Header Ads

Narcissistic Personality Disorder (NPD) @Kecelaruan Personaliti Narkistik

Isu Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau dalam bahasa melayu Kecelaruan Personaliti Narkistik pernah tular di media sosial. Memang gigih ye yang mengkaji tentang NPD seseorang tu. 

Narcissistic Personality Disorder (NPD)  @Kecelaruan Personaliti Narkistik

Apakah NPD

Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau Kecelaruan personaliti narkisistik merupakan gangguan personaliti. Ianya berlaku dalam jangka masa panjang. Ciri-ciri NPD adalah perasaan penting diri yang berlebihan, keperluan untuk dikagumi yang berlebihan dan kurangnya rasa empati terhadap orang lain.

Individu dengan NPD akan sentiasa menghabiskan masa untuk berfikir tentang mencapai sesuatu dan kejayaan, atau pada penampilan mereka sendiri untuk dikagumi orang lain. Mereka juga akan memanfaatkan orang di sekeliling mereka untuk mencapai kejayaan sendiri. 

Tingkah laku narkisistik biasanya terjadi dan bermula pada peringkat awal dewasa dan boleh jadi berlaku dalam pelbagai situasi.


Punca Gangguan Personaliti

Punca gangguan personaliti atau NPD ni masih tidak diketahui. Keadaan NPD tergolong dalam gangguan personaliti kluster B dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM). Diagnosis NPD ini dibuat oleh profesional penjagaan kesihatan yang menemu ramah individu yang mempunyai NPD. 


Rawatan NPD

Individu yang mempunyai gangguan keperibadian narkisistik biasanya tidak menganggap diri mereka mempunyai masalah kesihatan mental. Terapi itu sukar dijalankan. Rawatan untuk kecelaruan personaliti narkisistik pula masih belum dikaji dengan lebih baik.

Lebih kurang kira-kira satu peratus individu dipercayai terkena NPD pada satu ketika dalam hidup mereka. Ia lebih kerap berlaku pada kaum lelaki berbanding wanita sebenarnya. Dan biasanya dihadapi oleh golongan muda berbanding dengan mereka yang lebih berusia.

Personaliti narkisistik pertama kali dijelaskan oleh psikoanalis Robert Waelder, pada tahun 1925; selanjutnya, istilah kecelaruan personaliti narkisistik (NPD) diciptakan oleh Heinz Kohut pada tahun 1968.
sumber : wikipedia


Kenali Personaliti Narsistik @Narcissistic Personality Disorder (NPD)

  • Mempunyai perasaan diri penting. Pencapaian, bakat diharapkan dapat diiktiraf sebagai unggul tanpa pencapaian yang setimpal
  • Percaya bahawa dia istimewa dan unik dan hanya boleh bergaul dengan orang istimewa dan setaraf
  • Eksploitasi iaitu mempergunakan orang lain untuk mencapai tujuan dan matlamat sendiri
  • Tingkahlaku yang sombong dan angkuh
  • Keseronokan untuk selalu dipuja dan dipuji selalu.
  • Dibelenggu kejayaan, kecemerlangan, keindahan dan hubungan cinta yang ideal.
  • Mempunyai rasa kelayakan iaitu mahukan layanan dan pematuhan yang berlebihan.
  • Kurang empati tidak mengenali dan peduli perasaan dan keperluan orang lain
  • Percaya orang lain iri hati kepada dirinya.

Agak susah juga nak kenalpasti mereka yang NPD. Luarannya nampak sihat dan baik-baik je. Kecelaruan dalamannya kita tak tahu. Boleh jadi ada masalah mental juga. Kiranya yang ada NPD ni akan buat apa saja untuk mencapai tahap KPI keinginan yang dia mahukan. Janji puas hati ek.

Cakap pasal mental. Sakit pulak hati kita tengok drama tak sempurna mencintaimu episod akhir semalam. Tak puas hati dengan sad ending dia. Taqim meninggal ditikam Mellisa. Melissa pulak maut disebabkana accident. Kereta dibakar. Begitu je pembalasan yang Melissa dapat lepas membunuh Ayah Taqim suaminya sendiri, Mak Sirat dan anak Sirat. 

Drama je, tak payah emosi sangat. Harap adalah yang ambil pengajaran bukan sekadar tengok.

13 comments:

  1. Ada pengalaman dengan orang NPD ni. Sakitnya dah bertahun pun rasa lagi. Diorang suka buli orang low self esteem.

    ReplyDelete
  2. Dari apa yang saya faham dari penulisan ini, personaliti yang dinyatakan lebih ke arah sifat yang negatif.

    ReplyDelete
  3. Selalu tertukar dengan yang banyak personaliti tuuu hehehe.
    Ohhh patutlah housemates bising semalam, rupanya dah tamat dah drama tuu.

    ReplyDelete
  4. hahaha sebaik tak layan drama tu 🤣 ramai jugak bising ckp tah pape

    ReplyDelete
  5. Baru tau juga pasal NPD nih..mungkin nampak macam biasa je tapi rupanya dalaman tu 'sakit'..

    ReplyDelete
  6. Kira NPD orang yang pentingkan diri. Macam pernah jumpa orang yang dinyatakan ciri-ciri tersebut.

    ReplyDelete
  7. Aku kok ngga paham dengan kepribadian seseorang yang mengalami NPD, entah bawaan atau pengaruh tertentu yang membentuk karakternya jadi seperti itu.

    Solusi terbaik penyembuhannya melalui bimbingan psikiater ya, kak ?

    ReplyDelete
  8. Akak baru tahu tentang NPD ni. Pernah jumpa orang macam ni dulu, masa zaman kerja.

    ReplyDelete
  9. Memang pernah jumpa individu begini. Kesian kan, mereka tak sedar apa yang mereka lalui dan lakukan kerana rasa ego mengatasi segalanya.

    ReplyDelete
  10. seram kan.. ada juga individu yang tak sedar akan ciri2 ni pada diri..

    ReplyDelete
  11. bila baca sifat-sifat NPD tu macam ramai je yang ada sikap camtu sebenarnya kan..tapi antara mild dengan severe je lah..

    ReplyDelete
  12. kalau duduk dgn org mcm ni, i like to layan and let them be .. heheh malas drama

    ReplyDelete
  13. Lahh.. ada eh penyakit ni.. egtkan itu penyakit hati semata jer... kesian yg tak x sedar dirinya ada penyakit ni.. huh..

    Pssst: sy pun tak minat ending cite sirat camtu.. muahahaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.