Spicy Syiok Onigiri Ada Syok Makan

Seorang suami membeli lagi Spicy Syiok Onigiri Family Mart sebab haritu beli nasi kepal macam sedap pulak si Spicy Syiok ni. Rasa pedas dia mengancam. Pedas style ramen samyang pedas gila tu! Tapi kan yang ni ada lah rasa sedap pedas dia bukan semata mata rasa pedas.

Beli pun satu je sebenarnya pun. Tak mampu nak habiskan sebuku nasi kepal a.k.a Onigiri ni. Makan separuh je mampu buat panas telinga keluar asap. Comel comel cili api tapi pedas kemain.

Spicy Syiok Onigiri Family Mart

Makan onigiri ni sebenarnya kenyang. Macam makan sepinggan nasi goreng tapi dalam bentuk nasi kepal. Harga dia pun lebih kurang sepinggan nasi. Tapi iyelah, bukan style kita makan macam ni. Nama pun makanan Jepun. Tapi flavour Korea. Eh?

Onigiri/Nasi kepal ni sesuai lah untuk mereka yang nak cepat makan. Dibungkus dan portable. Letak dalam beg dan ngap je bila lapar. Mudah, kan?

Spicy Syiok Onigiri da syok makan. Yang tak syok makan bila rasa 'pedas' tu mula menjelma. Better sediakan susu atau makanan manis siap-siap untuk reduce rasa pedas.

Family mart spicy syiok onigiri calories

135g serving size
248 kalori
46g carbo
7g fat
6g protein

sumber : https://www.myfitnesspal.com/food/calories/family-mart-spicy-syiok-onigiri-889559306

15 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Haah makan sekali ngap. Jimat ruang simpanan.

    ReplyDelete
  2. Sedap. Nasi goreng kampung and nasi goreng garlic tu pun sedap.

    ReplyDelete
  3. cedih kedah takda FM, nak makan kena gi penang huhu

    ReplyDelete
  4. alamak tak cuba yang ni lagi..okey nanti pi FM bawah opis ni la

    ReplyDelete
  5. hahahha bila la nk g terjah family mart ni... :)

    ReplyDelete
  6. Ganu tak ada FM, sedihh betul tak boleh nak merasa ni huhuhu

    ReplyDelete
  7. teringin juga nak cuba tapi kat tempat saya belum ada lagi family mart

    ReplyDelete
  8. Alamak, tergoda ni! Jauhla pula nak kena mencari Family Mart huhuhu

    ReplyDelete
  9. Tak pernah masuk ke Family Mart lagi.. Tak tau sangat apa yang menarik di situ.

    ReplyDelete
  10. ok boleh cuba..kalo bab2 makanan ni wajib rasa...lagi2 dah nak puasa ni. kang nanti takdela teringat bila lalu FM.hahaha

    ReplyDelete
  11. Lahh, pedas yakmat ke..macam tak pernah teringin nak cuba..egtkan pedas-pedas Korean tuu pedas pedas manja jee..Huahuaa~

    ReplyDelete
  12. Habis pantang boleh cuba ni 😬😬

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال