Header Ads


Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia

Pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia boleh dipuji. Satu usaha yang bagus untuk memastikan diri dan keluarga Malaysia terus kekal jaga SOP dan sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik COVID-19.

Usaha ini antara lain bertujuan meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma baharu sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.
-YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob


Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha melaksanakan pengagihan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Inisiatif ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40. Pos Malaysia akan menguruskan penghantaran PPC ini secara berperingkat-peringkat kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Tidak perlu buat permohonan untuk pakej ini kerana pemberian adalah berdasarkan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) melalui website : https://bpr.hasil.gov.my/

Pemberian PPC dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga. Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.

Apa itu Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)

PPC adalah inisiatif terbaharu bantuan Keluarga Malaysia B40 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob pada September lalu dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.

Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia
sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) mengandungi :

  • 4 Unit Kit Ujian Kendiri COVID-19
  • 4️ Unit Pelitup Muka Guna Semula
  • 1️ Unit Oximeter
  • 1️ Unit Termometer
  • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

Semakan PPC Melalui Data BPR

Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam kalangan B40, anda automatik layak untuk menerima bantuan penjagaan COVID-19 ini.

Cara semak kelayakan melalui portal rasmi BPR

  • Masuk ke laman : https://bpr.hasil.gov.my/
  • Klik Log Masuk
  • Masukkan Nombor MyKad
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik Menu Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan
  • Status Permohonan
  • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
  • Tarikh Pelaksanaan / Pemberian

Semoga dengan pemberian PPC ini dapat meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah keluarga B40. Seterusnya melatih diri membudayakan norma baharu, sekaligus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan virus COVID-19.

Maklumat lanjut tentang PPC :
https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/11/pakej-penjagaan-covid-19-dalam-proses-penghantaran-kpd-keluarga-b40

22 comments:

  1. Oh! ini yang officemate Mrs. A ada cakap ayah dia dapat kat kampung tapi tak buka ingatkan anak-anak punya barang. Bila officemate buka benda alah ni hahahaaa...

    ReplyDelete
  2. baik betul kerajaan malaysia sebenarnya... tapi ramai yang tak hargai pun

    ReplyDelete
  3. Banyak perkara bermanfaat Fizah kongsi di sini. Kadang-kadang Kak Amie tak sempat ikuti perkembangan terkini berkaitan Covid-19. Tq for sharing Fizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana yang saya perasan je kak Amie untuk dikongsikan.
      Sama-sama :)

      Delete
  4. Semoga kita semua dilindungi dari pandemik ini.

    ReplyDelete
  5. lama dengar ni. tapi tak sampai lagi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dia pos secara berperingkat. Kena tunggu giliran macam tu. Sabar menunggu :)

      Delete
  6. famili saya punya baru sampai. bagus gak usaha kerajaan ni. yang bagus kita puji, yang silap kita tegur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sampai dah. Betul betul, mana yang baik kita puji.

      Delete
  7. Ada nampak kawan kawan yang terima kit ni..
    Alhamdulillah dapat meringkankan beban nak beli kit ni.. Oximeter, termometer yang elok bukan murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, senang ada kelengkapan macam ni. Untung yang dapat.

      Delete
  8. Alhamdulillah harap digunakan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  9. Hari tu , kawan office ccl ada bagitahu keluarganya ada dapat pakej bantuan covid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung kalau dapat ni kan. Takpayah membeli dah keperluan ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.