Header Ads

Cara Mohon Pelepasan Rentas Negeri PKPB

Sedia maklum Seremban masih lagi PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Masih tak keluar dari zon merah lagi. Bila tahu mak sakit masuk hospital kena operate, memang hati meruntun  nak balik kampung juga.

Sebab abah pun sakit. Siapa pulak nak tengok kan abah. Dengan adanya dokumen sebagai bukti segala, kakak nombor 2 dari Selangor dah selamat sampai kampung. Malam pertama kakak nombor 1 jaga mak, kakak nombor 3 jaga abah kat rumah. Malam tadi giliran kakak nombor 2 jaga mak, saya jaga kat rumah.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat dapat pelepasan balik kampung ni bila ada emergency. Kalau tidak payah nak dapat. Macam sebelum ni nak hantar ubat penting yang tak boleh pos pun polis tak bagi rentas.

Dalam kesedihan, ada kesenangan disitu. Terima kasih Allah permudahkan urusan dan terima kasih polis yang bertugas. Husband terus pergi ke balai polis je dan isi borang kat balai polis.

Cara Mohon Pelepasan Rentas Negeri PKPB


Cara mohon pelepasan rentas negeri PKPB

  • Sediakan dokumen penting
  • salinan kad pengenalan
  • salinan kad kahwin (balik berdua dengan husband)
  • salinan surat beranak untuk membuktikan pertalian mak dan anak
  • surat appointment doktor/surat masuk wad/

Atau boleh terus pergi balai polis dan minta polis call wad untuk sahkan yang ahli keluarga kita warded. Jika ada emergency mak ayah masuk hospital atau sakit bolehlah cuba. Saya paling risau tak boleh rentas negeri jika ada emergency ni. Syukurlah dapat juga pelepasan ni.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn...


18 comments:

  1. Syukur saya tinggal berdekatan dengan emak. Tak jauh mana pun. Boleh jenguk selalu

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan Fiza...

    ReplyDelete
  3. syukur dipermudahkan, moga diberi kesembuhan bt mak dan ayah fizah ya

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dapat rentas..risaunya hati bila mak ayah sakit. Rasa buat kerja semua serba tak kena

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan Fiza. Naniey dah settle dah last 2 weeks..

    ReplyDelete
  6. bebaik.... semoga mak cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Yang penting kita usaha. Syukurlah segalanya dipermudahkan. Take care Fiza.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, dah dapat pelepasan balik tengok mak. Semoga dipermudahkan segala urusan kak fizah dan keluarga.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah diberi pelepasan, dapat juga berjumpa dan menjaga mak yang sakit..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah., musibah yg tak dijangka.,
    semoga dipermudahkan perjalanan., aminn

    ReplyDelete
  11. seronok baca bila adik bradik bersatu. ada yg jaga mak kt spital, ada yg jaga ayh kat rumah. sama kes mcm mentua dulu. suami jg bpk kt rumah, kakak dia jaga mak kt spital. saya bantu gilir2 dgn kak ipar jaga mak kt spital. keje mmg keje, cuti tetap cuti. biarpun ada yg tak peduli, tapi abaikan, yg penting kita peduli.

    alhamdulillah dipermudahkan rentas negeri. allah bantu bila kita nk berbakti kat mak ayah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dpt jg pelepasan... semoga dipermudahkan segalanya utk fiza sekeluarga

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan FIza..
    Semoga mak ayah Fiza diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.. Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete
  14. sekarang makin strict katanya. Nasib baik Fizah dapat juga pelepasan

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah....ini pun dah memadai, lega hati....kan

    ReplyDelete
  16. Ini doa orang yang mengharap. Alhamdulillah akhirnya. Kalau tidak lepas sedih juga. Memang tidak sangka ketat. Mak dan abah ada juga rentas negeri lawat Uwan di kampung. Memang kena jenguk sebab orang berusia mudah sakit.

    ReplyDelete
  17. Harap semuanya baik-baik saja buat keluarga akak :)

    ReplyDelete
  18. this is one of reason takot nak duduk jauh dgn family.. huhuhu ... but alhamdulillah dpt lepas .. moga2 parents kak fiza kembali sihat

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.