18 Puasa Di Kampong Pisang

18 Puasa di Kampong Pisang bakal menemui penonton di pawagam rumah masing-masing di Astro First saluran 480 pada 15 April 2021 nanti. Juga boleh strim 18 Puasa di Kampong Pisang di Astro Go atau On Demand mulai 15 April 2021. 
18 Puasa Di Kampong Pisang Astro First
sumber : Astro Shaw

FILEM 18 PUASA DI KAMPONG PISANG

Tarikh Tayangan : 15 April 2021
Siaran TV : Astro First saluran 480
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Astro Shaw, Enjit Enjit Semut Motion Pictures

18 Puasa di Kampong Pisang, satu lagi filem arahan Mamat Khalid yang sama level kelakar dengan zombi kampung pisang dan hantu kak limah. Ingat lagi tak drama Kampung pisang bersiri siri episod akhir, yang satu Malaysia kena tipu tu. Ingatkan dah habis, rupanya ada satu lagi episod last.

Tak puas rasanya menonton drama kampong bersiri-siri tu. Watak Yah Kuchai @afea_de_anna lah tiba-tiba jadi popular dalam kampong pisang bersiri siri orang minyak. Manap Kampung Pisang dan Pak Karim Kampung pisang antara watak yang kelakar juga.

Sama seperti kampong pisang, seperti tahun-tahun sudah Mamat Khalid juga telah keluarkan beberapa siri telefilem bertajuk '16 Puasa' dan '17 Puasa'.

16 Puasa, 17 Puasa, 18 Puasa

Mengisahkan tentang satu geng lelaki dalam sebuah kampung yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan. Bukan budak-budak muda, semua dah jadi suami orang dan bapak budak dah. Bermacam-macam taktik di gunakan untuk berbuka di siang hari.

Port paling panas berbuka mereka dekat tepi sungai. Ingat lagi trademark Bell Ngasri 'yak yak yeay'? Bawak plastik hitam! Tak pernah tak kelakar cerita Mamat Khalid ni.

18 Puasa ni entah macamana kelakar dia. Istimewa untuk komer katanya. Tengok Trailer 18 Puasa di Kamping Pisang pun dah kelakar komer oiii. Pecah perut gelak! Masing-masing tak sabar nak layan 18 Puasa di Kampong Pisang.

Yang pastinya ada watak baru dalam Filem 18 Puasa di Kampong Pisang ni. Salah seorangnya Namron, berbaju hitam siap bertanduk bagai. Setan di bulan Puasakah? Selain tu ada Elizad Sharifudin, UStaz Kazim, Jaafar Onn, Man Raja Lawak dan ramai lagi.

SINOPSIS 18 PUASA DI KAMPONG PISANG

Sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan aktiviti ponteng puasa di bulan Ramadan. Semasa Barkoba sedang menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden.

Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimas kembali setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Barkoba mengabaikan zakat, menganiayai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Adakah Barkoba insaf dan membetulkan kesilapan lalu? Berjayakan barkoba kembali semula ke alam dunia yang nyata dan menyelamatkan Kiambang.

PELAKON DAN WATAK

  • Kazar Sairi @kazar35 sebagai Pak Din 
  • Bell Ngasri @bellngasri sebagai Barkoba
  • Elizad Sharuddin @elizadsharifuddin sebagai Kiambang
  • Aziz M. Osman @azizmosman sebagai Pak Jabit
  • Dewa Sapri @dewa_sapri sebagai Encik Purnama
  • Namron @nam_ron sebagai Tyson
  • Jaafar Onn @jaafar_onn sebagai Tyson
  • Mat London (Ahmad Ibrahim) @matlondonfilm sebagai Pak Karim
  • Ahmad Yasin @ahmadyasinoffical sebagai Ahmad Yasin
  • Joey Daud @joey_daud sebagai Daud M
  • Afea Deanna Baharudean @afea_de_anna sebagai Yah Kuchea
  • Man Raja Lawak @manrajalawak sebagai Penjaga Neraka
  • Mohd Rashid Othman @mohdrashid_othman sebagai Faguha Jabar
  • Yeop Hitler sebagai Manap Sengau
  • Ustaz Kazim

12 comments:

  1. Tengok trailer cerita ini, menarik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik lah bagi yang suka lawak dari cerita mamat khalid :)

      Delete
  2. Hmm... astro first kee.. Alah. hahahhaa.. ingatkan astro yg biasa tuu.. Mesti best!

    ReplyDelete
  3. Drama fenomena bulan puasa utk era 2010 dan awal 2020 an. Best cite ni kan kak. hihi.

    ReplyDelete
  4. Kalau cerita mamat khalid mesti best, not badlah macam zombie kampung pisang. Lawak betol hahaha

    ReplyDelete
  5. Nak tengok macamana rupa setan di bulan puasa hahahahaa!

    ReplyDelete
  6. Memang pandai Mamat Khalid kembangkan watak dan drama ke drama lain dengan jalan cerita baru.

    ReplyDelete
  7. memang menanti citer mamat khalid ni. tapi tak tahu bila dpt tengok 18 puasa ni.

    ReplyDelete
  8. mamat khalid tau penonton belum puas dgn karya yg disajikan... ;-)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.