Header Ads

Biskut Mama Carrie

Biskut mama carrie, biskut legend kegemaran ramai. Jaranglah ada yang tak suka. Cara membuat biskut mama carrie mudah bila ikut betul-betul resipi biskut mama carrie by Anis Awanis ni. Bolehlah cuba buat biskut marrie kalau teringin. Walaupun mood raya tu macam dah kelaut dalam. Tetap lah kita hidupkan suasana raya tu. Ye, even di perantauan.

Biskut mama carrie atau mama carey entah. Mana satu yang betul tak pastilah. Yang penting sebutan sama, kan? Biskut mama carrie ni mudah menarik pandangan mata nak mencuba. Dulu zaman kanak-kanak beraya, suka pilih kuih dan biskut yang menarik corak dan warnanya. 

Biskut Mama Carrie

Resipi biskut Mama Carrie

Bahan-bahan biskut
250g pure butter
115g gula ising
150g tepung jagung
300g tepung gandum (Baker choice)
25g susu tepung (tak letak pun tak apa)
1 biji kuning telur

Bahan-bahan royal icing
2 biji putih telur
175g gula icing
2 sudu makan tepung jagung

Cara penyediaan biskut
Pure butter, gula icing, kuning telur dipukul sebati, guna spatula pun boleh. Lepas sebati masukkan tepung jagung dan susu tepung sebati kan kemudian tepung gandum. Uli sebati sampai jai doh dan tak melekat kat tangan kita. Lepas tu boleh la gelek dan terap ikut bentuk acuan masing-masing.

Cara penyediaan royal aising
Pukul telur putih sampai bertanduk. Lepas tu masukkan gula icing dan putar sampai sebati dan berkilat. Kemudian masukkan tepung jagung. Mix sampai bahan-bahan ni berkilat dan tiada ketul-ketul. 

Lepas siap masukkan dalam piping bag untuk senang pipe atas biskut yang dah diterap tadi. Bakar biskut dalam 20minit. Guna suhu bawah 150c dan atas 100c. Rak ke-2 dari bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing.

sumber : anis awanis 
Untuk backlink, boleh tinggalkan di kotak komen. saya lupa dari mana dapat resipi ni.
Terima kasih

14 comments:

  1. Dah lbeberapa tahun xjumpa org jual biskut mama carie ni .

    ReplyDelete
  2. Dah lamaaaaa tak jumpa kuih raya ni, salah satu favorite kuih raya saya ni hehehe. Sedappp!

    ReplyDelete
  3. Sedap. Kegemaran sangat-sangat ni. InshaAllah boleh buat.

    ReplyDelete
  4. Comel biskut ni kan Fiza. Nenang sedap.

    ReplyDelete
  5. Pernah makan tp tak tahu nama biskut 😅😅 sedappp

    ReplyDelete
  6. memula dulu ingatkan nama biskut ni Mariah Carey

    ReplyDelete
  7. dulu pernah tolong buat biskut ni untuk jual. tapi tak ingat resepi... bolehlah try nanti. fav all the time gak ni...

    ReplyDelete
  8. Lama dah tak jumpa kuih ni. Dulu suka gak makan ��

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya akak tidak pernah makan biskut ini walaupun terbentang depan mata. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Saya suka tgk kuih ni tapi x suka mkn hehehe

    ReplyDelete
  11. selalu nampak orang jual.. Tapi tak pernah try pun..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.