Header Ads

Anakanda Dato' Sri Siti Nurhaliza

Umum tahu Dato' Sri Siti Nurhaliza baru melahirkan anak kedua pada 7 Ramadan 1442H yang lepas. Semalam Genap 7 hari, 14 Ramadan Dato' Sri Siti Nurhaliza berkongsi wajah anak lelakinya yang diberi nama Muhammad Afwa.

Maksud nama afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

Muhammad Afwa Bin Muhammad Khalid lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa- Dato' Sri Siti Nurhaliza.


Manakala maksud nama Siti Aafiyah pula membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk sihat, kita berada dalam 'afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah, untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah dan untuk anak-anak dilindungi, kita berada dalam 'afiyah berdasarkan satu doa Rasulullah SAW yang mengajar bapa saudaranya. 

Anakanda Dato' Sri Siti Nurhaliza
sumber : youtube channel Siti Nurhaliza



Apabila Abbas bertanya apakah doa terbaik dibaca, Rasulullah SAW berikan ayat berkenaan.

Malam tadi juga berlansung majlid maulud, aqiqah, tahnik & cukur Muhammad Afwa yang dihadiri oleh Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Hadir memberi Tazkirah.

Malam yang sama juga lagu Anakanda dan muzik video rasmi Anakanda Dato' Sri Siti Nurhaliza secara rasminya  direleasekan di Youtube. Kalau Siti Aafiyah dengan lagunya 'Comel Pipi Merah' Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting tu. Muhammad Afwa pula tajuk lagu dia 'Anakanda'. Beruntung anak TokTi ada lagu khas sempena kelahiran.

Lirik Lagu Anakanda-Dato' Sri Siti Nurhaliza

Lagu : Dato' Sri Siti Nurhaliza
Lirik : Rozisangdewi

Sabar menanti nian debar dirasa
Lahirnya wahai anakanda
Penuh harapan jadi insan mulia
Perkasakan di dalam jiwa

Bagai bulan dipagar bintang
Lahirnya, oh, ditatang
Anakanda menyeri kehidupan
Sempurnakan sebuah cinta

Ikan kekek, mak iloi, iloi
Ikan gelama, mak ilai, ilai
Sayang anak didodoi-dodoi
Curahan kasih tiada ternilai

Banyak perkerti tumbuhnya sejati
Mencorak karisma diri
Jadi pelindung ayah bonda semua
Tulusnya, oh, menyebar cinta

Pasti banyak kata dan pesan
Dewasa dan cabaran
Apa pun dilalui (dilalui), teguh bak kesari
Iman jadi perisai diri

Ikan kekek, mak iloi, iloi
Ikan gelama, mak ilai, ilai
Sayang anak didodoi-dodoi
Curahan kasih tiada ternilai

Ikan kekek, mak iloi, iloi
Ikan gelama, mak ilai, ilai
(Sayang anak) didodoi-dodoi
(Curahan kasih) tiada ternilai

Didodoi-dodoi, didodoi
Didodoi-dodoi, didodoi
Didodoi kalimah cinta

Didodoi-dodoi, didodoi
Didodoi-dodoi, didodoi
Didodoi dengan kalimahlah

29 comments:

  1. simple jer nama anak dato siti. i likee

    ReplyDelete
  2. Masya Allah comel nye baby dia. Br tau dia dpt baby boy rupanya

    ReplyDelete
  3. Simple, senang nak sebut dan membawa makna yang bagus. Dah cukup dah sepasang anak dato siti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, simple dan mempunyai makna yang baik. Alhamdulillah rezeki dapat anak sepasang.

      Delete
  4. senang je nak sebut kan? maksud pun baik-baik...

    ReplyDelete
  5. Dah ada sepasang. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...sepasang sudah...tahniah buat tokti..moga sihat sejahtera hendaknya..

    ReplyDelete
  7. comel je tengok klip video anakanda ni.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. rezeki TokTi.. Sedap lagunya.. simple dan menyenangkan..

    ReplyDelete
  9. Seronoknya ada baby baru..lagi best siap ada lagu..baru mak akak tanya last week xde ke lagu baru utk anak Dato' CT..akaka jawab..along x duduk satu rumah ngan dia mak so..tak tau...hahaha...

    ReplyDelete
  10. Handsome putera kedua Datuk Siti. Namanya pun sedap didengar.

    ReplyDelete
  11. Tahniahhh Ctdk... Tapi kecewa bab kisahnya yg viral baru baru nih.. Fuhhhh!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.