Header Ads

Kurma Safawi jumbo Oasis Kurma Hadiah Dari Kak Ret

Tengah syok mengarang ayat, tiba tiba dengar orang bagi salam. Ingatkan rumah sebelah, rupanya rumah sendiri daaaa. Terus buka sliding door menjawab salam. Rupanya ada parcel. Bila dapat parcel yang bukan kita shopping, memang tak lah nak bersedia gitu.

Berat semacam parcel ni. Apakah? Nama pengirim dari sebuah kedai. Masih berteka teki siapakah pengirimnya. Lately ada juga yang minta alamat nak kirimkan hadiah. Tu yang tak tahu siapakah pengirim sebenarnya.

Lepas bertanya, terjawab sudah persoalan dalam kepala ni. Siapa lagi kalau bukan Kak Ret Ako tetap ako tu. Sila terjah blog beliau.

Ako Tetap Ako - anakomak6.blogspot.com

Saya dapat sekotak kurma Safawi jumbo jenama Oasis Kurma. Exclusive betul kotak kurma safawi jumbo ni. Saya suka! Alhamdulillah..rezeki dapat merasa kurma safawi kualiti premium. Tak pernah merasa kurma safawi lagi. Betul betul rezeki ni. 

Kurma Safawi jumbo Oasis Kurma Hadiah Dari Kak Ret

Kurma berkotak exclusive macam ni sesuai sangat buat hadiah untuk menyambut puasa. Rezeki yang datang pada waktunya. Kurma pun elok seal dengan plastik see through. Nampaklah kurma dia besar, berkualiti dan kebersihan pun terjamin bila seal macam ni.

Kurma Safawi

Kurma yang ditanam di Arab Saudi. Sejenis kurma yang lembut, tak basah tak kering. Warnanya hitam, saiz sederhana dan berbentuk lonjong.

baca juga : jenis jenis kurma

Rasa kurma safawi lebih kurang dengan kurma ajwa dan beza dari segi bentuknnya. Pokok kurma Safawi lebih kerap berbuah dan mudah didapati sepanjang tahun.

Kurma Safawi jumbo Oasis Kurma Hadiah Dari Kak Ret
Terima kasih Kak Ret sudi berkongsi rezeki hadiahkan kurma Safawi Jumbo ni. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan dan semoga dimurahkan rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan. Aaaminnn...

Nampaknya tak payah beli stok kurma dah ni. Kalau nak beli kurma safawi shopee, cari je kedai Safeer Shop. Terbaik dia punya bungkusan dan delivery.  Simpan siap siap kat sini senang nak restock atau kot ada yang nak membeli nanti. 


13 comments:

  1. Alhamdulillah..rezeki mnjelang Ramadan..

    ReplyDelete
  2. Kita pun dapat kurma safawi! Tak rasa lagi, tunggu puasa nanti baru nak makan hehehe.

    ReplyDelete
  3. wow...sedap tu... belum beli lagi kurma untuk staff dan keluarga tahun ni

    ReplyDelete
  4. Oh akak dapat kurma ajwa. Hoho lain-lain kurma rupanya.

    P.S:Pelik semalam tidak dapat masuk blog Fiza. Under construction ya?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah... Selamat tiba akhirnya.. Pape pun selmt menyambut ramadhan ye

    ReplyDelete
  6. Apabila hadirnya kurma membawa maksud Ramdan hampir tiba.

    ReplyDelete
  7. Ramadan kian dekat. Alhamdulillah dapat rezeki kurma

    ReplyDelete
  8. tahniah kak, dah xpayah beli kurma puasa nt.. hehe

    ReplyDelete
  9. Best dapat hadiahhh... Fuhhh.. terbaiklah kalau dpaat kurma berkualiti cenggini!!!

    ReplyDelete
  10. Tahniah Fizah. Rupanya hadiah berbeza ikut no berapa dalam senarai pengomen rupanya. Rajin betul kak Ret

    ReplyDelete
  11. sedap ni kak fiza! best gift ever tambah2 the right timing plk tu

    ReplyDelete
  12. syok laa dia dah boleh prepare utk Ramadan ;-)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.