut nak makan mi kari (tapi dia kata takde mee kari sesedap mee kari arwah mama)...alahaiiii anak dia tak habis menuntut haritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berbaloi kalau sedap dan banyak condiments.
      Allahuakbar...kena try and error buat macam tu.

      Delete
  6. Susah jumpa mi kari standard sama, sedap selalu. Betul itu kalau sedap boleh ulang-ulang makan. Akak ada jumpa makanan kekal sedap iaitu lasagna. Hehe dah pindah jauh tiada beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kedai yang jaga menunya okaylah boleh repeat membeli. Sayang kan kalau ada kedai makanan sedap tapi pindah jauh pulak.

      Delete
  7. Yakiiiin sedaaaap lah nih 🤤🤤. Jarang penjual mie kari kalo di Jakarta nih. Tapi di Medan ada, itupun bihun yang dipakai, bukan mie biasa. Tapi sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap! Unik mi kari guna bihun. Mungkin sebab kat sana lebih kepada soto dan sup jernih makan dengan bihun.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu