Header Ads

Akhirnya Mendapat Juga Baker’s Cottage Cheesetart

Baker's Cottage, kedai pilihan untuk membeli ayam panggang murah (bila promosi) dan aneka pastry yang sedap-sedap. Ayam bakar tu dah berapa kali dah repeat order. Bermaksud sedap! Tapi sos dia yang tak berapa nak ngam dengan ayam bakar dan selera.

Macau Egg Tart dia memang sedap walaupun sedikit agak tak suka part mudah rapuh kulit dia tu. Tak mengapa, yang penting rasa macau egg tart tu sedap. Repeat order jugak tu walaupun macau tart tu tersilap order cerita dia. 

Akhirnya keinginan makan cheesetart tercapai juga. Pesan kat husband beli roti, dia singgah Baker's Cottage. Lalu membeli belah dia dia. Beli cheesetart sebab dia teringat saya suka cheesetart. Dia angkut sekali cream puffs sebab favourite dia.

Blueberry Cheesetart & Chocolate Cheesetart

Baker's cottage cheese tart tak pernah mengecewakan. Kualiti setanding harga dia. Blueberry cheesetart ni, padu rasa dia.  Dalam dia ada lagi filling blueberry tu. Tak kedekut bahan. Puas hati makan weyyyy
Satu tak cukup! Syukur husband beli 1 pek lebih.

Blueberry Cheesetart Baker’s Cottage

Chocolate cheesetart pun apa kurangnya dia. Tak kurang tak lebih. Apa yang membezakan dia dengan blueberry cheesetart adalah topping dan filling chocolate. So sedap!

Chocolate Cheesetart Baker’s Cottage

Kedua dua cheesetart ni di pek dalam satu pek dan harga untuk 2pcs/1pek, RM7.50. Maknanya satu biji blueberry cheese tart price dia RM3.75

Cream puffs

Cream puffs ni comel betul. Tak puas makan sebab saiz kecil tapi puas hati dengan filling melimpah. Sedap pulak tu. Harga RM3.50 untuk 3 pcs ni 1 pek.

Cream puffs Baker's Cottage

Masuk Baker's Cottage sama macam masuk Family Mart. Ada je benda yang menarik mata untuk membelinya. Bab harga tu kadang pejam mata juga membayarnya. Kalau dah tekak teringin, apa boleh buat. Nanti dia teringat ingat selagi tak dapat. Kan?

15 comments:

  1. Hehe.. kalau nak makan, makan je. Kalau sedap, mahal pun takpe. Hehe... akak pun tergoda tengok blueberry dan chocolate cheese tart Fizah. ^_^

    ReplyDelete
  2. Betul kak fizah, selagi tak dapat, selagi tulah duk main berlegar legar dalam kepala otak hahahahaha. Dah dapat, alhamdulillah. Kira murah dah 3.50 untuk 3pcs.

    ReplyDelete
  3. tak pernah lg pergi Baker's Cottage ni...menarik outletnya, mcm FM..kawan ofis pun ckp ayam panggang dia murah..

    ReplyDelete
  4. Suka pastry kat Baker's Cottage ni. Ayam panggan diorang pon sedap. Harga pon murah. Cuma sos cicah tu ada kureng sikit🤪.

    ReplyDelete
  5. terliur tengok cheesetart bluebery tu

    ReplyDelete
  6. Menyelerakan . .feveret ccl coklat cheesetart tu

    ReplyDelete
  7. pernah makan sekali, sedap kan!

    ReplyDelete
  8. Sos tak sedap, makan dengan sos cili thai jelah endingnya. Hehe

    ReplyDelete
  9. Nampak semua sedap ni. Terliur tgk dappp

    ReplyDelete
  10. Akak dah cuba puf krim. Memang sedap. Sama, pernah borong tat telur, kek dan nasi ayam waktu ada promosi. Nanti hendak cuba produk lain pula.

    ReplyDelete
  11. Kak Amie nak blueberry cheese tart. Sedap sangat!

    ReplyDelete
  12. Masuk baker's cottage memang pejam mata la nak membayar. Tp sedap dan berbaloi.

    ReplyDelete
  13. Macam kena gi melawat Bakers Cottage je petang nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. Memang tak mengecewakan.. tapi saya lagi suka macau egg tart tuuu. hehee

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.