Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Drama Lelaki Pendosa

Drama Lelaki Pendosa akan bersiaran di TV3 lakonan Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah. Drama lelaki pendosa adalah adaptasi dari novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah.

Drama Lelaki Pendosa TV3

Drama : LELAKI PENDOSA
Jumlah episod : 28
Mula tayangan : akan dikemaskini
Waktu siaran : akan dikemaskini
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn Bhd

SINOPSIS LELAKI PENDOSA

Kisah tentang Dean Ilyas yang nampak sempurna dari segala sudut akan tetapi dia rupanya cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba untuk berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika.

Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!

Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?
Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.

Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.

Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.

Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.

Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?

sumber : https://www.goodreads.com/book/show/54479535-imamku-lelaki-pendosa

PELAKON LELAKI PENDOSA

Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
Sophia AlBarakbah sebagai Cahaya Malaika
Shima Anuar sebagai Anggun Dania
Gambit Saifullah sebagai Izfairin
Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
Maria Farida sebagai Datin Junaidah
Aleza Shadan sebagai Wahidah
Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
Faez Malek sebagai Jerry
Fiza Thomas sebagai Maya
Kael sebagai Nik Safri
Annie Mosha sebagai Balqis
Anne Abdullah
Ungku Hariz
Annie Mosha
Faez Malek
Ieda Moin
Betty Banafee
Auni Zahra

Post a Comment

9 Comments

  1. Pak Aron belakon ye..hehee..drama baru lg yer..jenuh nk marathon..

    ReplyDelete
  2. drama yang banyak emosi, boleh bikin panas yang nengoknye hahaha

    ReplyDelete
  3. Lama tak tengok Aaron Aziz berlakon.

    ReplyDelete
  4. Wah cinta 3 segi tapi lelaki suka lelaki. Lain daripada novel/drama biasa.

    ReplyDelete
  5. Lama tak tengok Aaron berlakon.
    Dah baca novelnya, cerita pasal gay hahaha.

    ReplyDelete
  6. Not bad juga barisan pelakonnya.

    ReplyDelete
  7. Cahaya Malaika? Macam nama anak Mawi..huhu~
    Ok, emsti best! Ada unsur gitu..hehe

    ReplyDelete
  8. Mesti menarik sbb ada Aaron aziz. Harap sophia dpt jd heroin yg berbakat bila drama ditayangkan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.