Header Ads

Pergi Klinik, Klinik Tutup!

Dah rancang nak pergi klinik kesihatan berdekatan dengan rumah nak check mata sekali lagi sebab masih merah dan kadang kala sakit. Kononnya nak pergi lepas encik suami balik sembahyang Jumaat semalam. Dekat dekat pukul 3 tu pergi lah kami berdua ke klinik kesihatan tu.

Sunyi sepi, kenderaan pun tak ada kat tempat parkir. Kami fikir belum bukak agaknya lepas rehat tengahari. Ke sebab proses sanitasi? Tengok waktu operasi sampai jam 5:00 petang. Tunggu punya tunggu. Tak jugak bukak.

Klinik Kesihatan Negeri Sembilan

Kemudian kami pergi klinik kesihatan yang kedua jauh sikit dari rumah. Sekali dengan pintu pagarnya tutup. 

Klinik Kesihatan Negeri Sembilan

Terus upload kat instagram story. Lepas tu anak buah cakap, "hari ni NS public kan".

Aduh, tepuk dahi terus. Tak pasal pasal kena gelak "Hahahahahhaha 🤣 orang Selangor pulak ingatkan orang NS". Apolahhh orang dok Nismilan ni tak tahu. Sebab husband pun bukan kerja Nismilan. Selangor nun! Memanglah tak alert!

Klinik kesihatan tutup sebab ini. Memang Public Holiday lah cerita dia.

Public Holiday Negeri Sembilan

Buat penat je bersiap bagai semua. Orang lain tahu dah, kita je yang lalai. Hahaha..gelakkan diri sendiri. Lain kali sebelum datang tengok dulu tarikh tu betul-betul.

Terpaksalah pergi hari Isnin minggu depan. Harapnya mata merah dah okay dah lah masa tu, bab pergi klinik ni memang malas. Lagi lagi musim Covid ni kan. Kalau boleh nak elakkan. Nak tunggu lama yang paling malas tu.



24 comments:

  1. Replies
    1. Iye kak awa. Boleh pulak tak tahu cuti kannn.. huhu…

      Delete
  2. Cuti rupanya.
    Tuggu hari Isnin macam lama lagi. Harap dah oklah matanya sebelum hari Isnin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee.. cuti rupanya. 🤦🏻‍♀️
      Kena jugaklah tunggu isnin. Harapnya dah okaylah mata ni 😊

      Delete
  3. he hee
    ciknur dulu penah terkena camni jga
    gelakk. je sendiri

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Memang kena bersabar jelah bila jadi macam ni kan. huhu...

      Delete
  5. Mak akak pagi semalam tanya ko kerja ke long...kan cuti birthday Yamtuan...erm....mmg duk NS tapi kerja KL kan...

    ReplyDelete
  6. hahahhahaa.... sabar je la dik..!!
    Tapi adik akak siap gi keje semlm kat somban sbb nak cukupkan haul utk dapat cuti tanpa rekod muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak bersabar je lah ni KakRet. hihi..
      Gigih tu,takpelah kegunaan cuti akan datang gitu kan.

      Delete
  7. Naniey punya appointment next week selasa tu Thaipusam. Jadi Isnin la pergi. Nasib baik tengok kalendar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau appointment tu okaylah. Saya walk in je ni. Tu yang tak tahu cuti tu. huhu...

      Delete
  8. Rugi oooo kalau lupa cuti...hihihi
    Saya pula suka naw "study" calender sebab nak tengok cuti🤣

    ReplyDelete
  9. Nasib baik tak gigih tunggu sampai pintu tu bukak, kan?
    Akak harap by this time mata Fiza dah beransur pulih dan tak merah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..semangat sangat kalau nak tunggu sampai pintu bukak.
      So far harini macam dah berkurang merah dan sakitnya. Terima kasih kak Farrah doakan.

      Delete
  10. Hehe ya kalau tidak tahu memang terpinga-pinga.
    Lagilah orang sebelah tidak ingat juga. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sebelah pun sama kak. Boleh pulak dua dua tak tahu. hehehe...

      Delete
  11. Sayapun sejak resign dan di rumah trus, kadang suka lupa hari2 public holiday nih. Udah semangat bangunin anak2 untuk pegi sekolah, ternyata mereka bilang libur karena tanggal merah. Saat dicek, public holiday 🤣. Dah tak sadar. Saat masih kerja, selalu aware dengan libur-libur nih 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk rumah agak kurang alert sikit dengan tarikh dan hari cuti. Sabar je lah kan kalau dah terlupa tu. Kesian anak anak dah bangun tapi rupanya cuti. Hehe...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.