Header Ads

Mochi Puff

Izinkan saya up satu lagi menu Family Mart sebelum berpuasa esok. Pertama kali mencuba menu yang tak pernah makan di Family Mart. Mochi Puff, menu Family Mart yang agak laris juga ni sebab jarang nampak dekat rak.

Kau lambat memang habis dulu lah jawabnya. Mochi dah biasa makan. Tapi Mochi puff family mart, first time makan.

Mochi

Mochi adalah sejenis kuih Jepun yang diperbuat daripada beras, ditumbuk sehingga lembut dan likat. Kemudian dibentuk menjadi bulat-bulat kecil. Di Jepun, mochi dibuat dan dimakan ketika menyambut perayaan tradisional mochitsuki atau perayaan tahun baru Jepun. Mochi dijual di kedai-kedai kuih sepanjang tahun.

Mochi Puff Family Mart

Mulanya saya ingatkan tekstur mochi puff dia kenyal macam mochi tapi tidak ye. Dia fluffy macam Japanese souffle pancake versi ada inti.

Mochi yang dimaksudkan adalah inti dan puff adalah bahagian luar dia. Betul? Tapi serious fluffy dan filling kastard dia sedap. kastard lah kot rasanya. Ingat ingat lupa dah sebab dah beberapa hari berlalu pun.

Untuk pertama kali nak cuba okaylah. Tak boleh masuk Family Mart selalu. Rabak poket uiiii


18 comments:

  1. Terbygkn mochi yg liat2 tu 😅 inti kacang merah, doyan ke hehe

    ReplyDelete
  2. Mochi puff ni memang sedap. Adik ipar sorang tu akan borong 3 4 bungkus haha

    ReplyDelete
  3. yg ni saya pernah rasa. ok2 je lah rasa dia... itu first time saya rasa dan smpi skrg tak beli2 lgi... hehehee

    ReplyDelete
  4. Nampak pun tak sedap. Family Mart bawah opis. Memang kalau turun selalu rabak poket. hehehe

    ReplyDelete
  5. setuju.. bahaya masuk family mart ini.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Terliur tengok sebab baca time bulan puasa. Tak pernah try lagi ni

    ReplyDelete
  7. Gv tgk rancangan apa yg wat resepi buat mochi. lupa dah. huhu. tak sangka Family Mart pun ada jual mochi. huhu. Gv selalu lalu depan family mart tapi jarang masuk sebab tgk harga barang dia macma mahal juga. Tapi family mart mmg selalu penuh customer kan kak. huhu.

    ReplyDelete
  8. Nampakk sedapppp, kenapalah takde FM di terengganu ni huhuhu, nak try tapi takde FM ahahaha

    ReplyDelete
  9. Selalu dengar tentang mochi, tapi rasanya belum pernah cuba makan.

    ReplyDelete
  10. Haaa.. tak pernah try yg ni... sy suka crepe family mart ...

    ReplyDelete
  11. Haah ingat macam tepung gomak si mochi. Memang belum pernah makan langsung mochi!

    ReplyDelete
  12. ok..nak cuba nanti... maklumla pekan nanas dah ada family mart

    ReplyDelete
  13. Tak pernah try.. FM pun tak pernah masuk. Lalu je..

    ReplyDelete
  14. fav saya niiiiiii msk FM ni yg sy capai dulu hehehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.