Header Ads

Drama Ayahanda (TV3)

Ayahanda, sebuah drama melayu bersiri lakonan Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jaszle, Noorkhiriah dan ramai lagi akan bersiaran di slot Lestary TV3.

Drama TV3 Ayahanda diinspirasi daripada karya penerima S.E.A Writers Award 1988, Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N. dan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar. 

Drama Ayahanda Slot Lestary TV3

Drama : Ayahanda
Jumlah episod : 13
Mula tayangan : 10 Julai 2021
Waktu siaran : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis novel : Azizi Haji Abdullah
Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd

SINOPSIS AYAHANDA

Mengisahkan tentang seorang ayah dari sisi tanggapan anak bongsunya. Padanya, sukar memahami hati ayahnya. Kedegilan ayahnya seiring dengan usia yang tak boleh ditegur dan tak boleh terima nasihat anak-anak. Disebabkan itu, dia sentiasa berburuk sangka, berdendam dan marah. Dalam masa yang sama timbul juga rasa bersalah.

Dari sisi ayahnya pula, dia sanggup berkorban apa saja demi keluarga dan anak-anaknya. Si ayah kaya dengan kasih sayang. Dia tak pernah berhenti berdoa agar Allah memberkati mereka sekeluarga. Dia juga jenis ayah yang tak pandai menunjukkan rasa saya dengan perkataan. Hanya diluahkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak faham.

Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar difahami sekalipun digali sedalamnya oleh anak-anak sendiri.

PELAKON AYAHANDA

Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah
Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah
Fikry Ibrahim sebagai Aziz
Noorkhiriah sebagai Halimah
Shahz Jaszle sebagai Ramli
Hairi Safwan sebagai Ahmad
Sherry Ibrahim sebagai Aishah
Mimi Ernida sebagai Rahayu
Rita Nadira sebagai Mazni
Dato Ahmad Tamimi sebagai Lebai Kassim
Sobri Anuar sebagai Mat Diah

Lagu Tema (OST) AYAHANDA

Lagu : Coretan Pilu
Penyanyi : Dato' Awie

13 comments:

  1. Biasa ayah jenis 'old school', garang, susah tunjuk kasih sayang.

    ReplyDelete
  2. ya drama Melayu memang best layan.

    tak banyak fikir sangat.

    ReplyDelete
  3. ayah selalu macam tu kan...diorang sayang bukan dengan kata-kata tapi dengan tindakan..

    ReplyDelete
  4. alamakk citer sedih ke ni??? tu yg malas nk tgk tu, takut bergenang plak tetiba

    ReplyDelete
  5. Sepertinya menarik jalan cerita filmnya ..

    ReplyDelete
  6. Ayah ayah susah nak tunjuk melalui perbuatan, tapi tak bermaksud dia tak sayang kannn huhuhu. Macam menarik sinopsisnya, boleh try tengok bila dah ditayangkannnn.

    ReplyDelete
  7. pelakon smua best ! so cita tak best pun tak apa la hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.