Header Ads


Air Batu Campur (ABC) RM7

Sekali rasa tak cukup, lepas tu beli lagi. Dah 2-3 kali dah beli Air Batu Campur (ABC) RM7 kat Resto Aisyah De' Kitchen ni. Sebenarnya beli makanan tapi alang alang dah beli makanan, tambah lah beli ABC sekali.

Air Batu Campur (ABC)

Selain nama air batu campur, dikenali juga dengan naam ais kacang dan Ais batu campur (panggilan di Pulau Pinang dan Singapura).

Sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti sirap, kacang, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, air gula melaka, susu cair dan sebagainya.

Air batu campur diasaskan daripada Shave Ice yang berasal dari negara Jepun. Juga boleh didapati di negara lain seperti Amerika, Filipina, Thailand dengan nama 'snow ice' dan sebagainya.

Zaman sekarang dah bermacam jenis jenis air batu campur. Ada yang banyak isi dan ada yang kurang isinya. Tapi puas hati lah membeli Air Batu Campur RM7 ni. Boleh lah dilabelkan sebagai air batu campur special sebab banyak isinya. 

Minum air batu campur ni pun dah rasa kenyang betul. Ada kacang merah, kacang shandong, jagung, cendol dan jeli. Itu je yang saya perasan. Ais dia dimesin halus, gula melaka bawah tu pun tak terlalu banyak. Manis tak manis sangat macam tu. Sedang elok kemanisannya.

air batu campur special

Kira okaylah dengan harganya tu kan. Kadang yang dalam mangkuk kecil pun dah RM5 harganya. 

air batu campur special
mood malas memotret gambar macam ni lah rupa dia. Tak ada nak setting props bagai. cepatlah kembali wahai mood


Orang Seremban nak minum ABC dari pagi sampai ke malam bolehlah beli kat Resto Aisyah De' kitchen ni. Selain tu ada lontong, soto, mi kari, nasi ayam penyet, makanan korea dan hidangan lauk kampung dan macam lagi.

Tudiaaa kemain baik punya promo. Dah beberapa  kali jugak membeli kat sini sebab banyak pilihan makanan favourite yang ada.

Aisyah De' Kitchen

No 460 Ground Floor, Jalan Sri Penaga 13, 2, 70400, Jalan Sikamat, Taman Sri Penaga, Seremban

34 comments:

  1. Tentu ramai penggemar yang suka beli ABC macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, kalau teringin baru membeli. Jenuh gak nak habiskan tu.

      Delete
  2. sekrg cuaca panas, sedap makan ABC..ada yg topping aiskrim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejaak 2-3 hari ni memang cuaca panas. Memang sesuai sangat lah ber ABC ni. Ada topping aiskrim pun sedap!

      Delete
  3. Sedapnya kalau minum tengah panas-panas ni kan..?
    Rm7 berbaloi la dengan cup yg diisi macam tu..
    Jauh lak nk ke sana.. Takpe sekali sekala Aini turun sana nanti leh la cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk tekak minum ABC bila cuaca panas ni. Memang berbaloilah RM7 untuk cup besar dan banyak isi. Kena cari dekat dekat Aini. Mesti ada orang jual :)

      Delete
  4. Cuaca panas sekarang memang larislah jualan ABC dan yang seangkatan dengannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. Laris jualan minuman bila tiba musim cuaca panas ni.

      Delete
  5. Sedapnya kalau lalu kat tekak masa cuaca panas yumms

    ReplyDelete
    Replies
    1. legaa betul kalau air sejuk lalu tekak masa cuaca panas ni kan :)

      Delete
  6. boleh try..dah dekat sgt dengan rumah

    ReplyDelete
  7. perghhh ada yg esok cari ABC juga ni :D

    ReplyDelete
  8. Kat tempat Naniey susah nak cari ABC yang sedap. Selalu dapat yang tak cukup rasa, warna dan bahan.. Minum time panas ni memang sedap sangatlah tekak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kadang yang simple tak sarat dengan bahan bahan pun sedap jugak. Pekena ABC masa cuaca panas memang cepat habislah :)

      Delete
  9. wahh abc manis xleh bwk bincang nihh 👍👍

    ReplyDelete
  10. cuaca panas dpt abc mmg best..tp kalau beli abc mmg request kacang dan jagung je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bestlah sejukkan tekak minum ABC cuaca panas ni. Okaylah request makan apa yang kita suka je. Tak susah payah nak asingkan yang tak makan tu.

      Delete
  11. Nak makan ABC tidak boleh makan benda lain sebab itu jarang pesan.
    Lumayan isi dalam ABC Fiza itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena request letak apa yang perlu je kak. A ah, macam macam ada isinya.

      Delete
  12. Meriah dengan isi isinya....suka kacang merah yang besar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, isi dia meriah ada macam macam. Saya pun suka kacang merah besar tu.

      Delete
  13. Dulu ABC hanya ada jagung, cincau dan kacang merah sahaja. Sekarang macam-macam pilihan yang ada. Biasanya penuh mangkuk saiz besar, jenuh nak habiskan. Tapi berbaloilah dengan harganya, boleh makan berdua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ABC basic pun dah sedap dah. Sekarang ni macam macam isi diletakkan. Biasanya share je. Memang tak habis minum sorang. Berbaloilah dengan harga kalau macam ni. Tak kedekut isi.

      Delete
  14. Condiment dalam ais kacang pun banyak . Berbaloi la dengan harga

    ReplyDelete
  15. klau dkt penang, panggil ais kacang.
    bru nk beli smlm, tp dh habis. cuaca panas kan, cpt je habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah Penang panggil ais kacang kan. Musim panas ni memang mencari minuman sejuk sejuk.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.