Header Ads


Kacang Edamame

Setelah sekian lama teringin makan kacang edamame, akhirnya mendapat juga! Dah orang asyik dok kata kacang edamame ni sedap, kita pun nak cubalah jugak. Kacang edamame, kacang Jepang/ Jepun salah satu snek popular di Sushi King.

Orang kita panggil kacang bulu eh? Tak tahu kat mana nak beli kacang edamame ni, boleh beli di Pasaraya Lotus a.k.a Tesco. Pek dia seperti dalam gambar di bawah. Cari di bahagian frozen food dalam peti ais.

Kacang Edamame

Nak rebus ke nak kukus? Blur kejap saya nak fikir cara memasak kacang edamame ni. Sudahnya saya kukus je guna periuk nasi elektrik. Senang kerja. 

kacang edamame kukus

Selepas beberapa minit saya kukus, buka buka warna hijau kacang dah pudar. Macam terlebih masak ke macamana? Takpelah, asalkan masak je sudah. Lupa pula saya nak taburkan garam sebelum kukus. 

So sedap ke tidak? Haruslah sedap kan. Rasa kacang edamame macam kacang rebus tapi kacang edamame ni berlemak lagi. Kalaulah saya taburkan garam sikit pasti lagi sedap.

Lepas ni boleh guna kaedah merebus pulak. Cara merebus kacang edamame pun mudah, letak air dan garam je kan? Boleh juga diolah menjadi hidangan salad kacang edamame untuk diet.

Kacang edamame mengandungi protein yang tinggi. Kandungan gizi yang terkandung dalam 100 gram (g) edamame seperti berikut:
  • Energi: 106 kilokalori (Kkal)
  • Protein: 10,59 g
  • Lemak: 4,71 g
  • Karbohidrat: 8,24 g
  • Serat: 4,7 g
  • Gula: 2,35 g
  • Kalsium (Ca): 59 miligram (mg)
  • Besi (Fe): 2,12 mg
  • Kalium (K): 482 mg
  • Sodium (Na): 6 mg
sumber : https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/1136325/nutrients

Mulanya macam teragak agak je nak cuba rasa. Risau kalau tak sedap. Sekali dah rasa, rasa menyesal pulak masak sikit. Ralit makan, tahu tahu dah habis. 

18 comments:

  1. ada tgk kacang edamame lotus ni tp tkde la beli sbb xmakan

    ReplyDelete
  2. Belajar makan kacang ni di Sushi King. Lepas tu asal jumpa kat pasaraya, mesti beli. Akak selalu kukus jer, tabur garam lebih sikit, nanti bila kita kopek kulit tu, garam tu lekat dijari, dapatlah rasa masin2 sikit. Memang warnanya tak sehijau sebelum dikukus, macam lebam gitu tapi kacangnya tetap hijau dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu pun dari mereka yang suka makan di Sushi King kak. Ini baru saya jumpa dan merasa. Ohh macam tu tabur garam je kalau kukus. Faham sudah. Terima kasih kak share :)

      Delete
  3. Dulu rasa pelik tgok kacang ni. Sekali dh rasa, aduhai sedapnya. memang ralit bila makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali dah rasa sedap pulak kan. Benar lah bagai dikata. Sedap!

      Delete
  4. aritu akak pun ada beli jugak jenama lotus... punyalah nak rasa sedap sangat ke kalau beli yg frozen heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itulah terjebak membeli jugak ni punya nak rasa sedap ke tidak.

      Delete
  5. Akak pun belum rasa lagi. Selalu nampak di conveyor itu tidak rasa hendak ambil. Hehe sudah kata sedap boleh ambil dengan yakin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time kalau makan di Sushi King bolehlah cuba kak.

      Delete
  6. tak perasan pula kewujudan kacang ni... kalau jumpa boleh la cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot ke Lotus nanti bolehlah cari kacang edamame ni KakYan.

      Delete
  7. Kan...dah mula makna memang jarang orang kata tak sedap🤭
    Mak saya pun dah jadi peminat kacang ni...Asal balik sana saya akna singgah Mydin R&R RTC Simpang Pulai..beli buat buah tangan kat mak..
    Kalau kat pack dia tulis lepas defross terus makan kan...takyah rebus.Tapi saya pernah try..kembung la pulak perut ni..Saya rebus..Tapi mungkin kukus lagi elok kot sebab tak berendam air ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai peminat kacang edamame ni rupanya..ohh Kt Mydin pun ada jugak ye. Macam pelik pulak lepas defrost terus makan. Better masak dulu baru mesra tekak dan perut. Rebus cepat masak tapi cepat kecut jugak kan. Itulah tu, saja cuba kukus.

      Delete
  8. sedaapp edamame ni. klau g sushi king, mesti akan mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun terjebak dari mereka yang suka makan Sushi King. Tak pernah masuk Sushi King, kita beli je lah rebus sendiri. Hihi

      Delete
  9. Rumah MIL pernah masak tapi tak reti sangat nak makan. Tak pernah makan pun. Bila baca entri ni nak mencari juga la nanti. Ada juga tengok orang buat salad untuk diet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada MIL masak lagi bolehlah rasa pulak naniey. Campurkan dalam salad pun okay :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.