Syahadah - Faizal Tahir

Syahadah, lagu Faizal Tahir baru je release pada 23 April 2021 yang lepas. Harini dah #47 on trending lagu Faizal Tahir ni. Sekali dengar pasti nak dengar lagi. Lagu islamic yang bermanfaat di bulan Ramadan ni.

Sempena bulan Ramadan ini juga, Faizal Tahir dan Faithful Music Publishing yang juga merupakan Syarikat rakamannya telah melancarkan sebuah box set bersama koleksi audio berjudul Qibla. Qibla merupakan 'hadiah terakhir' Faizal Tahir buat peminatnya sebelum berehat.

Dengan setiap pembelian box set, peminat akan dapat selendang, tasbih, sampul duit raya dan kurma sebagai cenderahati istimewa dari Faizal Tahir. Untuk pembelian Qibla bolehlah terjah website www.faizaltahir.com.

Terdapat 10 klip audio tadabbur pilihan Faizal Tahir dan juga dibaca olehnya sendiri. Selain itu, menampilkan juga lagu bersama Mirwana iaitu Aku tanpa cintamu 2021 (remake), Ceria Aidilfitri bersama Zizi Kirana dan kumpulan Darmas dan juga lagu Syahadah. 

Kesemua lagu akan dikeluarkan di YouTube secara berperingkat secara digital.
  • Borak Barang Baik: Versi Tadabbur (29 April)
  • Ceria Aidilfitri (3 Mei) 

Syahadah Lagu Faizal Tahir Baru
sumber : youtube channel Faizal Tahir

Lirik Lagu Syahadah Faizal Tahir 


لا إله إلا الله محمد رسول الله
Lailahaill Allah Muhammad Rasulullah 
Tiada Tuhan selain Allah 
Nabi Muhammad pesuruh Allah 

Ku serahkan semua yang ku ada 
Hati jiwa dan segala-galanya 
Dengan nama Mu ku bernawaitu 
Dan pada Mu tempat ku mengadu 
La’ilahaillAllah Muhammad Rasulullah 

LailahaillAllah Muhammad Rasulullah 
Tiada Tuhan selain Allah 
Nabi Muhammad pesuruh Allah 

Saat jiwa hilang mencari arah 
Kau bawa cahaya penuh harapan 
Pembawa rahmat pada seluruh alam 
Sungguh hati rindu tuk bertemu 
La’ilahaillAllah Muhammad Rasulullah 

La’ilahaillAllah Muhammad Rasulullah 
Tiada Tuhan selain Allah 
Nabi Muhammad pesuruh Allah 
Nabi Muhammad pesuruh Allah 

Tiada Tuhan selain Allah 
Nabi Muhammad pesuruh Allah 

La’ilahaillAllah Muhammad Rasulullah 
Tiada Tuhan selain Allah 
Nabi Muhammad pesuruh Allah 

La’ilahaillAllah Muhammad Rasulullah 
Tiada Tuhan selain Allah 
Nabi Muhammad pesuruh Allah



sumber : youtube Faizal Tahir

7 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. baru tahu faizal tahir ada blog hehe

    ReplyDelete
  2. Ohhhh hadiah terakhir before bersara dalam bidang nyanyian.
    Lepas ni, dengar lagu faizal tahir yang lama lama jelah kannn.

    ReplyDelete
  3. Bagus juga boleh beli set kotak.

    ReplyDelete
  4. lagunya indah dan menenangkan sebab ada banyak zikir...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال