Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Persediaan Menyambut Ramadan

سلام جمعة 
10 lagi jika panjang umurnya dan jika Allah izinkan, dapatlah kita bertemu lagi di bulan Ramadan. Seperti tahun lepas, kita masih sambut dalam suasana norma baharu selagi COVID-19 masih bermaharajalela.

Kita teruskan berdoa supaya Allah lindungi kita semua dan berikan kesihatan yang baik. Allah sebaik-baik perancang dan pasti ada terselit hikmahnya disebalik apa yang berlaku. Tenang tenang je. Tenang is good.

Marilah kita buat persediaan menyambut Ramadan. Semoga Allah terima segala amalan ibadah kita. 

Checklist Persediaan Menyambut Ramadan
sumber : ismakualalumpur.com

Persediaan Menyambut Ramadan

  • Taubat daripada dosa dan kesalahan serta menjauhi semua tabiat buruk yang biasa dilakukan.
  • Mula mendidik diri untuk bangun solat tahajjud dan melazimi ibadah-ibadah sunat seperti puasa sunat, membaca Al-Quran dan zikir harian sebagai pelatihan diri untuk menghadapi bulan Ramadan.
  • Hias rumah sebagai tanda kegembiraan menyambut Ramadan.
  • Baca dan buat semakan hukum-hakam puasa untuk memastikan kesempurnaan puasa.
  • Ikhlaskan niat dan berdoa agar Allah memberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadan.
  • Jaga kesihatan diri supaya tidak terlepas peluang beribadah.
  • Sentiasa mengingatkan diri dan orang lain tentang kedatangan Ramadan.
  • Rancang agenda harian sepanjang bulan Ramadan dengan aktiviti bermanfaat tanam azam untuk melakukan yang terbaik dan tekun dalam mengerjakan amal ibadah.

Post a Comment

8 Comments

  1. bulan ramadhan masa untuk kaut bonus..dalam saham ke apa masa ni harga saham rendah...di akhirat harganya naik..dijual byk untung

    ReplyDelete
  2. Ye ye lbh krg 2 minggu je lagi. Selamat menyambut ramadhan fizah n family

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi dah ni.... excited

    ReplyDelete
  4. Tak lama dah, cant wait to berpuasa. Semoga kita diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ni :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga yg baik2 je..shida dah bersedia Inshaa Allah :)
    tq sharing fiza!

    ReplyDelete
  6. Aha yang paling teruk untuk akak banyak tidur.
    Terima kasih ingatkan.

    ReplyDelete
  7. Moga sampai ke Ramadan 2021 dan seterusnya.. Amin

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.