Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man, Siapa Pengganti Lee Kwang Soo?

Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man? Tiba-tiba je baca berita harini Lee Kwang Soo akan tinggalkan Running Man Selepas 11 tahun bersama dengan Running Man.

Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man
sumber : google


Running Man rancangan realiti popular Korea ni saya layan sejak dari mula lagi. Masih ingat lagi intro program Running Man masa dalam hujan di rooftop Times Square.

Sampai turn Lee Kwang Soo kenalkan diri, hujan turun lebat. Masa tu dah kelakar dah. Disebabkan Running Man, juga Lee Kwang Soo and Lee Sun Bin dating.

Ahli tetap Running Man, Yoo Jae-suk, Kim Jong-kook, Lee Kwang-soo, Song Joong-ki, Gary, Haha, Ji Suk-jin. Tetamu episod pertama Hwang Jung-eum dan Lee Hyo-ri. 

Selepas beberapa episod baru Ji Hyo muncul sebagai ahli tetap. Masa Gary Running Man pun dah rasa macam tak best dah. Digantikan dengan Jeon So Min dan Yang Se Chan. Mula mula macam tak best, sekarang dah macam okaylah dengan kehadiran mereka berdua. 

Lepas tu ada rumous yang mengatakan Running Man akan ditamatkan. Tapi tak jadi. Timbul lagi isu Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo bakal tinggalkan Running Man juga lepas tu. 

Tak jadi juga. Sekarang Lee Kwang Soo bakal tinggakan Running Man. Harap tak jadi jugalah. Hilang kelakar Running Man kalau Lee Kwang Soo keluar. 

Sedangkan Lee Kwang Soo accident tak ada dalam Running Man beberapa episod pun dah rasa macam kurang meriah Running Man tanpa Kwang Soo. Inikan pula tinggal terus.

BINTANG program realiti popular Korea Running Man, Lee Kwang Soo akan meninggalkan program realiti terbabit selepas 11 tahun bersamanya.

Menerusi laporan Soompi, perkara itu disahkan agensi yang diwakilinya King Kong by Starship melalui satu kenyataan pada Selasa. "Lee Kwang Soo akan mengundurkan diri dari Running Man SBS dan rakaman terakhir pada 24 Mei ini.

"Sukar untuk dia membuat keputusan tersebut, namun akibat kemalangan jalan raya tahun lalu, dia masih menjalani rawatan pemulihan akibat kecederaan dialami.

"Namun adakalanya dia berasa sukar untuk menjaga keadaan fizikal dengan baik semasa penggambaran program realiti itu," menurut kenyataan itu.

Kwang Soo telah mengadakan perbincangan bersama staf produksi, kru, rakan-rakannya dan juga agensi tersebut. Akhirnya membuat keputusan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik dari segi fizikal dan juga mental.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada anda (penonton) kerana telah memberi begitu banyak kasih sayang dan perhatian kepada Lee Kwang Soo di Running Man," katanya.

Difahamkan, Kwang Soo merupakan antara individu pertama yang menerajui Running Man sejak program itu disiarkan pada tahun 2010 malah mendapat jolokan 'Putera Asia' dek kerana populariti dan pengaruhnya yang begitu besar di luar Negara.

Kwang soo sudah menjadi tarikan utama untuk Running Man selain Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Haha dan Song Ji Hyo.

Beliau juga telah menerima Anugerah Bintang baru Popular dan pendatang baharu Terbaik dalam rancangan Aneka Ragam selama dua tahun berturut-turut 2010 dan 2011 di bawah anugerah SBS Entertaiment.
Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/135655/BERITA/Semasa/Lee-Kwang-Soo-sah-tinggalkan-Running-Man

Semakin tak ada mood nak tengok Running Man macam ni walaupun peminat setia Kim Jong Kook. Tapi Kalau Kim Jong Kook tinggalkan Running Man, saya pun tinggalkan tengok Running Man jugalah. Bukan obses atau taksub tapi dia punya X factor nak tengok tu dah tak ada. Jadi rasa tak seronoklah. 

Tapi yelah, sampai bila Running Man ni akan bertahan sebab masing-masing dah berusia. Tak boleh lah nak buat game yang lasak dan mencabar macam dulu. Tak boleh nak bandingkan dulu dan sekarang.

Persoalannya, siapakah yang bakal menggantikan tempat Lee Kwang Soo dalam Running Man? Atau tak ada pengganti sebab sebelum ni pun pengganti Gary dah 2 orang kan. Tak ada Lee Kwang Soo mungkinkah akan jatuhkan rating Running Man? Pening kepala jugalah PD nak naikkan rating tu.

16 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. alaa. tak best la klau lee kwang soo dah takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya. Kurang havoc Running Man tanpa Kwang Soo. huhu

      Delete
  2. Dah cukup lama tak tengok Running Man..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dulu bestlah. Sekarang ada je episod yang sendu.

      Delete
  3. Betul tuuuu kak fizah, minta minta lah kwang soo tak jadi keluar :(
    Tapi kita minat orang yang sama hehehe jong kook :D

    ReplyDelete
  4. x terlayan wak nk tgk running man., ;p

    ReplyDelete
  5. Alaaaa...dia takde confirm dah tak best nanti....akak suka tgok sebab suka ngan telatah dia...

    ReplyDelete
  6. Tiada yang kekal abadi. Akak tengok siri awal-awal.
    Lee Kwang Soo memang penyeri siri ini.

    ReplyDelete
  7. Harap tak jadilah kleuar... nanti ada yang rindu hihihiii.

    ReplyDelete
  8. tu lah tu..macam hilang dah seri runningman kalo kwang soo takde...krik krik je nanti..

    ReplyDelete
  9. atie tak pernah tgk running man, tapi ramai org mengila dgn rancangan ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال