Kuih Tiram Campuran Nestum Air Tangan Mak Mentua

Entah kenapa sejak akhir akhir ni rajin betul mak mentua buat kuih tiram. Ini kali kedua dapat kuih tiram mak mentua buat. Tapi kali ni dapat bekas besar sikit. Kuih tiram bukan biasa-biasa yang dicampur gula halus atau gula kastor. Ini campuran nestum kisar sekali. Idea menantu mak yang sorang lagi katanya.

Kuih tiram ni sekali mak bagi sekali dengan kuih gunting, buah pisang, buah betik mini dan pucuk ubi. Buah betik mini tu saya hadap sorang je. Husband makan sepotong dua je sebab dia bukan jenis pemakan buah. Untung saya dapat makan lebih. 

Sebenarnya mak mentua buat kuih untuk kudapan. Takpun sesapa balik tu dapatlah rezeki tapau sebekas. Tengok kuih muih ni terasa macam vibes raya. Padahal puasa pun belum lagi. Apa de hal terasa macam nak raya pun. Sah sah lah raya perantauan lagi tahun ni kalau tak boleh rentas daerah. 

Kalau boleh rentas daerah, raya di rumah mentua je nampaknya. Entahlah, mood raya dah bungkus ikat tepi. Follow the flow je lah.

Kuih Tiram Campuran Nestum

Berbalik kepada kuih tiram tadi. Kuih tiram ni nampak macam tebal je taburan gula dan nestum tu. Taburan tak sekata namanya. Tapi taklah manis pun. Sedap juga campuran gula dan nestum. Sumpah tak manis gila, makan satu pasti nak lagi.

Kali ni mak buat level level sedang elok tak keras sangat, bolehlah untuk uwan makan. Kalau tak, keras sikit uwan dah bising, "Kogheh". Aduii...

Sebelah saya panggil kuih lidah. Dulu masa zaman kanak-kanak bulan puasa suka tolong kakak dengan mak buat. Saya jadi tukang putar mesin kuih lidah tu. Ingat lagi tak jenis yang besi ada jenis penggelek lepas tu letak tepi meja tu. Tak tahu apa nama mesin tu.

baca juga : resipi kuih tiram/kuih lidah

Kuih legend. Bila ingat semula, teringat nostalgia zaman tu. Seronoknya lah kalau dapat patah balik semula zaman tu. kannnn...


 

11 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Sedappppp. Betul tu, kalaulah boleh undur ke masa dulu, kan best. Tapi 'kalau'. Hidup mesti diteruskan :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Selalu juga kak PC beli dengan kawan en suami. Tapi ni orang yang buat kurang sihat la pulak.

    ReplyDelete
  3. Sedap kue legendaris ini, kak ...
    Terlebih rasanya di level yang pas, ngga kemanisan.
    Tepat nih buat teman ngopi.

    ReplyDelete
  4. sedap... k ret pun suka yg letak gula...
    kuih zaman kecil2 ni...
    mmg berebut la ngan cousin2, adik beradik tiap kali blk kg beraya...

    ReplyDelete
  5. shida pun suka fiza kuih tiram...tp xjumpa lg yg betul2 sedap ^_^

    ReplyDelete
  6. Hehe olahan berbeza kuih tiram. Tidak minat sangat mungkin terkena yang keras.

    ReplyDelete
  7. Saya sukaaaa.. Manis plak tuh!!! Sedap buat kudap kudap di hari raya.. huhu

    ReplyDelete
  8. minum petang dgn penuh kasih sayang ehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال