Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Sedap Juga Nasi Goreng Campur Bayam Brazil

Habis fikir dah tak tahu nak masak apa. Harini masak nasi goreng biasa campur bayam brazil seciput. Macam biasa bahan-bahan tumisnya ditumbuk kasar guna lesung batu. 

Lebih sedap, lebih padu rasa dia macam mak mak kita masak. Itulah dia rahsia terbesar nasi goreng paling sedap. Rajinlah menumbuk ye.

Resepi nasi goreng mudah dan sedap

Bahan-bahan asas nasi goreng masak cara saya kena ada bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan nasi. Tumbuk kasar dan tumis sampai garing. 

Rencah dia saya pecahkan telur dan udang. Lepas masukkan nasi dan kacau rata baru masukkan bayam brazil. Akhir sekali baru taburkan garam dan serbuk perasa pasti sedap. Memang sedap lah cerita dia, kan!

Tanaman bayam brazil tak berapa nak ada. Dia tumbuh meninggi tapi tak rimbun. Potong je lah ambil campur dalam nasi goreng sebab kacang panjang nan hado. Esok esok dia tumbuh rimbunlah harapnya.

Nasi Goreng Campur Bayam Brazil

Kalau kau orang dah biasa makan bayam brazil, tahu lah rasa dia macamana. Lebih kepada macam tak ada rasa pun. Dia jadi sedap masuk dalam nasi goreng sebab rangup. Suka masak sayur goreng manja-manja gitu. Dah hujung hujung nak masak baru masukkan. Biar dia tak layu sangat.

Rangup itu sedap!

Settle menu untuk sarapan tadi merangkap lunch dan bekalan suami. Simple simple sudah. Tak yah fikir susah payah.

Nasi Goreng Campur Bayam Brazil

Alhamdulillah. Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (ar-Rahman: 13)

Post a Comment

24 Comments

  1. Alhamdulillah. Nampak sedap, rasapun sedap juga

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah setel dah masak makanan pagi dan tengah hari, siap bekal untuk suami lagi. Masak nasi goreng je senang, tak payah pening pening fikir nak masak lauk apa kan hehehe

    ReplyDelete
  3. Betul, kalau nasi goreng sedap kalau rencah tumbuk, bukan blend. Pastu pakai kuali biasa,bukan non stick. . Biar ada hangit2 sikit baru rasa cam dulu-dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab kuali tu pun betul Sal. Pakai kuali legend ada hangit hangus sikit baru ngam teruk rasa nasi goreng :)

      Delete
  4. haritu kite try beli and masak bayam brazil ni.. tapi jadi pahit hahaha

    ReplyDelete
  5. Adooo... Sedapnya tengok nasi goreng tu. Kita tanam bayam brazil mati.. Haha

    ReplyDelete
  6. Dulu rajin tanam bayam Brazil. Siap beri pada kawan² anak pokok bayam Brazil. Tapi kini dah tidak tanam lagi pasal kurang nak makan sayur ni.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah serious nampak sedap gila! Okay lepas ni nak try. but need to find Brazilian spinach first hehe

    ReplyDelete
  8. idea baru utk berbuka dan bersahur nanti ;-)

    ReplyDelete
  9. kami tanam bayam brazil 2 bekas. yg baru tuai mmg rimbun, yg lama kecik2, meninggi.
    bayam brazil kami letak je dlm mee, nasi gorng, telur goreng, kerabu. saja nk bg nmpk hijau2 sikit

    ReplyDelete
  10. bagus bayam brazil nie.. dah lah mudah ditanam, boleh dipelbagaikan cara memasaknya..

    ReplyDelete
  11. Wuuu.sedapppp tuuu bayam brazil ��

    ReplyDelete
  12. shida tak pernah lg buat nasi grg buh udang fiza..suami xbpe suka buh udg kalau goreng2 nih..dia mkn udg tp mcm tu pulak kn ^_^

    ReplyDelete
  13. Haah bayam Brazil macam tiada rasa. Hehe. Rasa nampak mana-mana pun boleh.

    ReplyDelete
  14. takleh makan klu mcm ni, mesti atie letak daun bayam tu tepi

    ReplyDelete
  15. Aaaaa...dah tak rajin menumbuk wooooo!

    ReplyDelete
  16. Mabeles tgk nasi goreng fiza ni. Bayam brazil kt rumah mil ni dh merimbun tak masak2

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.