Moreh dan Sahur Donut Big Apple

Tudiaa bukan kaleng kaleng dia punya moreh dan sahur. Donut Big Apple siap! Disebabkan berita sedih semalam, saya terus hilang selera makan. Bertambah kurang selera makan dibuatnya.

Sebelum husband balik rumah dia tanya nak makan apa. Terus jawab tak tahu. Tak ada lansung terlintas dalam kepala ni nak makan apa. Dah tu template blog buat hal. Satu lagi masalah pening datang. Jenuh la menggodek. Dalam pada itu sibukkan diri kejap, kalau dok fikir nanti kemurungan.

On the way balik husband beli donut big apple yang dah lama sangat tak makan. Tapau nasi goreng juga untuk dinner. Donut makan lepas husband terawih. Awal-awal dah cuti, tak dapatlah nak berterawih sama.

Donut Big Apple

Ingatkan dia beli 6 biji donut je. Sekali masa sampai tu dia cakap terbeli 12. Hamekkk makan buat moreh sekali untuk sahur nanti. Senang pagi nanti saya pun tak payah sediakan sahur. Cuma sediakan air panas je sebagai pelengkap.

Kakak dari Selangor berjaya dapat pelepasan balik kampung. Seremban ni tak tahu lah. Dia punya strict tak boleh bawak bincang.

By the way, giveaway sampul duit raya hipster dah tamat. Mohon check senarai sebelum saya umumkan siapakah yang bertuah.

Selamat bersahur dan menunaikan ibadah puasa.

25 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Sama2 tak boleh puasa. Hehehe.. hairan org selangor boleh rentas negeri balik sambut puasa mcm makcik.

    Nampak blog dh bertukar ni walaupun bw thru phone

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selangor macam senang je nak lepas, janji ada surat. Tapi sini kemain liat nak bagi lepas. Dah bertukar sikit Nina. Inipun tak sure berapa lama in case tak ada masalah.

      Delete
  2. lamanya tak layan donut big apple ni dik oi...sejak dah makin senja ni takut nk makan yg manis2 heheheh , makcik dah tua
    tapi kadang tingin jugak, teringat kesedapan kelembutan donatnya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kak, lama juga ni. bukan selalu makan manis pun. Boleh kira sebulan berapa kali je buat lepas teringin. Donut big apple emang gebu kak :)

      Delete
  3. Donut Big Apple not bad la.. Sedap.

    ReplyDelete
  4. Moreh kayangan ni...hihi..comfort food...

    Selamat menyambut bulan Ramadhan..

    ReplyDelete
  5. meriah moreh dan sahur dia... makan donut ala2 org putih gitu. anyways.. selamat berpuasa

    ReplyDelete
  6. Semoga covid cepat berlalu. Dan semua dapat bersama keluarga berpuasa & raya kelak insyaAllah.. Sedapnya donut.. Alahai..

    Salam Ramadan.
    Selamat menjalani ibadah puasa & terawih.
    Semoga dipermudahkan segala urusan. Take care & Stay Safe

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak beli Big Apple, anak-anak sis makan satu flavour je, yang ada nestum tu..

    ReplyDelete
  8. Awww sedapnya.. lama tak makan big apple.. jauh sangat.. hehehe.. Donut dia gebu gebas.. puas hati..

    ReplyDelete
  9. Lama tak makan big donut ni . Nampak menyelerakan jugak

    ReplyDelete
  10. ini kalau bagi uyum makan, confirm bole abs satu kotak ni hahaha

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Big Apple.... tapi sampai 12 tu tak tahan!

    ReplyDelete
  12. Nak join GA Fizah, tapi blog asyik tak dapat masuk. Maaf ye. Berita buruk apa tu? Semoga dipermudahkn urusan.

    ReplyDelete
  13. Sejak dah takda kat Tesck tempat sy ni, mmg x mkn big apple lagi dah... Mantap...makan morehhh. Hehee..

    ReplyDelete
  14. Big Apple sedap,Dunkin Donut pun sedap. Dua dua sedap kak. hihi.

    ReplyDelete
  15. Bila lah last makan big apple ni, teringin pulak nak makan big apple lepas tengok post kak fizah ni hahaha. Suami kak fizah nak gembirakan hati kak fizah, sampai 12 biji dia belikannn. Semoga mak kak fizah cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  16. Bila hati resah, semua serba tak kena ye Fiza. Bawa-bawa bertenang, rehatkan badan dan fikir yang baik-baik. Tengok donut big apple ni kakak teringat dulu belajar buat 14 jenis donut big apple dari pagi sampai petang! Sedap sangat. Tapi sampai rumah malas pulak nak buat hihihii!

    ReplyDelete
  17. Selamat menjalani ibadah puasa dan yang lain2nya

    ReplyDelete
  18. Alahai kasihan tidak dapat balik. Memang memberi kemurungan.
    Huhu banyak dan berjenis donut. Lama tidak beli donut Big Apple, selalu beli yang kembar si Dasz. Menarik donut, nampak semua perisa berbeza.

    ReplyDelete
  19. haha... pernah gak nak beli 6 je...satu kotak... tapi masa kirim sebut satu dozen.

    ReplyDelete
  20. kalau tau sy join sekaki sbb byk tu hahahaha nmpk plak donut fav sy ada kt situ hehehe

    ReplyDelete
  21. pelepasan ni mmg ikut balai polis kan.. huhuhuhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال